Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 2, 2024 @ 6:29pm

Semarak Semangat Patriotisme & Kreativiti Belia… Fikry Ibrahim, Trisha Ooi & Ramai Selebriti Lain Bakal Meriahkan Fiesta Belia Merdeka 2024

Selebriti popular tanah air seperti Fikry Ibrahim, Trisha Ooi, Chacha Maembong, Bella Dowanna, Wan Raja Lawak dan ramai lagi bakal memeriahkan Fiesta Belia Merdeka 2024 yang bakal berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 8 September ini, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Acara ini dianjurkan oleh KL Care dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan NGO belia seperti International Youth Centre (IYC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP).

Menurut Shafiq Saharudin selaku Pengerusi KL Care, program ini bertujuan untuk memperkukuh semangat kemerdekaan di kalangan belia, sambil memupuk kepimpinan dan kesedaran sosial dalam kalangan generasi muda.

“Acara ini juga menjadi platform bagi belia untuk mempamerkan bakat dan kemahiran mereka melalui pelbagai aktiviti dan program yang telah disusun sepanjang hari tersebut.”

“Fiesta Belia Merdeka 2024 ini juga dapat membantu belia untuk meneroka peluang kerjaya dan latihan untuk perancangan masa hadapan,” katanya.

Tambah Shafiq, antara acara utama yang akan berlangsung ialah Fitness Dance Marathon, Karnival Kerjaya oleh PERKESO, Bike Show, Forum Belia Berisiko, Pertandingan Filem Pendek, Hari Rock Negara dan Sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China.

Selain itu, turut menjadi tarikan ramai adalah Hari Rock Negara yang akan berlangsung pada hari sama sekitar jam 7 malam.

Antara barisan penyanyi yang akan menggegarkan pentas Hari Rock Negara adalah kumpulan Gerhana Ska Cinta, SYJ, Lipan Bara, Kugiran D’ Tepi Pantai dan banyak lagi.

Di akhir temu bual, Shafiq berkata meskipun ini kali pertama KL Care menganjurkan karnival yang berskala besar seperti Fiesta Belia Merdeka 2024, tetapi pihaknya menjanjikan pelbagai aktiviti menarik yang bukan sahaja mendidik tetapi juga menghiburkan.

Difahamkan, Fiesta Belia Merdeka 2024 ini mendapat sokongan penuh daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Datuk Azman Hj Abidin, Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Untuk maklumat lanjut mengenai Fiesta Belia Merdeka 2024, sila layari laman web dan platform media sosial rasmi kami di https://www.facebook.com/FiestaBelia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Oct 2022
Featured Sun, 25 Aug 2024

“Sila Jaga Kata-Kata!” – Dituduh ‘Happy’ Madu Kematian Anak, Kakak Umisya Tegur Netizen… Dedah Adik Urus Jenazah Bayi Marissa

Sedasssss Kakak Umisya kasi. Ingat! Jaga kata-kata sebelum apa yang diucapkan tu berbalik pada diri sendiri nanti🔥🔥🔥

Featured Wed, 24 Dec 2025

“Dah Agak Mesti Ada Komen Badigol” – Intan Najuwa Perjelas Salah Faham Bawa Keluarga Pembantu Rumah Rai Krismas Di Kuala Lumpur

Kata Intan, dia sudah menjangkakan akan menerima pelbagai reaksi, termasuk komen negatif.

Hiburan Fri, 12 Jul 2019
Featured Thu, 10 Nov 2022

Cakra Khan Pernah Jual Jam Tangan Untuk Bayar Gaji Pekerja

Kesiannya sampai macam tu sekali ya..

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

INI SEBAB KENAPA SAHARUL RIDZWAN TERHARU

Pelakon Zahir Tak Terucap ini menyatakan rasa syukurnya kerana, doa yang dimintanya selama ini telahpun dimakbulkan.

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

“Percayalah, Pelakon Drama Tak Cukup Dihargai” – Sarimah Ibrahim

Sarimah Ibrahim mendedahkan satu episod drama bersiri yang ditonton penonton sebenarnya mengambil kira-kira tiga hari untuk disiapkan.

Hiburan Sat, 13 Apr 2019

Comelnya Buah Hati Ketiga Khai-Rosma!

Syukur Alhamdulillah. Anak perempuan kami Nur Alya Dhania selamat dilahirkan semalam 11.04.2019 jam 1.48 pm berat 2.8 kilogram.

Trending Sun, 8 Nov 2020
error: Content is protected !!