Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 18, 2024 @ 8:16am

Rakan Dihimpit Kontroversi, Fadhli Masoot Titip Doa Terbaik Buat Amir Ahnaf

Pelakon Fadhli Masoot, 28, menitipkan doa terbaik untuk rakan aktor, Amir Ahnaf yang sedang dihimpit kontroversi.

Terkejut apabila mengetahui cerita panas antara Amir dengan seorang wanita yang heboh diperkatakan warganet, Fadhli enggan memberi komen lanjut mengenai perkara ini.

“Sejujurnya, saya terkejut apabila dapat tahu. Saya tak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Saya sendiri tak boleh berlebihan, apa yang saya boleh buat adalah mendoakan yang terbaik. Saya tak boleh terlalu bersuara atau mempertahankannya,” katanya.

Tambah Fadhli, dia mula rapat dengan Amir ketika sama-sama terlibat dalam Projek: High Council namun mereka sering berbincang mengenai kerjaya dalam bidang lakonan.

“Saya cuba fikir perkara ini tidak akan terjadi kalau Tuhan tidak izinkan. Mesti ada sebab kenapa Tuhan izinkan ia terjadi sekarang. Mungkin ada perkara yang patut dia perlu tengok balik, sama ada dirinya atau orang sekeliling yang mengambil tahu mengenai perkara itu.

“Selama berkawan dengan Amir, kami lebih banyak berbincang soal kerja berbanding peribadi. Kami banyak bercakap mengenai perkembangan industri seni dan saling kagumi bakat masing-masing dalam bidang lakonan,” katanya.

Fadhli ditemui pada sidang media teater Andak Bertandak di Mafioso Ampang, baru-baru ini.

Fadhli terbabit dengan pementasan teater Andak Bertandak yang akan dipentaskan selama empat hari mulai 29 Ogos ini di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).

Pementasan teater Andak Bertandak diarahkan Azhar Zainal dengan skrip dihasilkan Fasyali Fadzly yang juga Dekan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Saya teruja dengan pementasan ini kerana dapat bekerjasama dengan banyak nama besar. Saya sendiri bermula dengan teater, jadi saya tak sabar menantikan reaksi penonton.

“Saya harap orang ramai dapat memberi sokongan terhadap teater Andak Bertandak kerana kami bakal membawakan sesuatu yang berbeza di pentas teater nanti,” katanya.

Selain Fadhli, teater ini membariskan Azhan Rani, Ellie Suriaty, Riena Diana, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha dan Razman Mahayuddin.

Teater Andak Bertandak berkisarkan mengenai kehidupan keluarga Andak dan masyarakat di sebuah kampung yang percaya kepada perkara tahyul sehingga menolak perubatan moden tanpa sebab munasabah.

Teater yang mempamerkan nilai komersial yang tinggi serta sarat dengan mesej kemasyarakatan dan kekeluargaan ini disampaikan dalam gaya penceritaan yang ringan dan dekat dengan penonton.

Biarpun bergenre farce comedy, teater Andak Bertandak diharap mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton.

Layari www.cloudjoi.com untuk informasi lanjut atau pembelian tiket teater Andak Bertandak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 6 Mar 2018

Didakwa Mencederakan Anak, Suami Ziana Zain Pertahankan Diri?

Hari ini viral di media sosial suami kepada penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya.

Hiburan Mon, 13 Dec 2021

Realisasi Impian Jadi Penyampai Dengan Hot FM Radio Star

Berminat untuk menjadi seorang penyampai radio? Hot FM baru-baru ini telah melancarkan satu kempen iaitu Hot FM Radio Star! Kempen inisiatif kerjasama di antara Hot FM dan Supercube ini bertujuan untuk mencari bakat baharu sebagai […]

Featured Mon, 25 Aug 2025

“Ada Yang Nak Kahwin Tak Lama Lagi… Doakan Fazura & Nyamma Juga”- DJ Sonic

DJ Sonic turut mendoakan kebahagian pasangan lain yang didakwa bakal berkahwin tidak lama lagi.

Featured Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Berakhirlah Pencarianku Bakal Dinyanyikan Wani Kayrie, Ini Penjelasan Ernie Zakri

Lagu Berakhirlah Pencarianku duet Ernie Zakri bersama Hafiz Suip diumumkan berjaya layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37). Timbul persoalan apabila mereka berdua selaku penyanyi asal tidak akan menyanyikan lagu tersebut di pentas separuh […]

Featured Wed, 14 Sep 2022

Cik B Selar Netizen Tak Puas Hati OOTD Cecah RM656,000 – “Bukan Nak Flex, Ada Masalah Ke?”

Ye ke Cik B pernah beli bundle ni gais? Katanya baju Dior tu dah lama baru nak pakai 🤪

Hiburan Mon, 23 Jun 2025

Tamparan Wanita Kembali! Elite Rai 30 Tahun Dalam Konsert Sulung ‘Elite Live ’25 September Ini

Tiket konsert ELITE LIVE 25 akan mula dijual pada Khamis, 26 Jun!

error: Content is protected !!