Hiburan By: Fatin Nurain February 6, 2024 @ 3:10pm

Erra Fazira Dedah Single ‘Pasrah’ Rungkai Kisah Hidup Sebenar – “Lagu Tu Memang Dicipta Untuk Saya”

Penyanyi dan pelakon jelita Erra Fazira tampil menjawab persoalan netizen berkenaan lagu-lagunya yang berkaitan dengan kehidupan peribadinya.

Erra terpanggil untuk menjawab persoalan itu selepas penyampai radio Kool 101, Haiza membacakan dakwaan netizen yang menyangka lagunya yang berjudul Yang Terindah Hanya Sementara itu ada kaitan dengan kehidupannya.

Menurut Erra, lagunya Yang Terindah Hanya Sementara itu boleh dikaitkan dengan sesiapa sahaja bahkan, pada awalnya tiada kaitan dengan kisah hidupnya.

Malah, Erra turut menyatakan lagu yang lebih tepat untuk dikaitkan dengan kisah hidupnya adalah Pasrah.

“Sebenarnya, lirik tu ditulis oleh Datuk Habsah Hassan. Ketika dia tulis tu, ianya tiada kena mengena dengan kehidupan saya.

”Tetapi lirik itu sendiri sebenarnya berkait dengan sesiapa sahaja. Kebetulan kehidupan pula macam roller coaster, jadi orang macam meletakkan ianya adalah kisah saya.

”Sebenarnya kalau nak tahu kisah sebenar saya dalam lagu yang saya nyanyikan ialah lagu Pasrah. Itu memang diolah, ditulis, lagu tu memang dicipta untuk saya,” katanya.

@kool101my Okay kita dah dapatkan penjelasan daripada Erra Fazira sendiri! Siapa kata Lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara tu berkisahkan kehidupan Erra Fazira? Bukan ya! Lagu yang betul-betul tentang kisah benar Erra Fazira, Lagu Pasrah 🥹 Dengarkan Pagi On Point Close Up Bersama Erra Fazira di aplikasi Audio+ sekarang! #Kool101 #PagiOnPoint #closeup #ErraFazira #errafaziraprimadona #yangterindahhanyalahsementara #Pasrah ♬ original sound – Kool 101

Dalam pada itu, Erra juga sempat menjelaskan maksud tersirat di sebalik lirik lagu Pasrah itu.

Kata Erra, sebelum ini dia sudah puas berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap percintaannya namun, lebih akur dengan takdir yang telah ditetapkan dengan Sang Pencipta.

”Kita ni dalam hidup, kita boleh berusaha. Boleh buat sehabis mungkin. Tetapi keputusannya, hasilnya kita kena pasrah sama ada menjadi apa yang kita nak atau tidak.

”Jadi itulah maksud pasrah. Saya dah cuba buat yang terbaik dalam sebuah percintaan. Mengharapkan yang terbaik, sentiasa berdoa semua tetapi Allah dorong ke arah yang lain.

“Jadi kita nak lawan ke? Kita tak boleh buat apa. Maka pasrahlah jadinya,” jelasnya.

Ditanyakan sekiranya ada lelaki yang cuba mendekatinya, Erra sempat berseloroh dengan spontan agar mereka pasrah.

“Diorang kena pasrah. Mungkin saya tak buka sangan DM kot. Tapi kalau orang yang nak mendekati itu ada, cuma kita sendiri saya rasa paling penting ialah pembawakan kita.

“Kalau pembawakan kita macam melintat-lintat orang cakap maka akan didekati dengan cara itu. Tapi kalau kita bawa diri kita dengan cara yang betul orang nak dekat dengan kita pun segan,” katanya.

@kool101my “Saya dah cuba yang terbaik dalam sebuah percintaan. Mengharapkan yang terbaik. Sentiasa berdoa. Tetapi Allah dorong ke arah yang lain. Jadi kita nak lawan ke? Kita tak boleh buat apa. Maka pasrahlah jadinya.” – Erra Fazira 🫶🏻 Catch Up Pagi On Point Close Up Bersama Erra Fazira di aplikasi Audio+! #Kool101 #PagiOnPoint #closeup #ErraFazira #errafaziraprimadona #Pasrah ♬ original sound – Kool 101

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 17 Mar 2019

王力宏相约歌迷唱到2060年!赞大马歌迷最厉害

阔别大马3年多的王力宏依然嘴甜,他说:“我出道20几年,环绕世界不知多少圈,但你们(大马歌迷)最厉害,我真的好想念你们。”

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

BTS’s J-HOPE Finally Reveals Member Who Made Cameo in Daydream MV!

J-Hope played a guessing game with fans but now he has revealed the answer.

Trending Mon, 8 Feb 2021

Majlis Akad Nikah Dibenarkan Bermula Esok Dengan Syarat…

Follow SOP, walau tengah bahagia okay!

Hiburan Sun, 14 Jan 2018

Fadh Mengaku Lebih ‘Over’ Berbanding Isteri

pelawak Fadh akui lebih ‘over’ berbanding isterinya dimana keinginannya membuak ketika berada di kedai kelengkapan bayi sewaktu membeli kelengkapan baby girl

Hiburan Thu, 9 Apr 2026

“Saya Tetap Di Sisi Dia” – Chacha Maembong Enggan Ulas Kisah Cinta Emma, Minta Henti Spekulasi

Chacha Maembong turut berharap orang ramai tidak terus membuat spekulasi yang boleh memberi tekanan kepada Emma Maembong

Hiburan Thu, 23 Jan 2020
Hiburan Fri, 1 Feb 2019

首要媒体超越谷歌和脸书!成为大马人最受欢迎的移动内容

马来西亚最大的整合媒体公司首要媒体超越谷歌和脸书,成为马来西亚人最受欢迎的移动内容!

error: Content is protected !!