Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 21, 2024 @ 9:59am

Langgan Tonton Sekarang & Rebut Peluang ‘Healing’ Bersama Kunto Aji!

Berita baik buat peminat lagu healing! Ini merupakan peluang anda untuk saksikan Kunto Aji perform secara langsung di Kuala Lumpur. Langgan Tonton sekarang dan rebut peluang eksklusif untuk bertemu dan bersantai bersama penyanyi dan penulis lagu terkenal, Kunto Aji, di konsertnya ‘Perjalanan Menawar Racun’ yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2024 ini.

Justeru, platform penstriman video terkemuka di Malaysia, Tonton menjalinkan kerjasama dengan Kunto Aji dan Hashtag Media sebagai rakan media rasmi untuk memberi peluang kepada peminat-peminat memenangi tiket konsert dan pelbagai hadiah lagi sebagai tanda sokongan yang berterusan daripada pengguna serta menawarkan peluang menarik untuk menikmati pengalaman hiburan secara langsung bermula pada 19 Ogos 2024 hingga 25 Ogos 2024.

Ingin berjumpa dengan Kunto Aji secara peribadi? Mudah sahaja! Langgan Tonton dengan pelan Tonton minimum selama 3 bulan untuk layak 1 penyertaan. Jika anda langgan selama 12 bulan, peluang anda akan berganda kerana anda akan layak untuk 5 penyertaan. 20 pemenang bertuah akan dipilih untuk menyertai sesi Meet & Greet eksklusif pada hari konsert dan menonton konsert dari kawasan Royal Box yang bernilai RM2,000. Rebut peluang ini secepat mungkin kerana mungkin anda antara 20 pemenang yang akan terpilih untuk beramah mesra bersama Kunto Aji.

Namun, jangan risau jika anda tidak berjaya untuk mendapatkan hadiah utama, Tonton turut menyediakan 100 tiket lagi untuk dimenangi menerusi cabutan bertuah kepada pemenang bertuah yang setia melanggani Tonton. Untuk menyertai cabutan bertuah ini anda hanya perlu layari laman web Tonton, bit.ly/tontonkuntoaji dan pilih untuk langgan TontonUP selama 3 bulan (1 penyertaan) atau 12 bulan (5 penyertaan) dan nama anda secara automatik akan termasuk dalam senarai cabutan bertuah. Anda boleh mengaskses peraduan ini dengan mudah melalui laman web Tonton dengan menekan butang Event atau layari bit.ly/tontonkuntoaji untuk melanggan TontonUP.

Jangan lepaskan kedua-dua peluang ini dan nantikan pengumuman nama-nama pemenang yang terpilih pada 26 Ogos 2024 (Isnin). Tawaran ini hanya terbuka kepada pelanggan baharu Tonton sahaja. Jadi tunggu apa lagi? Anda mungkin pemenang bertuah yang kami cari bagi ‘Perjalanan Menawar Racun’ oleh Kunto Aji di Kuala Lumpur ini! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat Kunto Aji dan merasai pengalaman ‘healing’ bersama penyanyi kesayangan anda!

Konsert Kunto Aji ini akan berlangsung selama dua jam, memberikan peluang kepada peminat untuk menikmati setiap detik persembahan Kunto Aji dengan penuh kepuasan. Tambahan pula, Kunto Aji akan membawakan sebanyak 20 buah lagu yang merangkumi bukan saja daripada album terbarunya, malah lagu-lagu daripada album lamanya seperti Terlalu Lama Sendiri, Rehat dan Saudade yang menjadikan Kunto Aji terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kunto Aji mula mencipta nama pada tahun 2008 selepas menyertai Indonesian Idol dan meraih tempat keempat. Penyanyi dan penulis lagu berusia 37 tahun ini kini telah menghasilkan tiga album dan terkenal dengan lagu-lagu hit seperti “Terlalu Lama Sendiri” dan “Rehat”. Dengan lebih 1.5 juta pendengar bulanan di Spotify dan 495,000 pengikut di Instagram, Kunto Aji terus menjadi ikon dalam industri muzik Indonesia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 30 Nov 2017

当爸爸单独带小孩才会发生的超爆笑状况!

妈妈总有忙碌或想休息的时候,所以会将照顾小孩任务交给爸爸带,只是妈妈不知道每个男人心里都住着一个小男孩。

Trending Tue, 23 Aug 2022

“Saya Tahu Diri Saya” – Ali Reza Nafi Jadi Punca Perceraian Pelakon?

Pelakon meningkat naik, Ali Reza tampil menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya berkaitan perceraian rumah tangga seorang pelakon. Ali Reza atau nama sebenarnya Ali Reza Kavoossi menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia dengan pelakon […]

Selebriti Sun, 25 Feb 2024
Hiburan Mon, 19 Nov 2018

项婕如、蔡凡熙及张立昂11月21日来马!

配合《有五个姐姐的我就注定要单身了啊!》即将上映!演员项婕如、蔡凡熙及张立昂11月21日来马,展开一连三天的宣传活动。

Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Sheila Rusly Bukan Terer Drama Je…Tapi….

Boleh buat orang nangis lah!

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Lepas Aishah, Firman Pula Ragui Berlian Vida?

  Selepas penyanyi Aishah menerima berlian dan barang kemas ganti dari Datuk Seri Vida, penyanyi Firman Siagian pula tampil dengan dakwaan serupa. Menurut Firman, subang berlian yang diberikan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida adalah palsu. […]

Hiburan Sat, 11 May 2019
Hiburan Thu, 26 Jun 2025
error: Content is protected !!