Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 29, 2024 @ 8:30pm

“Henti Sebar Fitnah, Syukurlah Allah Masih Jaga Aib Kita” – Marissa Dania

Pempengaruh, Marissa Dania berharap agar orang ramai berhenti menyebar spekulasi kerana bimbang isu tersebut akan terjerumus kepada fitnah.

Menerusi status dimuat naik di Instagram Story (IGs), anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim ini meminta netizen untuk berhati-hati dengan percakapan dan pemikiran.

Dalam perkongsian sama, Marissa turut memberi nasihat kepada pengikutnya untuk bersyukur apabila aib mereka masih dijaga oleh Allah SWT.

“Stop spreading rumours that can lead to fitnah with your assumptions and words, be aware of what you say and think, bersyukurlah aib kita masih Allah jaga,” tulisnya.

Marissa Dania

Sebelum ini, Marissa kehilangan anak sulungnya yang meninggal dunia selepas dilahirkan secara pra matang dalam kandungan berusia enam bulan.

Difahamkan, berita duka tersebut hanya diketahui oleh bapanya, aktor Norman Hakim dan keluarga terdekat sahaja.

Manakala ibunya, Abby Abadi tidak dimaklumkan mengenai pemergian cucunya itu.

Sekadar info, Marissa menjadi isteri kedua kepada pilihan hatinya, Mohd. Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Artikel Berkaitan: Netizen Berang, Buat ‘Party’ Di Ruangan Komen IG Abby Abadi ‘Sekolahkan’ Marissa Dania – “Sombong Nak M****s! Terpaling Aslam Je Kat Mata Dia”

Artikel Berkaitan: Bersalin Bayi Pra Matang, Abby Abadi Mengaku Masih Belum Dapat Khabar Dari Marissa Dania – “Tak Tahu Nak Nasihat Apa”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 19 Jun 2024

Nelydia Senrose Tanggal Hijab?

Doakan yang baik-baik je

Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Hanya Mampu Berdoa, Saharul Ridzwan Harap…

Untungnya dapat suami yang memahami…

Hiburan Tue, 24 Jan 2023
Hiburan Sat, 26 May 2018

Shakila Suka Ke Dapur Selepas Kahwin

Walaupun suami handal, saya tak boleh culas, tambahan pula inilah kali pertama kami berpuasa bersama!

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

‘ Izinkan Mak Dapat Bertemu Abah Di Pintu Syurga Mu…’, Ibu Ellie Suriaty Meninggal Dunia

Sebelum ini, arwah yang berusia 76 tahun disahkan lumpuh separuh badan sejak hujung tahun lalu. Sejak itu, arwah hilang upaya makan, bercakap dan berjalan.

error: Content is protected !!