Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 19, 2024 @ 11:19am

Galas Tanggungjawab Besar Di Pentas ABPBH 36… Didie Alias, Riena Diana & Haniff ‘Janji’ Jaga Sensitiviti Sebagai Hos

Bahang Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-36 (ABPBH36) semakin dirasai apabila buat pertama kalinya pengemudi yang juga hos bagi rancangan berprestij itu telahpun diumumkan pada Rabu.

Digandingkan buat julung kalinya di atas satu pentas yang sama, Didie Alias, Riena Diana dan Haniff Hamzah mengakui ia merupakan satu cabaran yang besar buat trio ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

Didie Alias tak sabar!

Menurut pelakon, pelawak dan pengacara, Didie Alias atau lebih mesra dengan panggilan Mummy, dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi hos bagi rancangan berprestij itu sekaligus tidak sabar untuk bekerjasama dengan Riena Diana dan Haniff .

Dalam pada itu, Mummy atau nama penuhnya, Fadzilah Mohd Ali, 52, memaklumkan, walaupun menganggap tugas yang digalas ini sebgaai cabaran yang besar, namun dia merasakan sudah mula merasakan  ‘chemistry’ bersama dua lagi pengacara itu.

“Ini adalah acara yang berprestij, acara yang besar jadi bila diberi peluang tu saya bersyukur.

“Saya juga tidak sabar untuk berkerjasama dengan Riena dan Haniff kerana saya sendiri sudah mula dapat rasa chemistry itu apabila berjaya mengendalikan sidang media pengumuman malam kemuncak ABPBH 36,” katanya.

ABPBH 36 bukan pentas untuk buat kesilapan, perlu berjaga-jaga

Mengulas lanjut, penyampai radio Fly FM, Haniff Hamzah berkata, sebagai hos mereka perlu berjaga-jaga terutamanya untuk tidak menyentuh perkara sensitif.

“Kalau boleh tak mahu sentuh langsung tapi, ada perkara yang perlu sebut juga kerana ada bahagian kelakarnya. Tapi memang kena sentiasa berwaspada kerana ini adalah ABPBH, bukan pentas untuk buat kesilapan.

“Sebagai hos kami perlu berjaga-jaga dan tidak menyentuk isu sensistiviti membabitkan mana-mana pihak,” ulasnya.

Cari keserasian

Selain itu, pelakon cantik Riena Diana menjelaskan, bergandingan bersama Haniff buat pertama kalinya menuntut untuk dia mencari sehabis baik keserasian yang ada antara mereka berdua termasuklah berbincang dan sesekali lepak bersama.

“Kalau dalam lakonan saya dah beberapa kali kerja dengan Didie, macam Haniff pertama kali. Jadi, saya akan cuba buat sehabis baik untuk cari chemistry tu.

“Kami pun ada duduk berbincang dan rancang untuk sesekali lepak bersama untuk dapatkan keserasian itu,” jelasnya.

Terdahulu, nama trio ini diumumkan sebagai hos mengendalikan anugerah berprestij ABPBH 36 pada majlis pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 36 di Courtyard by Marriot Kuala Lumpur South, di sini, malam tadi.

Sekadar info, ABPBH 36 kali ini turut mempertandingkan sebanyak 16 kategori utama dipertandingkan dan bakal menyaksikan saingan sengit membabitkan semua pencalonan.

Apa yang menariknya, untuk edisi kali ini, penganjur turut menyenaraikan 36 selebriti yang mendahului undian peminat.

Berikut merupakan senarai 36 selebriti yang mendahului undian ABPBH 36 setakat 18 September 2024:

1. Aedy Ashraf

2. Aina Abdul

3. Alif Hadi

4. Alif Satar

5. Amir Masdi

6. Anna Jobling

7. Bella Hanna

8. DJ Sonic

9. Dolla

10. Ernie Zakri

11. Erysha Emyra

12. Elly Mazlein

13. Ezzanie Jasny

14. Fahmi Rahmat

15. Haqiem Rusli

16. Harissa Adlynn

17. Hisyam Hamid

18. Hun Haqeem

19. Isyariana

20. Janna Nick

21. Joey Daud

22. Khai Bahar

23. Khairy Jamaluddin (KJ)

24. Meerqeen

25. Nadhir Nasar

26. Putera Muhammad

27. Puteri Sarah Liyana

28. Raja Azura

29. Raja Ema

30. Kumpulan Senario

31. Shah Iskandar

32. Siti Khadijah Halim

33. Siti Nordiana

34. Sophia Albarakbah

35. Syafiq Kyle

36. Tyzo

Malam Kemuncak ABPBH36 disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton pada pukul 9 malam, 11 Oktober depan.

Dapatkan tiket untuk menonton ABPBH 36 secara langsung di https://ticket.revid.my/event/abpbh-2024

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Dec 2018
Hiburan Sat, 23 Feb 2019

Makin Sihat Di Rumah, Henti Sebar Berita Kematian AR Badul

Ish, terkejut warganet tau. Hal kematian jangan dibuat main wak!

Trending Sun, 30 Sep 2018

GEMPAR! Mayat Bayi Ditemui Dalam Lokar Lepas Lima Tahun

Menurut jurucakap Polis Tokyo, suspek tinggalkan mayat bayi sejak beberapa tahun lalu di dalam lokar berhampiran Stesen Uguisudani.

Trending Fri, 27 Aug 2021

Semuanya Sedap! Antara 5 Pencuci Mulut Terkenal Di Malaysia, Mana Satu Kegemaran Anda?

Malaysia adalah negara yang sangat unik dengan pelbagai etnik, bahasa dan budaya. Tapi, kalau ditanya apa yang membuatkan rakyat Malaysia ni bersatu padu, mestilah kerana makanannya yang bervariasi dan semestinya enak-enak belaka! Haa.. Memandangkan negara […]

Featured Fri, 30 Sep 2022
Featured Mon, 5 Sep 2022
Contest Mon, 24 Sep 2018

#JommenangXtra : Rasai Ketakutan Luar Biasa Di Sunway Lagoon Dalam Nights Of Fright 6

Rasai mimpi ngeri yang bakal menghantui anda di Nights Of Fright (NOF6)

Hiburan Wed, 16 May 2018

Jimin BTS Terima Ugutan Bunuh!

Jimin dilaporkan menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali pada konsert yang bakal diadakan pada September ini

error: Content is protected !!