Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 25, 2024 @ 1:48am

“Sila Jaga Kata-Kata!” – Dituduh ‘Happy’ Madu Kematian Anak, Kakak Umisya Tegur Netizen… Dedah Adik Urus Jenazah Bayi Marissa

Kakak kepada Umisya Mazlan iaitu Sella Mazlan tampil memberi teguran terhadap individu yang mengeluarkan dan memberikan komen negatif terhadap adiknya.

Ia susulan tular berita mengenai anak sulung Marissa Dania Hakim yang dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan.

Kata Sella, mereka telahpun mengetahui mengenai berita tersebut selepas acara yang dikeluarkan media beberapa hari lepas dimana pihak wartawan bertanyakan soal kehamilan kepada Marissa dan Aslam.

Mengulas lanjut, Sella memaklumkan bahawa Umisya ialah individu yang menziarahi dan menguruskan jenazah (bayi).

“Salam takziah kepada M dan keluarga. Berita ini memang kami dah tahu selepas event yang dikeluarkan media beberapa hari lepas, yang mana wartawan bertanyakan soal kehamilan kepada mereka berdua,” katanya.

Malah, adiknya itu tidak gembira mahupun seronok mengenai perkara itu seperti yang didakwa sebaliknya berada sedih dan terkejut.

“Adik kami Misya sendiri datang ziarah jenazah, mandikan jenazah dan solatkan arwah bayi.

“Adik kami tidak seronok malah apa yang dikeluarkan dari mulutnya, “ini semua ujian yang Allah SWT aturkan untuk kita,” ulasnya.

Justeru, sebagai seorang kakak yang tidak mahu adiknya terus menerima tuduhan tidak berasas, Sella sempat memberikan pesanan agar orang ramai di luar sana untuk menjaga emosi Umisya memandangkan dia juga sedang hamil anak ketiga.

“Misya turut sedih dan terkejut tentang berita keguguran dan kematian baby M, kerana adik kami juga ibu dan sekarang pun tengah berbadan dua, jadi sila jaga emosi adik saya. Jaga kata-kata anda wahai manusia,” jelasnya.

Menerusi hantaran lain, Sella turut berkongsi tangkap layar pesanan mesej langsung (DM) yang diterima adiknya.

Menurut individu berkenaan, ramai warganet ‘penat’ mempertahankan Umisya, namun gagal kerana dia dilihat baik dengan madunya itu sekaligus mendoakan agar Marissa dan Aslam bahagia hinga ke syurga.

Terdahulu, ibu kepada Marissa Dania Hakim iaitu Abby Abadi memaklumkan, dia masih tidak tahu menahu mengenai berita malang yang menimpa anaknya.

Pada Sabtu, berita mengenai anak sulung Marissa dan Aslam yang dilaporkan meninggal dunia selepas dilahirkan secara pra matang mengejutkan ramai pihak.

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Pernah Menyesal Jadi Terlalu Baik, Kerana Hadiahmu Bukan Pada Manusia Tapi Allah” – Umisya Mazlan

ARTIKEL BERKAITAN:Alami Sakit Perut, Bayi Sulung Marissa Dania Hakim Meninggal Dunia Ketika Dilahirkan 

ARTIKEL BERKAITAN:“Doakan Yang Baik-Baik” – Didakwa Berbadan Dua, Marissa Dania Kunci Mulut

ARTIKEL BERKAITAN:“Macam Ada Isi Je…” – Penampakan Baby Bump, Netizen Dakwa Marissa Dania Kini Hamil?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Apr 2026

Isu Artis Tunai Solat Dipersoal, Aznil Nawawi Tampil Perjelas Elak Fitnah

Aznil, 64, berkongsi caranya yang mengambil air wuduk terlebih dahulu sebelum wajahnya memakai sebarang solekan.

Featured Tue, 4 May 2021

Pembayaran BPR Fasa Kedua Bermula 7 Mei Ini, Cara Semak BPR

Pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat fasa kedua yang memperuntukkan belanjawan sebanyak 2.75 bilion bakal dilaksanakan pada 7 Mei ini. Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul bantuan ini akan memanfaatkan 3.6 juta isi rumah , […]

Events Tue, 4 Dec 2018

Fill Your School Holiday with Fun in Sunway Lagoon!

There are so many activities just for the holidays!

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

22 Tahun Cari Penyanyi, Akhirnya Izzmad Harun Jadi Pilihan

Semoga lagu Bisa Pertama dapat jadi finalis di AJL 34!

Featured Sat, 28 Mar 2020

44 kes positif COVID-19 sembuh dan dibenarkan pulang

Rekod harian tertinggi dicatatkan

Eat Travel Tue, 4 Dec 2018
Hiburan Mon, 2 Apr 2018

导演2周前松口《歌手》惊传下季停播!

中国综艺节目《歌手》第6季自开播以来便话题不断,不过近来传出下一季恐停播「不玩了」或是将转变节目型态;而该节目导演洪涛早在两个礼拜前,就疑似曾以文字做出暗示。

Events Fri, 11 Feb 2022
error: Content is protected !!