Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 19, 2024 @ 1:57pm

Henti Spekulasi Isu Rumah Tangga Fazura, Fattah – Pengurus

Susulan pelbagai spekulasi timbul mengenai berita perceraian pasangan pelakon popular, Fazura dan Fattah Amin, pihak pengurusan aktres itu akhirnya tampil memberikan respons agar kontroversi dan komen-komen fitnah dihentikan segera.

Memetik laporan Berita Harian, pengurusan Nur Fazura menafikan bahawa, aktres itu pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung butiran permohonan cerai terhadap suaminya, Fattah Amin.

Ini termasuklah, berkongsi apa yang didakwa tarikh prosiding seperti yang tular dalam media sosial sejak Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Mohon Dilepaskan Cara Baik, Tarikh Sebutan Kes Masih Belum Ditetapkan

ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin Curang? Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Hentikan Fitnah – “Fazura Sendiri Tak Cakap Suami Dia Curang”

Menurut pengurus Fazura, Iman Tang, pihak syarikat pengurusan termasuk peguam dilantik tidak terbabit dengan apa yang didakwa berhubung kenyataan rasmi permohonan cerai secara baik Fazura terhadap Fattah, seperti yang tular.

“Kami dari pihak pengurusan, peguam dan Fazura sendiri mengesahkan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Fazura sejak tular kisah permohonan cerai.

“Permohonan yang difailkan adalah satu permohonan cerai dengan kebenaran mahkamah sebagaimana kehendak undang-udang,” katanya menerusi kenyataan yang diberikan.

Justeru, untuk mengelakkan orang ramai membuat andaian sendiri terhadap berita perceraian pasangan itu, Iman menggesa agar semua pihak  berhenti daripada membuat spekulasi mengenai krisis rumah tangga membabitkan Fazura dan Fattah Amin.

“Pihak pengurusan berharap agar tiada pihak membuat sebarang kenyataan berbentuk andaian sendiri bagi mengelak pelbagai spekulasi,” ulasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Umie Aida Nasihat Netizen Perlu Sokong Fattah Amin & Nur Fazura – “Tak Perlu Ada Team A Atau Team B, Doakan Yang Terbaik”

ARTIKEL BERKAITAN:Terkejut Isteri Fail Perceraian, Fattah Amin Akui Masih Sayang Nur Fazura – “Tiada Wanita Lain Dalam Hidup Saya Seperti Yang Dihebohkan!”

Terdahulu, laporan mengenai perceraian yang difailkan Fazura ternyata mengejutkan ramai pihak selepas beberapa spekulasi timbul mengenai status rumah tangganya sebelum ini.

Malah, Fattah menerusi laporan media baru-baru ini juga terkejut dan menafikan dakwaan berlaku curang terhadap isterinya sekaligus menegaskan, dia tidak mempunyai hubungan dengan wanita lain melainkan Fazura.

ARTIKEL BERKAITAN:Nur Fazura Kongsi Video Anak Ucap Ulang Tahun, ‘Birthday’ Kek Fattah Amin Curi Perhatian – “Ada Patung Fatima Dengan Daddy Saja… Mummy Mana?”

ARTIKEL BERKAITAN:Muat Naik Foto Hitam Putih, Fazura Peluk Erat Fatima – “Semoga Awak Membesar Menjadi Seorang Yang Kuat & Tabah”

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Kongsi Kata-Kata Di IGS – “Jika Sesuatu Yang Kau Senangi Tak Terjadi, Maka Senangilah Apa Yang Terjadi”

ARTIKEL BERKAITAN:“Never Regret Being Kind, Ramai Lagi Yang Sayang & Menghargai Anda Sesuai Tempatnya” – Fazura 

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Nov 2023

Jumpa Banyak Syiling Bertaburan, Jualan Merosot….Cat Farish Kena Gangguan Mistik?

Dengki betul dengan bisnes orang eh! Semoga abang Cat Farish dan isteri dilindungi selalu🤲🏻

Featured Mon, 5 Apr 2021

“Lebih Baik Terima Gaji Sedia Ada Daripada Jadi Penggangur” – M Saravanan

Berikutan isu gaji minimum graduan yang menjadi perbincangan hangat warganet, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata penetapan gaji minimum kepada graduan tertakluk kepada perbincangan antara majikan dengan bakal pekerja dan tidak melibatkan pendirian […]

Featured Tue, 5 May 2026

Enggan Dituduh Penakut, Nubhan Tampil Pertahan Diri – “Banyak Sangat Fitnah! Makin Diam, Makin Menjadi”

Nubhan mengakui timbul pelbagai fitnah yang berlaku sebelum ini sehingga memaksanya untuk tampil mempertahankan diri.

Featured Thu, 2 Mar 2023

Hanya Mahu Tuntut Nafkah… Madu Miera Leyana Enggan Cerai, Masih Sayang Rumah Tangga – “Pulanglah & Berbincang…”

Allahu, sedih pula 😭 Isteri pertama hanya nak tuntut hak, tapi sukar nak berkomunikasi 🤭 hm..

Hiburan Fri, 6 Sep 2019

“I’m Retiring”, Nicki Minaj Decided to Put Everything to a Halt

Haters make you famous, they say. But why did Nicki Minaj suddenly announced her retirement.

Featured Fri, 10 Mar 2023
error: Content is protected !!