Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 17, 2024 @ 2:22pm

Bakal Tayang 19 September, FIlem Miftah Alam Tampilkan Kisah Alam Manusia & Bunian

Mengisahkan pertembungan antara dua alam iaitu dunia manusia dan bunian, filem Miftah Alam bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 19 September.

Diterbitkan oleh DMJ Megah Sdn Bhd, filem yang mengangkat nilai kesedaran, teladan dan pedoman hidup itu merupakan karya sulung arahan Mohamad Aidil Azhar.

Menggabungkan unsur seram dan komedi, ia menampilkan pelakon-pelakon baharu dan berpengalaman seperti Zera Hariz, Taiyuddin Bakar, Zam Azmi, Eyka A. Rahim, Jue Aziz, Mubarak Majid, Rusminah Sidek, serta penampilan khas Adam Corrie dan Julia Ziegler.

Penerbit filem Miftah Alam, Ridzuan Shah Isa dan Adnan Yajid berharap karya hasil buah tangan mereka mendapat respons yang baik.

“Filem ini akan ditayangkan di lebih 30 pawagam menerusi Skim Wajib Tayang. Kami berharap filem ini mendapat sokongan padu daripada penonton serta diterima oleh masyarakat. Ini merupakan filem pertama kami, hasil karya ini penuh dengan pengajaran yang boleh dinikmati oleh penonton seisi keluarga tanpa mengira bangsa.

“Sekiranya filem ini berjaya, kami berhasrat untuk menghasilkan lebih banyak karya menarik pada masa akan datang, malah mungkin akan ada sambungannya jika mendapat dana,” kata Ridzuan.

Menurut Aidil selaku pengarah yang juga bertindak sebagai penulis skrip, filem ini menggambarkan realiti kehidupan masyarakat hari ini.

“Miftah yang bermaksud kunci dalam bahasa Arab, mencerminkan bagaimana penonton dapat melihat elemen-elemen kehidupan seharian dalam cerita ini. Filem ini menelan bajet hampir RM1 juta.

“Dalam karya ini, saya turut memberikan kebebasan kepada pelakon-pelakon untuk menghidupkan watak mereka, selain mengalu-alukan idea kreatif daripada mereka

“Penggambaran dijalankan di beberapa lokasi sekitar Jengka, Kuala Lumpur dan Ulu Yam pada Mei tahun lalu. Syukur, sepanjang penggambaran yang mengambil masa lebih sebulan, kerana tiada insiden mistik berlaku,” katanya.

Sinopsis ringkas filem ini mengisahkan tentang empat sahabat, Adam (Zam Azmi), Zera (Zera Hariz), Hawa (Eyka A. Rahim), dan Iman (Taiyuddin Bakar) yang berkawan sejak zaman persekolahan hingga dewasa.

Hawa memendam perasaan terhadap Adam, namun tidak pernah meluahkan cintanya. Sebaliknya, Zera yang secara terang-terangan berusaha memenangi hati Adam menggunakan pendekatan yang lebih halus.

Namun, di sebalik perwatakan cerianya, Zera sebenarnya mengamalkan ilmu hitam yang dipelajari daripada seseorang yang dikenali sebagai ‘Bonda’.

Dengan kuasa yang dimilikinya, Zera cuba memanipulasi keadaan untuk mendapatkan apa yang diinginkannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 18 Jan 2020

Elly Mazlein Akhirnya Dedah Wajah ‘Papa Awan Nano’ Di Majlis Berinai

Tak sabar nak tunggu hari pernikahan Kak Lina Pom Pom malam ni!

Hiburan Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Tempat Simpanan Kereta Pecah, Barang Achey ‘Lesap’

Allahu kosong semua.. Kerja siapa lah ni? Moga dipermudahkan semua

Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Aizat Sedih beraya tanpa Arwah.

Tidak mahu bersedih meraikan 1 Syawal selepas kehilangan bapa tersayang pada 9 Januari lalu, Aizat dan keluarga membuat keputusan menyambut hari mulia itu di Kota Kinabalu, Sabah.

Hiburan Tue, 21 May 2019

Peminat ‘Miang’ Minta Gambar Bogel Atiq Azman

Errr…tak perlu kot sampai macam tu sekali?

Hiburan Sun, 17 Nov 2019
Featured Sun, 21 Mar 2021

Elizabeth Tan Dikhabarkan Sudah Berkahwin?

Mesti ramai yang patah hati ni..

Trending Mon, 14 Oct 2019
Hiburan Thu, 23 Apr 2020
error: Content is protected !!