Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 4, 2024 @ 7:29am

Takut Dibandingkan Dengan Maya Karin, Impian Anna Jobling Jadi Duyung Akhirnya Tercapai… Rupanya Pernah Wakil Selangor Dalam Sukan Renang!

Pelakon cantik, Anna Jobling bersedia sekiranya peminat membandingkan dirinya dengan aktres Maya Karin.

Anna bakal membawakan watak duyung dalam naskhah terbaharu berjudul Duyung Legenda Aurora terbitan KRU Studios, 8 Bit Studio dan Primeworks Studios.

Duyung Legenda Aurora yang bakal diarahkan oleh Datuk Prof. Dr. A. Razak Mohaideen ini merupakan sekuel filem Duyung terbitan tahun 2008.

“Takut tu memang takut (dibandingkan), tapi dalam masa yang sama, saya terbuka dengan kritikan. Saya rasa kritikan akan terjadi juga walaupun saya bakal memberikan terbaik.

“Saya terbuka dengan saranan. Jika ia memberi kebaikan, saya terima dengan hati yang terbuka tetapi jika ia sekadar mengecam, saya akan abaikan.

“Sewaktu kecil, saya suka dengan watak duyung. Saya teringin nak jadi duyung, suka tengok filem yang ada watak duyung dan saya pernah berpura-pura jadi duyung dalam kolam renang. Jadi, impian saya seakan tercapai,” katanya kepada XTRA.

Pernah mewakili negeri Selangor dalam sukan renang ketika di bangku sekolah, Anna rasa gembira dapat menggunakan kemahiran berenang dalam filem terbabit.

“Kali terakhir saya aktif dalam sukan renang adalah sewaktu berusia 17 tahun. Saya pernah mewakili Selangor dalam acara renang.

“Bila saya dah masuk industri hiburan, saya perlahankan penglibatan dalam sukan renang kerana kesuntukan masa.

“Jadi, sekarang ini adalah masanya untuk saya menggunakan kemahiran dalam renang untuk merealisasikan watak duyung bernama Aurora,” katanya lagi.

Filem Duyung Legenda Aurora bakal memulakan penggambaran pada 13 September hingga 13 Oktober 2024.

Filem ini dijangka menemui penonton di pawagam pada suku tahun ketiga 2025.

Selain Anna dan Maya, pelakon lain yang membintangi filem ini ialah Saiful Apek, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, Kumpulan Zero, Aniq Aqil dan Aidilia Hilda.

Untuk rekod, filem Duyung pernah memenangi Anugerah Khas Box Office di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM 21) pada 2008.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Mar 2022

Aina Abdul VS Pokok & Piala, Nabila Huda VS Statue of Liberty, Naim Daniel VS Billie Eilish? Jom Baca Corat-Coret AJL 36!

Tak lengkaplah nama AJL tanpa ada elemen kejutan kan… Tapi netizen pun memang sangat kreatif ya! Tak percaya klik artikel ni okay! 😜😉

Featured Fri, 28 Jan 2022

Bekas Pengetua Maahad Tahfiz Terlibat 15 Pertuduhan Gangguan Seksual

Ya Allah, teruknya perangai! Ni patut kena rejam ni….

Hiburan Mon, 19 Nov 2018
Events Fri, 27 Apr 2018

KL Jamm Tumpuan Buat Peminat Muzik Antarabangsa

Platform yang bakal menghimpunkan penggiat seni dari seluruh dunia satu festival muzik bertaraf antarabangsa bakal diadakan di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai KL Jamm

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Persis Bidadari, Fazura Makin Cantik Dalam Koleksi Busana Infinence

Dalam perkembangan lain, Fazura turut memberitahu beliau bakal masuk ke set penggambaran filem bersama produksi Indonesia.

Trending Thu, 26 May 2022

Ratu Elizabeth Cari ‘Bibik’, Dibayar RM43 Sejam

Ratu Elizabeth mengiklankan kerja kosong untuk mencari pembantu rumah.

Featured Tue, 17 Oct 2023

Tiga Bulan Rangka Persiapan Konsert, Fourtwnty Akui Banyak ‘Berehat’

Tak sabar nak pergi konsert Fourtwnty Ahad ni gaissss!🙌

Featured Mon, 26 Sep 2022
Hiburan Tue, 8 Jul 2025

Riena Diana ‘Sejuk Hati’ Ramai DM Minta Maaf

Riena Diana hampir deactivate akaun Instagram

error: Content is protected !!