Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom July 11, 2018 @ 9:00am

Miliki Satu Ijazah, Dua Ijazah Sarjana Dan PHD, Tabik Buat Soo Wincci!

Melalui foto yang dimuat naik di laman Instagram (IG) miliknya, terpancar keterujaan di wajah penyanyi dan pelakon, Soo Wincci, yang lengkap berpakaian jubah graduasi untuk mengambil sarjana keduanya, dua hari lepas di Sepanyol.

Wanita berusia 33 tahun itu menerusi perkongsiannya di IG, menulis, bakal memegang Ijazah Sarjana Teknologi Muzik Produksi dan Inovasi dari institusi berprestij impiannya iaitu Berklee Valencia Campus.

“My Second Master Graduation from my dream school @berkleevalenciacampus what’s different for this time is that I Am Alone By Myself in Spain but thank you for all the wishes online, I need to go to the graduation hall now =) will post more pics later for u all!”

Foto: Instagram Soo Wincci

“Konvo untuk Master kedua Wincci dari kampus idaman Wincci @berkleevalenciacampus, kali ini seorang diri kat Spain, jutaan penghargaan atas ucapan daripada anda semua, Wincci kena pergi ke dewan dah, nanti akan post lebih gambar,” tulisnya.

Bekas Ratu Cantik Malaysia 2008 sebelum ini sudah mempunyai ijazah sarjana muda dalam jurusan Undang-Undang dari Universiti Reading, United Kingdom; Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan (Universiti Sunshine, Coast, Australia) dan Ijazah Kedoktoran Strategi Perniagaan (Open University Malaysia).

Sumber : Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 May 2020

Ubah ruang tamu kepada ruang kerja, hasilnya amat mengagumkan

Kerja lebih lancar, mutu pun terpelihara

Featured Sat, 27 Jul 2024
Featured Tue, 14 Apr 2020
Featured Tue, 12 May 2020
Featured Mon, 18 May 2020

Kerajaan mungkin kuat kuasa larangan keluar bagi kanak-kanak

Elak golongan berisiko terdedah pada COVID-19

Featured Fri, 11 Oct 2024
Eat Travel Mon, 29 Oct 2018

Seronoknya Berenang Di Dalam Lautan Bunga Matahari. Cantik Sangat Untuk Instagram!

Jim Thompson lokasi ideal bagi mereka yang merancang percutian bajet hujung tahun ini!

error: Content is protected !!