Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 9, 2024 @ 1:30pm

Diserang Anjing Jenis Rottweiler, Mia Nasir Syukur Dilindungi Allah – “Nasib Baik Tak Pakai Seluar Ketat”

Pelakon Mia Nasir berkongsi keadaan cemas apabila diserang seekor anjing rottweiler ketika sedang menjalani penggambaran, baru-baru ini.

Video berdurasi 0.13 saat itu memaparkan Mia dan aktres, Mimi Lana mahu memasuki sebuah rumah namun secara tiba-tiba anjing tersebut menyerang adik kepada Anzalna Nasir itu di bahagian kaki.

Video tersebut menunjukkan anjing itu menggigit Mia di bahagian betis sehingga seluarnya terkoyak lalu terjatuh lantas itu seorang kru produksi bergegas menyelamatkan keadaan.

Sementara itu, Mia meluahkan rasa syukur apabila dia tidak mengalami kecederaan yang serius dan hanya mengalami kesan lebam di bahagian pahanya.

“Belakang saya ada cermin. Nasib saya tak langgar dan pecahkan. Allah lindung saya.

“Saya juga bernasib baik kerana jenis seluar yang dipakai menghalang anjing itu menggigit terus ke bahagian kulit. Kalau pakai seluar ketat dia dah dapat gigit.

“Badan saya tak sakit, cuma impak dia di bahagian paha sahaja. Tiada luka dan berdarah,” katanya menjelaskan keadaan dalam video siaran langsung di TikTok.

Dalam pada itu, Mia berkata dia tidak trauma dengan peristiwa tersebut kerana anjing rottweiler itu tidak mengigitnya.

“Kalau tanya trauma ataupun tidak, saya akan cakap tidak. Sebab dia tak gigit saya. Kalau gigit mungkin saya trauma.

“Untuk pengetahuan korang, kita jangan bagi interaksi mata dengan anjing sebegitu. Mereka akan rasa terancam,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Mia tidak menyalahkan mana-mana pihak meskipun betisnya nyaris digigit.

“Apa yang berlaku ini saya tak salahkan siapa. Tak ada siapa yang sangka benda seperti itu akan terjadi.

“Nasib saya memang baik walaupun ruang dekat situ macam tiada. Anjing itu pun digunakan untuk tujuan lakonan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mia Nasir Pura-Pura Berjumpa Peminat, Sempat Sign Autograph Lagi- “Anak-Anak Nasir Memang kelakar Eh?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Sep 2023
Trending Fri, 26 Jan 2018

‘Tinky Winky’ Disahkan Meninggal Dunia

Jatuh Dan Pengsan Tepi Jalan, ‘Tinky Winky’ Disahkan Meninggal Dunia

Hiburan Fri, 20 Aug 2021

Tampil 2 Single Baharu Dalam Tempoh 2 Minggu, Zynakal Tak Rasa ‘Membazir’

Tampil dua single baharu dalam tempoh dua minggu, penyanyi rap Zynakal tidak merasakan tindakan terbabit sebagai satu ‘pembaziran’. Zyn atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli mengeluarkan single Sayang Aku Tanya Apa Khabar kolaborasi bersama Dayang […]

Featured Tue, 12 Dec 2023
Featured Fri, 6 Jan 2023

Athisha Khan Berpurdah, Noor Kartini Terkejut Ingatkan Neelofa.. Netizen Komen: “Takkan Tak Kenal Anak Sendiri?”

Tular sebuah video memaparkan Datin Noor Kartini, ibu kepada pengacara terkenal, Neelofa yang terkeliru apabila salah seorang anaknya, Athisha Khan tampil mengenakan purdah. @cikketayapmadu Hahahaha comey Mak Neelofa ni berlakon 😂❤️ Athisha lawa pakai jilbab […]

Hiburan Fri, 30 May 2025
Hiburan Fri, 16 Feb 2018

AKHIRNYA, DRE KEMBALI KE PANGKUAN NEDIM

Detik-detik pertemuan antara Nedim dan Dre turut menarik perhatian netizen dan followers Nedim di laman instagram beliau. Malah mereka turut berkongsi perasaan tersebut

error: Content is protected !!