Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 6, 2024 @ 6:21pm

Babak Mandi, Tayang Badan Dalam Filem Pontianak 200 KG, Apich Lo Sedia Terima Kecaman! – “Ini Komitmen Saya Terhadap Kerja”

Pelakon baharu, Apich Lo mengakui sudah bersedia dari segi mental untuk menerima setiap komen netizen selepas tampil membuka baju dan menayang badannya dalam filem komedi Pontianak 200 KG.

Ketika ditemui XTRA, Apich atau nama sebebarnya Ahmad Fadzlullah Narudin, 32, berani menyahut cabaran pengarah bagi menjayakan babak tersebut.

“Babak buka baju dan mandi itu pasti akan menarik perhatian ramai. Semasa dapat skrip, saya tidak tahu babak itu perlu membuka baju. Apabila pengarah suruh buka, saya anggap itu sebagai cabaran demi tuntutan kerja sebagai anak seni.

“Bagi saya, ini bukan tentang tayang badan sebaliknya komitmen terhadap kerja. Saya sudah bersedia secara mental dan fizikal sekiranya mendapat apa jua komen daripada penonton filem ini,” katanya.

Apich yang ditemui pada Malam Gala Filem Pontianak 200KG pada Selasa, turut mendedahkan bahawa dia telah mengambil kelas lakonan bersama Datuk Fauziah Nawi sebagai persediaan untuk memantapkan kemahirannya.

Sementara itu, Apich turut meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang dan kepercayaan untuk membawa antara watak utama sebagai Lee Min Ho dalam filem  ini.

“Ini pengalaman pertama saya. Perasaan gementar itu sudah semestinya ada terutama apabila diberi kepercayaan berlakon dalam filem seperti ini. Saya rasa ‘cringe‘ tengok lakonan saya. Kalau lihat babak saya dalam filem ini, saya sendiri rasa tak puas hati dan rasa boleh perbaiki lagi di masa akan datang,” katanya.

Meskipun baru setahun sebagai pelakon, Apich yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu perubatan ini menyedari dia sedikit lambat menyertai industri hiburan memandangkan usianya sudah mencecah 30 tahun.

Namun begitu, Apich tidak pernah memikirkan untuk bersaing kerana percaya kepada rezeki.

“Usia saya kini sudah melebihi 30 tahun dan iya, saya bermula agak sedikit lewat berbanding pelakon lain. Namun, usia bukanlah penghalang bagi saya untuk menjadi pelakon. Jika kita minat, kita perlu berusaha sebaik mungkin.

“Saya tidak pernah memikirkan tentang persaingan. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Dalam filem ini, idola saya adalah Wanns Ahmad dan Niezam Zaidi. Selain mereka, saya turut mengidolakan Datuk Rosyam Nor dan Shaheizy Sam,” tambahnya.

Filem komedi Pontianak 200 KG arahan Shuhaimi Lua sudah berada di seluruh pawagam Malaysia dan Brunei bermula 5 September lalu.

Filem hasil kerjasama menyeluruh antara Primeworks Studios (PWS) dan Metrowealth International Group (MIG) turut menampilkan pelakon lain seperti Aya Amiruddiin, Dottie, Ziana Zain, Ropie, Niezam Zaidi, Wanns Ahmad, Malia Baby, dan Shaf Naufas.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bawa ‘Teman Istimewa’ Ke Malam Gala Filem Pontianak 200 KG, Hati Aya Amiruddin Kembali Berbunga?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 30 Nov 2018

Ribut Pasir Gergasi Setinggi 100 Meter ‘Menelan’ Bandar China

Tembok pasir setinggi 100 meter dilihat seperti ‘menelan’ seluruh bandar

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Tinggalkan Kanada, Bieber Mohon Jadi Rakyat AS?

Selepas sebelas tahun menetap di Amerika Syarikat, penyanyi Justin Bieber nekad untuk memohon kerakyatan di negara itu. Bukan apa, Bieber juga dilaporkan sudah berkahwin dengan model terkenal Amerika Hailey Baldwin. Malah Bieber juga dilaporkan sudah […]

Hiburan Sat, 22 Mar 2025
Hiburan Sun, 25 Jan 2026

“Terima Kasih Kerana Bertanya & Mendoakan Anak Saya” – Bapa Mia Sara

Ridhuan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat dan bertanyakan khabar mengenai Mia Sara.

Trending Wed, 31 Mar 2021

Sweet Sungguh! Harris Alif Hadiahkan Lagu Baru Buat Intan Ladyana

Baru saja mendirikan rumah tangga dengan cinta hatinya, aktres Intan Ladyana pada 5 Februari lalu, penyanyi, pelakon, dan pengacara Harris Alif, 22, pastinya kini diulit kebahagiaan. Demi mengabadikan rasa cinta mendalamnya terhadap isteri, Harris tidak […]

Trending Mon, 15 Jun 2020
Featured Sat, 18 Apr 2026

Kejutan Buat Peminat, Tuah Adzmi Dedah Sebab Gantikan Khai Bahar Di AJL40 SA – “Mula-Mula Dapat Tawaran Tu Saya Menggigil”

Tuah Adzmi tampil membuat kejutan apabila menggantikan penyanyi, Khai Bahar di pentas Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40 SA).

Featured Tue, 21 Feb 2023
Trending Fri, 10 Dec 2021

Netizen Puji Mesej Anti-Buli Dendam Penunggu… OST Nyanyian Khai Bahar Pun Best!

Dendam Penunggu merupakan filem original pertama dibawah tonton CINEMA yang mengangkat tema anti-buli. Antara barisan pelakon yang ditampilkan dalam filem ini adalah Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Imran Aqil dan ramai lagi. Sedang hangat […]

error: Content is protected !!