Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 11, 2024 @ 7:30pm

Angeline Tan Dah Lama Tak Terima Tawaran Berlakon Selepas Berhijab – “Saya Anggap Rezeki Belum Sampai”

Pelakon Ardini Angeline Tan sudah lama tidak menerima tawaran untuk menjayakan watak dalam drama atau filem selepas berhijab.

Biarpun menerima ujian terbabit, Angeline yang mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon Sabri Yunus kekal optimis serta bersangka baik dengan menganggap rezeki dalam bidang lakonan masih belum sampai.

“Sejak bertudung hampir setahun lalu, tawaran berlakon memang tiada langsung. Jika ada pun, setakat watak sampingan dalam sebuah sitkom. Itupun sebab pengarahnya mahu saya berlakon bersama suami.

“Kalau nak cakap tawaran secara peribadi, memang sudah lama tiada,” katanya.

Tidak pernah meminta tawaran lakonan daripada mana-mana pihak, Angeline mengaku dia keberatan untuk bersikap sebegitu.

“Selama 30 tahun berlakon, saya rasa semua orang kenal dan faham saya. Sejak awal pembabitan, saya tak pernah minta tawaran lakonan pada sesiapa. Dengan suami sendiri pun saya tidak pernah minta.

“Sekiranya ada tawaran yang sesuai dengan imej baharu saya, pasti mereka akan panggil. Saya selalu fikir kawan-kawan lain pun nak hidup. Jadi, kita semua perlu percaya pada rezeki yang ditetapkan oleh Allah,” katanya lagi.

Angeline dan Sabri ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media program Angeline Tanya Abang Jawab di Wangsa Maju, baru-baru ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar.

Dalam pada itu, Angeline turut meluahkan rasa syukur kerana diberi tawaran lain untuk mengisi masa lapangnya.

“Kini, saya dan suami menghiasi Angeline Tanya Abang Jawab yang diterbitkan oleh TV Aljhijrah dan program berkonsepkan soal jawab agama itu akan memulakan siarannya pada 18 September ini.

“Saya bersyukur kerana ada rezeki lain untuk saya. Setiap persoalan yang diajukan saya kepada suami adalah persoalan yang kerap kali dibangkitkan oleh golongan mualaf seperti perihal fardu ain dan fardu kifayah, tanggungjawab dalam rumahtangga dan keluarga, kefahaman dan amalan ibadah, etika pemakaian dalam Islam, hubungan sesama Islam dan bukan Islam serta banyak lagi topik lain.

“Setiap episod program ini menampilkan segmen di mana saya bersama panel pakar jemputan, membincangkan topik-topik yang relevan, memberikan perspektif yang mudah difahami serta penyelesaian praktikal berlandaskan ajaran Islam,” katanya.

Antara barisan asatizah dan ilmuan yang yang terbabit dalam menjawab soalan-soalan yang ditanyakan Angeline antaranya Ustaz Harryanto Rizal Rokman, Ustaz Azhar Ghazali, Ustaz Zul Ramli, Imam Muda Asyraf dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Aretha Franklin Meninggal Dunia

Kesihatan penyanyi itu dilaporkan merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan semalam keadaan mendiang bertambah teruk dan dilaporkan hanya menunggu masa.

Featured Tue, 11 Oct 2022

Didie Alias Akui Pernah Berniaga Di Kelab Malam – “ Saya Beli Barangan Wanita Dan Jual Kepada…”

Min sebak dengar kisah hidup Didie Alias.. Semoga kita semua tabah menghadapi cabaran hidup ini..

Hiburan Tue, 8 Jul 2025
Featured Fri, 5 Aug 2022

Mahkamah Putuskan Anak Lahir Luar Negara Tidak Dapat Kerakyatan Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Isu ini dah lama berlarutan, akhirnya mahkamah putuskan untuk tidak beri kerakyatan pada anak lahir di luar negara. Korang rasa wajar atau tak?

Trending Wed, 24 Jun 2020
Hiburan Sun, 9 Sep 2018

Ummi Nazeera Kongsi Detik Cemas

Ummi Nazeera Kongsi Detik Cemas Lahirkan Ayra Aneesah

Featured Tue, 14 Nov 2023

Alami Sesak Nafas, Nora Ariffin Dimasukkan Ke ICU

Moga cepat sembuh XTRA doakan!🤲

Selebriti Fri, 3 Nov 2023

“Arwah Suami Sangat Bertuah Kerana Masih Dapat Doa Ibu Setiap Hari” – Farah Ahmad

Doa saya setiap hari adalah untuk kekalkan kerinduan supaya saya sentiasa berdoa untuknya – Farah Ahmad

error: Content is protected !!