Euforia Bola 2026
Trending By: Padin September 2, 2024 @ 5:14pm

Jamu 5,000 Tetamu, Belanja Hampir RM300,000 Untuk Majlis Sanding… Warganet Jahat Gelar Siti Jamumall & Aiman Tak Kesah Pengantin Sampah? – “Walau Ada Tak Suka, Masih Ramai Sokong”

Pasangan pempengaruh, Siti Jamumall dan suaminya, Aiman Tak Kesah membelanjakan hampir RM300,000 untuk majlis persandingan mereka yang berlangsung malam tadi.

Menjamu lebih 5,000 tetamu di Magica Monterez Hall, Shah Alam, Selangor, Siti dan Aiman gembira kerana majlis persandingan yang dirancang berjalan lancar biarpun berlakunya pertukaran tempat.

“Majlis persandingan kami bertukar tempat pada saat akhir. Ada beberapa hal yang terjadi namun semuanya dapat diatasi. Akhirnya, kami bersyukur apa yang dirancang berjalan lancar.

“Kami mengajak semua pengikut yang selama ini memberi sokongan dan syukur kami dapat menjamu lebih 5,000 tetamu. Bercakap dari segi kos, kalau tak campur dengan penaja, jumlah yang kami dah gunakan untuk majlis persandingan adalah lebih kurang RM200,000.

“Jika ia ditambah dengan nilai tajaan yang diberikan, jumlah yang digunakan hampir mencecah RM300,000. Apapun, kami bersyukur semuanya berjalan lancar,” katanya.

Tampil dengan gimik lakonan semula kisah hidup mereka ketika majlis berlangsung, ada warganet mengecam dan menggelarkan mereka sebagai ‘Pengantin Sampah’.

Menurut Siti atau nama sebenarnya, Siti Suriani Wahiddin, 25, gimik tersebut memang dirancang sebagai atur cara dalam majlis resepsi supaya dapat membuka mata masyarakat‬ bahawa kisah mereka ini bukan sampah, namun ia adalah permata.

“Bertahun-tahun saya dan Aiman buat ‘live’ di media sosial dan tidak dinafikan sejak awal hingga kini, masih ada lagi golongan yang mengecam.

“Tapi dalam yang tak suka, masih ramai juga yang menyokong dan mengikuti kisah hidup kami. Jadi, sokongan itulah yang menjadikan kami lebih bersemangat untuk terus kuat sehinggalah sekarang.

“Semua orang tahu, kami sebelum ini pernah viral kerana berkahwin di Thailand. Jadi baru sekarang kami ada waktu sesuai untuk anjurkan majlis ini iaitu pada 1 September yang juga hari ulang tahun kelahiran saya.

“Kiranya kami satukanlah dengan hari bersanding dan meraikan hari jadi. Agak kelam-kabut juga memandangkan perancangan untuk majlis ini tak sampai dua bulan.

“Apa pun syukur dan kami sangat gembira sebab ramai yang hadir,” katanya yang turut berterima kasih kepada barisan penaja yang sudi menaja.

Selain tarian tradisional, majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Zizi Kirana dan Ayu Damit.

Terdahulu Pada 1 Jun lalu, Siti memilih untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya, Aiman Tak Kesah atau nama sebenarnya, Khairul Aiman Abdul Kudus, 21, di Satun, Thailand.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 9 Mar 2019

超尴尬!阿公拿飞机杯当花瓶插花拜阿嬷

情趣用品真的要放好,一旦被家人当成其他物品使用,那就尴尬了……

Featured Tue, 18 Feb 2025
Featured Tue, 13 Dec 2022

Nafi ‘Playboy’, Ismail Izzani Tegur Individu Wanita Sebar Gosip Liar – “Saya Minta Maaf, Tolong Berhenti Ugut”

Alahai kesian Ismail Izzani 🥲 Kalau dah sentuh isu keluarga ni, kita pun jadi geram! 🥵

Drama Wed, 25 Feb 2026

3 Drama Paling Panas, 3 Ujian Hati Paling Berat… Sepanjang Ramadan Hanya di TV3

Kerana Cinta Itu Dusta, Khianat Yang Terpilih & Bila Cinta Menjadi Dosa bakal menghangatkan Ramadan di TV3!

Hiburan Wed, 11 Jun 2025

Pernah Lupa Diri Tatkala Nama Dikenali, Zynakal Bimbang Terpalit Kontroversi

Zynnakal akui risau terpalit kontroveri seumpama amang seksual

Hiburan Sun, 2 Jun 2024
Featured Mon, 1 Apr 2024
error: Content is protected !!