Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 7, 2018 @ 8:30pm

Hidap Kanser Tahap Empat, Doakan Zaibo Segera Sihat!

“Ketika saya selalu tersedak dan muntah, saya sudah terfikir mengenai barah. Walaupun tidak sakit, saya dapat rasakan seperti ada yang tidak kena pada diri saya,” kata pelakon Zaibo bercerita bagaimana dia mula mengesan tentang penyakitnya.

Pelakon yang cukup terkenal menerusi drama Spanar Jaya ini memaklumkan dia kini menghidap kanser esofagus tahap empat atau kerosakan akibat asid dalam perut.

“ Selepas dapat tahu saya menghidap kanser, saya berkurung dalam bilik selama tiga hari.

“ Doktor mengesahkan simptom tersedak dan muntah yang dialaminya berpunca daripada barah, namun emosi saya semakin stabil,” katanya kepada BH Online.

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid memberitahu dia dapat menjangka kekerapan gejala dilalui setiap kali menjamah makanan bermula selepas Aidilfitri lalu mempunyai kaitan dengan kanser.

“ Namun tidak menyangka sudah merebak ke tahap empat. Saya ke klinik bagi mendapatkan rawatan, seterusnya meminta dirujuk ke hospital bagi pemeriksaan terperinci.

” Entah kenapa, saya sudah terfikir mengenai perkara itu. Pada 27 Ogos lalu segalanya terjawab apabila doktor di Hospital Batu Pahat mengesahkan saya menghidap barah,” katanya.

Pelakon yang popular menerusi watak Pak Selamat itu dilaporkan menangis tiga hari selepas dimaklumkan kanser itu sudah memasuki tahap empat.

“Saya lebih tertekan apabila diberitahu, sel barah sudah merebak ke perut, paru-paru dan tulang rusuk kiri. Namun, selepas bermuhasabah dan melihat wajah isteri dan anak, saya mendapat kekuatan untuk berjuang melawannya.

“ Saya reda kerana percaya qada dan qadar Allah. Lagipun, di sekeliling saya ramai memberikan semangat,” katanya yang sebelum ini hanya menghidap darah tinggi.

Pelakon senior itu dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor sejak Isnin lalu bagi menjalani siri ujian dan pemeriksaan. Dia dibenarkan pulang esok, sebelum dirujuk ke Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya pada 12 September ini.

“Saya akan berehat di rumah kawan di sini sebelum ke IKN melakukan proses PET-CT Scan. Sebarang keputusan rawatan, sama ada perlu menjalani proses kemoterapi atau pembedahan, hanya akan diketahui selepas itu.

“Saya juga perlu kembali semula ke HSB kerana hanya di situ mempunyai pakar dan kemudahan lengkap untuk merawat kanser itu. Pihak berkenaan yang akan tentukan jenis rawatan berdasarkan keputusan,” katanya yang memperlahankan kerjaya lakonan sejak dua tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Jun 2023

Bunyi Tak Elok, Shila Amzah Bersuara Soal #ShiBai – “Tolong Hormat, Kalau Buat Juga Tak Ada Otak!”

Cuba korang suggestkan # apa yang sesuai untuk Shila & Ubai? 🫣❤️🤪

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

PENTAS BBB 2018 TERUS HANGAT DENGAN LAWAK MANTAP PARA PESERTA

Pencarian Pelawak Realiti menerusi Program Bintang Bersama Bintang ini diteruskan lagi pada minggu kedua dengan tema bebas

Featured Fri, 12 Jun 2026

“Saya Pun Dah Terjebak, 2 Malam Tidur Lewat” – Dr Asyraf Wajdi Disamakan Dengan Watak Utama Drama Korea ‘Teach You A Lesson’

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut tidak melepaskan peluang mengikuti drama berkenaan selepas namanya beberapa kali dikaitkan oleh netizen

Events Mon, 9 Mar 2020
#SkoolXTRA Tue, 27 Feb 2024
Hiburan Tue, 7 Apr 2026

“Ye Ke Dengan Mahkamah Boleh Selesai Semua Masalah?” – Abby Abadi Minta Pandangan Khidmat Nasihat Kes Buli Siber, Fitnah & Nafkah Bertangguh

Abby Abadi meminta pandangan serta khidmat nasihat daripada individu yang berpengalaman, khususnya berkaitan isu cyberbully, gangguan dan tuntutan nafkah.

Hiburan Sun, 31 Aug 2025
Featured Tue, 6 Sep 2022

“Individu Mirip Pelakon Cilik On*ni Bukan Anak Saya!” – Bapa Adam Mika Buat Laporan Polis

Itu penjelasan bapa kepada pelakon cilik yang didakwa melakukan perkara tidak senonoh😱

error: Content is protected !!