Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 18, 2024 @ 5:26am

Belum Terfikir Soal Kahwin, Kisah Cinta Riena Diana & Keith Foo Bukan Gimik Promosi Drama

Pelakon Riena Diana menjawab tuduhan warganet yang mendakwa kisah cintanya dan aktor Keith Foo sekadar gimik mempromosikan drama lakonan.

Riena mengaku drama rantaian Salju Rindu yang bakal bersiaran di TV3 menjadi penyebab mereka berkenalan dengan lebih rapat namun ia bukan gimik seperti yang didakwa.

“Kami kenal antara satu sama lain di set drama. Sejujurnya, ia berlaku secara kebetulan sebab saya tidak pernah bekerja dengan Keith.

“Salju Rindu menjadi produk pertama kami bergandingan bersama sebagai hero dan heroin. Sejak itu kami rapat, tapi kami bersama bukan sebab nak promosi drama.

“Saya takut hendak cakap lebih-lebih. Minta doa yang terbaik sebab sudah tentu dalam setiap hubungan, kita mahu pengakhiran terbaik.

“Alhamdulillah, keluarga masing-masing okay. Kami ambil langkah perlahan-lahan. Kami baru empat bulan kenal, jadi saya hanya boleh mohon doakan yang terbaik,” katanya.

Baru empat bulan menjalin cinta, Riena juga belum terfikir soal kahwin kerana dia mahu mengenali Keith dengan lebih rapat.

“Perancangan nak kahwin? Sebenarnya, memang tak ada apa-apa perbincangan kea rah perkahwinan kerana kami baru sangat kenal. Sekarang, kami dalam proses mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain.

“Keith seorang teman yang sangat memberikan galakan. Dia juga antara sebab saya sertai pentas teater. Sebelum ini, Keith pernah terbabit dengan pementasan Ombak Rindu di Istana Budaya.

“Jadi, dia memberi dorongan kepada saya. Dia beritahu saya perlu buat untuk buktikan tahap lakonan dan jika dapat berguru dengan orang hebat, mengapa tidak? Keith sangat menyokong dan mahu saya pergi lebih jauh,” katanya.

Riena ditemui pada sidang media teater Andak Bertandak di Mafioso Ampang, baru-baru ini.

Pelakon drama bersiri Wanita Syurga itu terbabit dengan pementasan teater Andak Bertandak yang akan dipentaskan selama empat hari mulai 29 Ogos ini di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).

Pementasan teater Andak Bertandak diarahkan Azhar Zainal dengan skrip dihasilkan Fasyali Fadzly yang juga Dekan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Selain Riena, teater ini membariskan Azhan Rani, Ellie Suriaty, Fadhli Masoot, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha dan Razman Mahayuddin.

Teater Andak Bertandak berkisarkan mengenai kehidupan keluarga Andak dan masyarakat di sebuah kampung yang percaya kepada perkara tahyul sehingga menolak perubatan moden tanpa sebab munasabah.

Teater yang mempamerkan nilai komersial yang tinggi serta sarat dengan mesej kemasyarakatan dan kekeluargaan ini disampaikan dalam gaya penceritaan yang ringan dan dekat dengan penonton.

Biarpun bergenre farce comedy, teater Andak Bertandak diharap mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton.

Layari www.cloudjoi.com untuk informasi lanjut atau pembelian tiket teater Andak Bertandak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Jun 2020

Senarai Bantuan Khas Kerajaan Untuk Rakyat Akibat COVID-19, Cara Mohon Bantuan

Ramai yang tak tahu sebenanrya korang boleh mohon banyak bantuan. Jom tengok!

Hiburan Sat, 6 Apr 2019

Teringat Bapa Di Hospital, Aman Nassim Sebak Di Hari Pernikahan

Dengan sekali lafaz, pelakon Abdul Rahman Nasim, 29, selamat bergelar suami kepada pensyarah ASWARA, Nor Baizura Abdul Ghani, 33, tepat jam 10.35 pagi, hari ini. Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abdul Ghani Ilyas disaksikan […]

Featured Tue, 9 Sep 2025

Rakan Baik Amira Othman Kongsi Momen Sempena Sambutan ‘Bachelorette Party’- “Lama Simpan Rahsia Ni”

Rakan-rakan baik Amira Othman tampil dengan kejutan sambutan Bachelorette Party.

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Featured Mon, 23 Feb 2026

Isu Gaduh Selesai! Kak KM & Kak Nona Kembali Berbaik, Ibu Luah Rasa Sebak – “Akhirnya Anak-Anak Ku Berpelukan”

Kak KM sempat berkongsi momen menyentuh hati itu apabila Kak Nona hadir di kediamannya sebelum kedua-duanya gagal menahan sebak dan saling berpelukan.

Hiburan Tue, 28 May 2019
Hiburan Thu, 23 Jun 2022
Featured Sun, 28 Apr 2024

“Biawak Hidup! Daripada Kahwin Sampai Cerai, Satu Haram Pun Tak Bagi” – Luah Rasa Berang, Ubai MZ Tujukan Kepada Siapa Tu?

Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.

error: Content is protected !!