Euforia Bola 2026
Trending By: Aqilah Paharuzi September 9, 2024 @ 9:31pm

Nak Jadi Penyanyi? Ini Cara Sertai Kempen Pencarian Bakat Baharu XTRA XSTAR 2024

XTRA XSTAR adalah inisiatif portal Xtra dalam pencarian bakat baharu untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin bergelar penyanyi.

Dijalankan menerusi platform TikTok, menariknya kempen XTRA XSTAR ini tiada sebarang had penyertaan dan terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

Mudah sahaja, ini cara untuk menyertai pencarian bakat baharu XTRA XSTAR 2024:

1. Serlahkan bakat dan vokal anda dengan Kongsi sahaja video nyanyian anda di platform TikTok, letakkan #XTRAXSTAR2024 dan tag akaun TikTok @xtra_my serta pastikan akaun berada dalam tetapan umum sebelum 22 September 2024.

2. Pemilihan lagu dan cara penyampaian emosi ketika menyanyi juga penting! Anda boleh menyunting video, tetapi tidak boleh menggunakan ‘voice effects’ seperti echo dan sebagainya. Penyertaan anda boleh dibatalkan serta merta!

3. Sebelum anda menghantar penyertaan, sila pastikan anda tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman dan pengurusan. Ini bagi memastikan tiada isu berbangkit antara mana-mana pihak sekiranya anda bergelar juara dan berjaya bernaung di bawah Alternate Records & Talent.

4. Video penyertaan anda akan dinilai oleh juri-juri profesional dalam industri hiburan termasuklah artis dibawah syarikat rakaman Alternate seperti Marsha Milan, Puteri Khareeza dan Bob Yusof.

5. Selepas penilaian dilakukan, seramai 20 peserta bertuah akan layak ke peringkat seterusnya di mana mereka akan diundi oleh orang ramai untuk merebut peluang ke Top 5 pusingan akhir XTRA XSTAR .

6. Lima peserta dengan undian tertinggi akan berentap di Studio Sri Pentas dan ditayangkan secara langsung menerusi platform TikTok bagi merangkul gelaran Juara!

Pemenang XTRA XSTAR bukan sahaja akan menerima gelaran juara, tetapi juga berpeluang untuk menerima hadiah berupa kontrak rakaman dan pengurusan bersama Alternate Records & Talents. Pemenang juga akan mendapat peluang untuk muncul dalam pelbagai platform media yang dikendalikan oleh XTRA dan platform Media Prima, termasuk wawancara eksklusif dan liputan media meluas.

Untuk maklumat lanjut mengenai XTRA XSTAR, sila layari portal laman web di www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti platform media sosial XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian XTRA_MY.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Nov 2023

Sejak Masuk Penjara, Siti Bainun Makin Slim… Turun 60 Kilogram Dalam Masa 6 Bulan

Susut betul Siti Bainun 6 bulan duduk penjara kan?😉

Hiburan Mon, 9 Jun 2025

Syamel Kongsi Momen Sukar Hantar Khawla Ke Sekolah – “Anak Happy Tapi Ibu Bapa Saja Yang…”

Ernie Zakri, Syamel sukar melepaskan Khawla pertama kali ke sekolah

Featured Sat, 12 Apr 2025

“Majlis Sederhana Persis Yang Kami Impikan” – Aisyah Aziz Luah Rasa Syukur, Doa Perkahwinan Sentiasa Berlandaskan Iman & Cinta

Majlis yang diadakan secara intimate ini hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Trending Sun, 25 Mar 2018

Penceramah Bebas Ganggu Isteri Orang?

Setakat ini kita tidak boleh mengatakan dakwaan atau laporan itu benar atau sebaliknya kerana tidak semestinya apa yang dikatakan oleh pengadu itu betul. Ha, dengar tu. Siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu ya…

Hiburan Tue, 30 Jun 2026

“Semoga Yang Benar Terus Dilindungi” – Bella Astillah Percaya Setiap Ujian Dilalui Syed Saddiq Ada Hikmah

Bella berharap segala urusan membabitkan Saddiq dipermudahkan dan diberikan kekuatan dalam menghadapi detik penting itu.

Hiburan Thu, 21 Dec 2023

Ainan Tasneem Nak Buat Mini Konsert? Siap Ada Sesi Tazkirah Daripada Ustazah & Terbuka Untuk Perempuan Sahaja

Ainan bakal adakan mini konsert? Bila tu? Min sangat-sangat excited😍😲

Hiburan Tue, 19 Dec 2023

Raisa Dedah Pertemuan Pertama Dengan Meerqeen & ‘Lamaran’ Berlakon Dalam Muzik Video

Wahh untungnya Meerqeen! Best sangat MV Tak Berharap Lagi

Featured Mon, 9 Jan 2023
Hiburan Thu, 7 Apr 2022
Trending Sat, 2 Jan 2021

Bernikah Dengan Ahli Perniagaan, Nafiz Muaz Selamat Bergelar Suami

Tahniah Nafiz & isteri, selamat pengantin baru!

error: Content is protected !!