Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 18, 2024 @ 11:49am

Fazura Mohon Dilepaskan Cara Baik, Tarikh Sebutan Kes Masih Belum Ditetapkan

Pelakon jelita, Nur Fazura memohon agar dilepaskan secara baik oleh suaminya yang juga aktor popular, Fattah Amin susulan laporan tuntutan cerai yang difailkannya baru-baru ini.

Memetik laporan sumber Utusan, perkara itu dinyatakan dalam permohonan yang difailkan Fazura, 40, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Jumaat lalu.

Malah, permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atau bercerai secara baik.

Bagaimanapun, tarikh sebutan kes masih belum ditetapkan.

Mengulas lanjut, sumber juga memaklumkan, pada ketika ini masih tidak dapat dipastikan sama ada Fattah telah melantik peguam syarie untuk mewakili dirinya dalam permohonan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Status Perkahwinan Akhirnya Terjawab, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Kongsi Kata-Kata Di IGS – “Jika Sesuatu Yang Kau Senangi Tak Terjadi, Maka Senangilah Apa Yang Terjadi”

Dalam pada itu, sumber turut mendedahkan bahawa peguam syarie yang mewakili teraju utama filem Pisau Cukur itu kini berada di luar negara dan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan dalam masa terdekat.

Terdahulu, laporan mengenai perceraian yang difailkan Fazura ternyata mengejutkan ramai pihak selepas beberapa spekulasi timbul mengenai status rumah tangganya sebelum ini.

Malah, Fattah menerusi laporan media baru-baru ini juga terkejut dan menafikan dakwaan berlaku curang terhadap isterinya sekaligus menegaskan, dia tidak mempunyai hubungan dengan wanita lain melainkan Fazura.

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Fail Cerai, Netizen Serang IG Fattah Amin – “Isteri Cantik, Anak Comel… Apa Lagi Tak Cukup?”

ARTIKEL BERKAITAN:Muat Naik Foto Hitam Putih, Fazura Peluk Erat Fatima – “Semoga Awak Membesar Menjadi Seorang Yang Kuat & Tabah”

ARTIKEL BERKAITAN:Terkejut Isteri Fail Perceraian, Fattah Amin Akui Masih Sayang Nur Fazura – “Tiada Wanita Lain Dalam Hidup Saya Seperti Yang Dihebohkan!”

 

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 May 2023
Trending Thu, 30 Jun 2022

[VIDEO] “My First Car Is Not For Me…” – Haneesya Hanee Hadiahkan Keluarga Kereta

Tahniah! Haneesya Hanee menghadiahkan keluarganya sebuah kereta.

Featured Fri, 8 May 2020
Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Jamal Abdillah Perkenalkan Isteri Terbaru

11 bulan menyimpan tentang perkahwinannya dan hari ini berkongsi berita dengan para media, siapakah suri didalam hatinya

Featured Fri, 1 May 2020

Applikasi MySejahtera, MyTrace bantu KKM kesan kontak rapat

Majikan diminta amal jadual kerja anjal, kerja dari rumah

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

TikTok「看见音乐计划」初赛开启!海选阶段优质歌曲频出

引领全球短视频热潮的TikTok,自去年十月在马来西亚推出TikTok「看见音乐计划」后,近日正式开启初赛!

error: Content is protected !!