Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 13, 2024 @ 11:56pm

Ejen Ali The Movie 2 Tampil Kelainan, Telan Kos Sehingga RM10 Juta

Filem animasi popular, Ejen Ali The Movie 2 kembali menghangatkan industri perfileman selepas lima tahun ‘menghilang’ gara-gara isu pandemik yang melanda negara sekitar tahun 2020 lalu.

Walaupun filem tersebut belum siap sepenuhnya dan masih dalam fasa pembikinan, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation Studio, Muhammad Usamah Zaid Yasin berkata, kos filem Ejen Ali The Movie 2 menelan belanja lebih besar berbanding filem pertama yang ditayangkan pada lima tahun lalu.

“Kami mula penghasilan filem ini awal tahun lalu. Anggaran bajet untuk menyiapkan filem kedua ini sebanyak RM10 juta.

“Kos ini lebih tinggi berbanding filem pertama pada 2019 iaitu sbeanyak RM6.5 juta.

“Banyak perkara yang mempengaruhi bajet kali ini, dari segi situasi ekonomi dan kos tenaga kerja serta kos tambahan lain,” katanya.

Usamah berkongsi mengenai perkara itu usai sesi pelancaran Malaysia Digital Content Festival 2024 X My Digital Maker 2024 Fair dan Misi: First Look Ejen Ali The Movie 2 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Dan, apa yang menariknya kali ini, filem tersebut tampil dengan kelainan dan pembaharuan dari segi jalan cerita (storyline) beserta watak yang ada dalam Ejen Ali The Movie 2.

“Dari segi proses awal, sekarang kami dah masuk 50 peratus. Tapi kami masih dalam proses persiapan tahap akhir.

“Sekarang ni kerja kami bercampur, ada babak yang dah siap dari segi animasi, ada yang masih berada pada peringkat susunan.

“Kami akan cuba membuat pembaharuan penceritaan dan watak-watak sedia ada. Dan untuk filem ini, kami juga akan perkenal watak baharu yang tak pernah ada sebelum ini.

“Dari segi kelainan, tentunya kami akan tambah baik banyak perkara termasuk kualiti visual. Seperti yang dapat dilihat dari video teaser ada perbezaan pada perincian rambut Ali,” jelasnya.

Sekadar info, filem Ejen Ali: The Movie 2 ini dijangka bakal menemui penonton pada tahun 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 May 2019

‘Industri Seni Tak Adil’- Abon

Saya mungkin lepas tapi kawan-kawan lain macam mana?

Hiburan Sat, 22 Feb 2020
Hiburan Wed, 3 Jul 2019

Dynas terkejut membaca komen Netizen

Bawak banyak bersabar Dynas

Featured Tue, 31 May 2022
Hiburan Wed, 31 Jul 2019

‘Demam’ Mentor Milenia Dah Mula…Jom Datang Ke Uji Bakat Mentor Milenia 3 & 4 Ogos Ini!

Para peserta juga boleh muat turun borang pendaftaran di http://www.xtra.com.my/mentormilenia dan bawa ke sesi uji bakat selepas diisi. Selain itu, bawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport atau 3R dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal dipersembahkan untuk penilaian. 

Featured Wed, 11 Jul 2018

Miliki Satu Ijazah, Dua Ijazah Sarjana Dan PHD, Tabik Buat Soo Wincci!

Pelakon dan penyanyi Soo Wincci teruja untuk menerima Ijazah Sarjana keduanya di Berklee Valencia Campus.

Featured Wed, 3 May 2023
Featured Fri, 9 Dec 2022

Masih Dihantui Masa Lalu, Aisha Retno Susah Nak Move On Dalam I.L.S.M

Sedihnya lagu baru Aisha ni tapi sumpah best!

error: Content is protected !!