Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi August 19, 2024 @ 7:42pm

Kes Kanak-Kanak Makan Keropok Racun, Pekebun Dedah Kejadian Sebenar… Dakwa Difitnah! – “Tok Mereka Putar Belit Cerita”

Pemilik kebun yang ditahan reman lapan hari berhubung kes kematian dua beradik selepas memakan keropok racun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim 7 Julai lalu mendakwa dirinya telah difitnah.

Tampil mendedahkan kejadian sebenar, Uzair Shafawi Hasbullah, 34, mempertikaikan bagaimana dua kanak-kanak dalam lingkungan usia dia hingga tiga tahun itu boleh mencapai keropok berkenaan sedangkan ia diikat pada paras tinggi 1.37 meter di kawasan kebun miliknya seluas 0.8 hektar.

“Keropok itu diletakkan di atas pagar yang tingginya empat kaki setengah. Tak logik akal untuk budak umur dua, tiga tahun untuk ambil.

“Keropok tu dalam bukan duduk dalam pagar tepi jalan, tetapi dalam pagar bersebelahan hutan area laluan kera masuk ke tempat tanaman pisang yang aku buat.

“Orang kampung dekat sini pun ada yang buat keropok sama dan bergantung gi pokok. Kalau budak tu ambil di pokok bukanlah yang aku punya, mungkin tuan kebun yang lain letak,” katanya.

Sementara itu, Uzair turut mendakwa Datuk kanak-kanak tersebut memutar belit cerita sebenar sehingga dirinya dengan fitnah melampau.

Berang dengan tindakan itu sehingga membuatkan namanya tercalar, Uzair pernah terdetik untuk memfailkan saman terhadap Datuk mangsa.

“Aku difitnah disebabkan Tok kepada mangsa reka cerita bukan-bukan, putar belit. Kalau ikut kehendak aku, aku nak saman Tok tu. Memang mereka abai budak-budak tu. Anak yang nombor dua tu mak dia bukan beranak dekat hospital, tapi beranak dalam bilik air.

“Tok dia lagilah memang tak ambil tahu langsung tentant budak-budak itu. Bila dah jadi kes macam ni Tok dia nak play victim,” katanya.

Keropok Racun

Dalam perkongsian sama, Uzair turut mendakwa dua kanak-kanak itu diabaikan sejak kecil dibiarkan berjalan sendirian tanpa pengetahuan atau pengawasan orang tua.

“Budak-budak tu memang terabai dari kecil lagi. Boleh tanya orang kampung di sini. Di biar masuk berkeliaran dalam hutan. Pernah dulu budak dua orang tu berjalan dengan kasut tak pakai sampai rumah aku dengan pampers penuh tahi.

“Jarak rumah aku dengan rumah mereka hanya 100 meter saja. Macam mana budak-budak umur dua tiga tahun boleh dibiar berjalan didalam kawasan hutan dan semak sejauh 100 meter,” tulisnya lagi.

Media sebelum ini melaporkan, dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun maut selepas termakan keropok mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, pada 7 Julai lalu.

Muhammad Akil Syauqi, 3, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 10 Julai lalu disusuli adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia dua hari kemudian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022

Finaz Yunus Minta Individu ‘Tinggal’ & ‘Cabut’ Gelaran Agamawan – “Kalau Tak Mampu Kawal Nafsu, Cari Kerjaya Lain”

Somehow ada betul apa yang Finaz cakapkan ni… ‘Title’ tu tanggungjawab yang besar bukan sekadar populariti 😌

familuv Thu, 2 Feb 2023

Sebak! Akhirnya Bersetuju Pindah Ke Semenanjung, Wawa Zainal Belikan Ibu Bapa Sebuah Rumah

Alhamdulillah. Semoga kita semua dapat membahagiakan ibu bapa kita macam ni

Featured Wed, 8 Mar 2023

“Saya Pilih Berdamai Demi Anak-Anak” – Fasha Sandha Anggap Perceraian Bukan ‘Tiket’ Untuk Bermasam Muka

Demi anak-anak dan kebahagian mereka, parents kena tolak tepi ego masing-masing🤍

Hiburan Sat, 6 Oct 2018

OMG! Karier HyunA Hancur Sebab Bercinta?

Bagaimanapun, pihak pengurusan Cube Entertainment agensi tersebut menafikan perkara tersebut dan memberitahu mereka masih dalam perbincangan kontrak pasangan kekasih itu.

Hiburan Sun, 26 Apr 2026

“Gaduh Kecil Adik & Abang” – Lerai Sengketa Dengan Ameng Spring, Liza Hanim Enggan Panjangkan Isu

Anggap isu seperti gaduh adik & abang, Liza Hanim lerai sengketa dengan Ameng Spring.

Trending Thu, 4 Jun 2020

Orang Melaka Dah Boleh Makan Di Restoran Mulai Esok

Apa-apa pun tetap perlu amalkan penjarakan sosial

Trending Tue, 15 Dec 2020
Featured Wed, 23 Nov 2022
error: Content is protected !!