Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 23, 2024 @ 7:16pm

Didakwa Jadi Biawak Hidup & Pergunakan Puteri Sarah, Andi Arsyil ‘Makan Hati’… Punca ‘Hilang’ Di TikTok Live – “Kos Semua Dia Yang Tanggung, Bukan Orang Yang Mengutuk Tu”

Pelakon jelita Puteri Sarah tampil memberikan penjelasan kepada pengikutnya di platform TikTok yang bertanyakan tentang keberadaan rakan kongsinya yang juga pelakon popular Indonesia, Andi Arsyil.

Kata Sarah, sejak kebelakangan ini ada individu tidak bertanggungjawab tampil memberikan komen negatif terhadap Andi sehingga menuduhnya sebagai biawak hidup dan mempergunakannya untuk menjual produk kecantikan.

“Macam ni, sejak beberapa ini bila keluar gambar, ada beberapa netizen yang suka komen dan cakap benda yang tak baik pasal hal bapak (Andi). So, bila dia baca membuatkan dia tak nak datang ke sini lagi dan dan live.

“Sebab ada yang dia baca kata dia memanfaatkan (mengambil kesempatan ) terhadap Puteri Sarah seperti orang dulu kata dia menggunakan saya dan dia adalah biawak hidup.

“Mungkin sebab dari kata-kata orang itu yang membuatkan ada segelintir netizen yang percaya dan bila marah je atau tengok gambar Andi Arsyil je mula komen macam tu.

“So, disebabkan benda-benda negatif seperti itu boleh menyebabkan orang lain juga terpalit dan menyebabkan mereka berkata yang tidak baik terhadapnya,” katanya.

Andi Arsyil

Perkara itu dikongsi Sarah ketika sesi siaran langsung yang dikongsikan semula oleh peminatnya di TikTok.

Mengulas lanjut, Sarah menjelaskan bahawa dia adalah individu yang bertanggungjawab menjemput Andi datang ke Malaysia untuk mengajar dan membantunya.

Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu mendedahkan, bahawa dia tidak mengeluarkan sebarang kos termasuklah tiket penerbangan dan penginapan Andi di Malaysia.

“So, saya nak clearkan dekat sini sebelum kau orang kata dia gunakan saya, dan ada juga yang kata bahawa Lumier dekat Indonesia tu tak laku. Bila datang Malaysia baru laku. Jangan! Sebenarnya dekat Indonesia tu dah berapa tahun dah Lumier ni. Dari 2019 lagi tapi kita ni yang tak google. Kita ni yang tak check. Cuma dia tak bagitahu dia owner.

“Sarah yang panggil dia ke sini untuk bantu Sarah LIVE dan untuk membantu juga explain dan buat kelas untuk anda semua.

“Sarah tak bayar pun dia. Dia datang ke Malaysia tanpa bayaran, dan dia sendiri yang bayar plane ticket ya. Kau orang yang mengutuk tu, bukan kau orang yang bayar, dia semua yang bayar. Itupun dah berapa ribu habis. Datang pula live sampai pukul 3 ke 4 pagi bagi kelas dekat anda semua dan tak pasal kena tuduh biawak pula,” ujarnya.

Terdahulu, hubungan Sarah dan Andi menuai pelbagai reaksi netizen apabila mereka kelihatan sentiasa bersama sehinggalah timbul khabar angin mengatakan dua pelakon itu sedang hangat bercinta.

Namun, sehingga kini, tiada pengesahan rasmi dari kedua-dua pihak mengenai dakwaan tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Jun 2021

Senarai Bantuan PKP 3.0 Yang Disediakan Dan Masih Boleh Dimohon

Penganalisis Ekonomi dari Universiti Asia e, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, pemberian moratorium bersasar dilihat dapat membantu individu dan peniaga untuk menghadapi PKP 3.0 berikutan pengurangan jumlah simpanan yang telah digunakan semasa PKP […]

Hiburan Fri, 29 Dec 2017

BEST SANGATKAH SAMPAI CECAH 1.2 JUTA VIEWERS? – HAQIEM RUSLI

Muzik ala-ala Justin Bieber ini turut mendapat pujian rata-rata peminatnya dan sudah tentu mereka yang baru sahaja mendengar lagu ini

Featured Mon, 25 Aug 2025

Netizen Minta Marissa Dania Undur Diri, Respons Abby Abadi Pula Curi Perhatian

Abby dilihat seolah-olah bersetuju dengan pendapat warganet.

Featured Sat, 27 Jul 2024
Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Dituduh Penipu, Ini Jawapan Win Daiyan Trisha

Menggunakan konsep perkahwinan dalam single terbaharunya, Langit telah mencetus pelbagai kontroversi. Ini jawapan Daiyan Trisha kepada netizen……

error: Content is protected !!