Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 28, 2024 @ 6:45pm

“Kita Terjerat Nak Suruh Anak Berdikari Tapi Perlu Lepaskan…” – Keselamatan Negara Merisaukan, Erra Fazira Kukuh Pantau Engku Aleesya

“Saya tidak mengongkong anak, tetapi kalau dia (Aleesya) nak keluar perlu ada salah seorang ibu bapa,” demikian respons penyanyi, pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira yang mengakui bimbang akan keselamatan anaknya pada zaman kini.

Ketika ditemui XTRA, selebriti berusia 50 tahun ini mengakui terjerat mahu memberikan kebebasan kepada puterinya, Engku Aleesya, 15, untuk belajar berdikari namun dalam masa yang sama perlu dipantau.

“Zaman sekarang ini agak menggerunkan dengan teknologi dan pelbagai kejadian. Nampak macam mengawal anak, tapi sebenarnya berhati-hati. Saya bukan mengongkong anak, tetapi anak nak pergi mana mesti kena ada salah seorang ibu bapa.

“Contohnya dia (Aleesya) nak pergi One Utama dengan kawan-kawan, saya hantar dan saya akan ada di situ. Tetapi tidak bersama mereka, biasalah anak remaja kalau ada ibu dia dekat situ malu air muka dengan kawan-kawan.

“Kita lepaskan tetapi sentiasa ‘update’ dia ada di mana. Saya tak beri anak saya telefon, tetapi bila dalam keadaan tertentu seperti dia nak keluar dengan kawan saya akan bagi.  Jadi kita kena pandai, pandai, nak bagi dia kebebasan tapi dalam masa yang sama kena pantau.

“Kita ni terjerat nak suruh anak berdikari. Kalau dulu kita dah gerak sendiri naik teksi, bas dan sebagainya. Bukan tak nak bagi dia berdikari cuma keadaan sekarang ini merisaukan,” katanya lagi.

Erra Fazira

Sementara itu, aktres yang popular menerusi filem Sembilu ini berkongsi antara titipan doa kepada Aleeysa adalah semoga anaknya itu mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT

“Antara doa yang saya titipkan semestinya keselamatan, jadi anak yang solehah, berjaya tapi yang paling penting adalah untuk dia rasa tenang, bahagia dan mensyukuri nikmat Allah SWT,” tuturnya.

Dalam pada itu, Erra turut menyifatkan puteri tercintanya itu adalah seorang yang amat pendiam dan jarang berkongsi perasaan.

“Aleesya sangat ‘reserved’ dan ‘introvert’ orangnya. Sepatah yang ditanya, sepatah dijawab. Jadi sekarang saya kena jadi seorang ibu yang lebih berkongsi segalanya dengan dia untuk mendorong dia jadi seorang yang bercakap.

“Mungkin juga sebab kami split parents, belah sana pun pendiam. Saya pun bukannya ibu yang bising sangat. Jadi tugas saya adalah untuk mengajak dia bersembang sebab dia sangat introvert,” ujarnya.

Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai tiga tahun kemudian. Perkahwinan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Erra berkahwin buat kali kedua dengan dengan Engku Emran dan dikurniakan Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun. Namun, mereka bercerai selepas tujuh tahun berkahwin.

Artikel Berkaitan: Didoakan Kembali Bersama Engku Emran, Ini Jawapan Erra Fazira

Artikel Berkaitan: Sambut Birthday Anak Bersama Erra Fazira, Engku Emran Titip Ucapan Manis Buat Engku Aleesya

Artikel Berkaitan: Erra Fazira Dedah Single ‘Pasrah’ Rungkai Kisah Hidup Sebenar – “Lagu Tu Memang Dicipta Untuk Saya”

Artikel Berkaitan: Isu Perebutan Anak, Erra Fazira Nekad Ketepikan Ego Demi Kebahagian Engku Aleesya – “Saya Dibesarkan Ibu Tunggal Dan Tak Dapat Kasih Sayang Bapa”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 15 Feb 2023

Produk Review Jadi Kejutan, Emma Maembong Hamil Anak Kedua

Alhamdulillah, tahniah Emma and family! Makin meriah family

Hiburan Thu, 28 Mar 2019
Hiburan Mon, 18 Dec 2017

Istana Termahal Di Dunia Bernilai RM1.2 Bilion

Istana Termahal Di Dunia Bernilai RM1.2 Bilion Milik Putera Arab Saudi

Featured Wed, 31 May 2023

Terbit Buku Terus Melangkah, Puteri Sarah Tak Jaja Kisah Peribadi

Suka tengok Sarah happy je… Moga terus terbang tinggi Sarah💖💖💖

Trending Tue, 5 Jul 2022

“Aku Bukan Tak Nak Saman Tapi…” – Isteri Nazrief Nazri Dedah Punca Puteri Sarah Tidak Saman Ira Kaza Lebih Awal

Isteri Nazrief Nazri dedah punca mengapa Puteri Sarah tidak mahu saman Ira Kazar.

Featured Mon, 13 Feb 2023

Zara Zya Mengaku ‘Cucuk’ Muka & Bibir Bersebab…

Wow! cucuk tang sana, cucuk tang sini…

Featured Thu, 22 Dec 2022
error: Content is protected !!