Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 28, 2024 @ 6:59pm

Pakai Tudung Nampak Leher, Didakwa Tak Ada Niat Tutup Aurat… Yuna Bidas Komen Netizen Toksik! – “Sila ‘Unfollow’ Saya!”

Penyanyi, Yuna meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir masyrakat yang masih mengkritik mengenai cara penampilannya memakai tudung yang menunjukkan leher sehingga diminta untuk menanggalkan hijab.

Menerusi platform di Instagram, Yuna menganggap komen-komen negatif yang ditinggalkan netizen itu sebagai satu perkara toksik yang masih ‘menghantui’ dirinya sepanjang 15 tahun berkecimpung dalam industri seni hiburan.

Pelantun lagu popular Terukir Di Bintang itu seakan kecewa apabila netizen sewenangnya terus menghukumnya tanpa cuba memahami posisinya.

Yuna

“Saya masih terkejut sehingga tahap ini masyakat masih meninggalkan komen sinis dan kasar meskipun setelah 15 tahun mencipta muzik.

“Mereka meminta saya menanggalkan hijab dan menghakimi saya tanpa cuba memahami posisi saya. Itu sangat toksik! Kita tak pernah berjumpa jadi apakah yang saya telah lakukan sehingga membuatkan anda begitu marah kepada saya?,” katanya.

Di akhir perkongsian itu, Yuna menyaran dan bertegas meminta netizen yang tidak berpuas hati dengan dirinya untuk menekan butang ‘unfolow’ di platform media sosial.

“Tolong ‘unfollow’ saya kalau anda tak suka atau seronok dengan orang diri saya sekarang. Kalau merindui ‘Yuna yang dulu’, tolong juga unfollow saya sebab anda pun tidak mengenali diri saya dahulu,” katanya lagi.

Yuna

Artikel Berkaitan: Kembali Menetap Di Malaysia, Yuna Dalam Perancangan Miliki Zuriat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 14 Mar 2026

Impian Nur Shahida Berjumpa Amyza Aznan Tertunai, Tawar Jadi Pengacara Sempena Jualan Lelong 72 Jam Tanpa Henti

Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid meluahkan rasa bersyukur apabila dapat bertemu dan bekerjasama bersama pelakon dan pelawak, Amyza Aznan.

Hiburan Sat, 7 Feb 2026

“Faham Makna Keluarga, Tak Paksa Isteri Kerja Jadi Duta” – Individu Puji Aiman Hakim Ridza Suami Bertanggungjawab

Individu tersebut turut menyifatkan Aiman seorang suami yang tidak pernah memaksa isterinya, Zahira untuk bekerja.

Hiburan Thu, 7 Aug 2025

Wany Hasrita Nasihat Jangan Sibuk Perihal Dalam Kain Orang – “Fokus Perbaiki Diri, Saya Pun Tengah Cuba Ni”

Wany Hasrita minta netizen fokus jaga diri sendiri, jangan sibuk isu rumah tangga selebriti

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

Comelnya Anak Datuk Siti Nurhaliza!

Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah Siti serta anak kami, kata Khalid.

Hiburan Thu, 26 Aug 2021

Malam #BaikSemula Program Istimewa Dedikasi Kepada Wira Negara

Bersempena dengan kempen Kita Malaysia #BaikSemula yang sedang rancak berlangsung di semua platform Media Prima Berhad, TV3 bakal menyajikan program bual bicara istimewa Malam #BaikSemula yang dihoskan oleh Nabila Huda, AG dan Fara Fauzana pada […]

Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] Tak Guna ‘Cable’ Bapa! Danish Hakim Tetap Prinsip Elak Babak Bersentuhan & Jaga Solat Awal Waktu

Wowww, Danish Hakim beranikan diri sertai program realiti Fit For Action! Cayalah, teruskan legasi Norman Hakim & Abby Abadi dalam bidang lakonan gituuu 🤩 🤩

Hiburan Wed, 24 Apr 2019
error: Content is protected !!