Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 11, 2024 @ 6:34pm

Bakal Adakan Konsert Imaji Tour, Aina Abdul Akan Singgah Ke Sarawak, KL & Kedah!

Penyanyi dan pencipta lagu prolifik, Aina Abdul bakal mengadakan siri konsert jelajah, Aina Abdul Imaji Tour, di tiga lokasi di Malaysia.

Siri konsert anjuran Aina Abdul Entertainment ini akan singgah ke tiga negeri iaitu Kedah, Kuala Lumpur dan Sarawak.

Pada 14 Disember 2024, Aina Abdul Imaji Tour, bakal singgah ke Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak dan pada 27 Disember 2024, Aina Abdul bakal menggegarkan Zepp KL dan lokasi akhir jelajah ini akan singgah ke Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah pada 11 Januari 2025.

Konsert jelajah yang diuruskan oleh Altus Prohouse ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha Aina Abdul untuk memperkenalkan dan mengukuhkan lagi kedudukan album sulungnya, Imaji yang telah dilancarkan Oktober tahun lalu.

“Saya percaya ini merupakan masa yang tepat untuk membawa lagu-lagu dari album Imaji untuk menjelajah Malaysia dan terus mendekati peminat di seluruh negara. Siri jelajah ini bukan sahaja sekadar persembahan pentas, tetapi juga usaha saya untuk meneroka dan mendekati peminat dari pelbagai golongan dan lokasi.

“Dengan memilih tiga lokasi istimewa untuk konsert jelajah, saya berharap dapat memperluaskan lagi jangkauan muzik kepada pelbagai lapisan masyarakat dan tidak hanya tertumpu di Lembah Klang sahaja.

“Ini juga adalah peluang bagi saya untuk berinteraksi lebih dekat dengan peminat dari luar bandar dan pelbagai latar belakang, termasuklah golongan mahasiswa,” katanya.

Tambah Aina Abdul lagi, konsert ini diadakan setahun selepas pelancaran album Imaji kerana pelantun lagu Sumpah ini mahu peminat benar-benar ‘familiar’ dengan setiap lagu dalam album tersebut.

“Jangka masa setahun sudah cukup untuk peminat menghayati lagu-lagu dalam Imaji dan kini tiba masanya untuk saya membawa pengalaman album ini ke pentas.

“Saya ingin peminat merasakan jiwa setiap lagu dalam bentuk persembahan langsung yang lebih dekat dengan mereka,” ujarnya.

Selain itu, Aina Abdul turut berkongsi bahawa siri konsert jelajah ini adalah satu pencapaian penting dalam kariernya.

“Selepas setahun pelancaran album Imaji, saya teruja untuk kembali ke pentas dengan semangat baru. Setiap lokasi yang dipilih membawa makna tersendiri dan saya tidak sabar untuk berkongsi pengalaman muzik ini dengan peminat saya di seluruh Malaysia,” katanya.

Aina Abdul juga berjanji bahawa konsert ini akan menampilkan persembahan yang penuh emosi dan inovasi, sesuai dengan identiti muzik yang dibawa olehnya.

Lagu-lagu seperti Jangan Mati Rasa Itu, Puas Sudah, Kamu, Bilang dan banyak lagi akan diberi susunan muzik berbeza dalam persembahan langsung yang pastinya akan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Tiket untuk Aina Abdul Imaji Tour mula dijual bermula 10 September 2024 di www.ticket2u.com.my.

“Saya ingin memastikan bahawa setiap peminat yang hadir akan membawa pulang pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” tambahnya.

Dengan persediaan rapi dan dedikasi tinggi, Aina Abdul bersedia untuk memberi persembahan terbaiknya dalam siri konsert jelajah ini.

Konsert ini diharap dapat menjadi satu lagi langkah besar dalam perjalanan kariernya sebagai seorang artis dan memberikan inspirasi kepada peminatnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Jan 2026

Mohon Maaf Kepada Peminat Konsert Dihentikan… Penganjur Pentas RadjaWali Jelaskan Isu ‘Blackout’

Penganjur Konsert Pentas RadjaWali tampil memberi penjelasan berhubung kekecohan yang berlaku, termasuk isu ‘blackout’ sistem bunyi pada penghujung acara.

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Events Fri, 13 Jun 2025

Anuar Zain Terkejut Pernah Dilabel ‘Menempel’ Populariti Ziana – “Saya Senyum Sahaja, Rezeki Orang Kita Tak Tahu”

Kata Anuar, ketika itu dia hanya menemani Ziana Zain pada sebuah acara sebelum menerima sindiran sarkastik.

#BabyXTRA Fri, 16 Jun 2023
Events Tue, 8 Jan 2019

#cnysohappy Tik Tok挑战!一起跳手势舞赢奖品

呼叫Tik Tok达人们~ 赶快参与「#cnysohappy Tik Tok挑战」赢取丰富奖品,且还有机会出现在八度空间脸书哟!

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Featured Sat, 11 Oct 2025

Tular Video Diminta Buka Jaket, Ameera Khan Dipuji Tegas – “Hebat Betul Jawapan Dia”

Apa yang mencuri perhatian adalah respons Ameera ketika diminta untuk melepaskan jaket yang dipakainya

Featured Tue, 2 Jul 2024
error: Content is protected !!