Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 21, 2024 @ 12:29pm

Terpalit Gosip Cinta Bersama Amir Ahnaf, Angel Dolla Terharu Peminat Backup & Tetap Beri Sokongan 

Anggota kumpulan Dolla, Angel meluahkan rasa syukurnya apabila ramai dalam kalangan peminat masih tidak putus memberikan sokongan terhadapnya walaupun pelbagai kontroversi timbul mengaitkan namanya dengan pelakon popular, Amir Ahnaf.

Kata Angel ketika ditemui XTRA, sebagai seorang penyanyi, semestinya tanda sokongan yang diberikan peminat itu sangat dihargainya apatah lagi mereka juga tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat.

“Ketika nama saya terpalit dengan kontroversi, peminat saya sentiasa mempertahankan dan memebrikan sokongan, jadi saya memang sangat mengehargai mereka.

“Saya dan anggota Dolla yang lain hanya mahu fokus dengan kerjaya dan kalau boleh tidak mahu terpalit dengan apa-apa kontroversi.

“Mahu terus berikan yang terbaik dalam kerjaya dan menghiburkan peminat. Dolla ada satu hala tuju untuk membawa kumpulan kami ke peringkat antarabangsa,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANGEL (@bbyqngel)

 

Angel memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada sidang media pengumuman Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABPBH) ke-36, di Courtyard by Marriott Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Angel juga menegaskan dia enggan terpalit dengan kontroversi bersama Amir Ahnaf memandangkan mereka hanyalah kawan sahaja.

“Saya dan Amir sekadar kawan sahaja.Tidak pernah keluar bersama. Kawan industri sahaja.

“Dan sebagai rakan dalam industri, saya akan menyokong dia dalam kerjayanya. Itu sahaja. Kami akan terus menyokong antara satu sama lain dalam apa jua keadaan. Akan saling memberi motivasi antara satu sama lain supaya tidak hilang fokus dengan kerja,” jelasnya.

Amir Ahnaf

Terdahulu, nama Amir Ahnaf terpalit kontroversi selepas tular beberapa tangkap layar yang didakwa perbualannya bersama seorang wanita Singapura di Instagram.

Menerusi perbualan mesej tersebut, Amir didakwa mengajak wanita yang dikenali sebagai Sofia berumur 18 tahun datang ke rumah meluangkan masa bersama.

Apa yang mengejutkan adalah dakwaan aktor drama popular Kahar High Council itu seolah-olah mengakui dirinya mengambil minuman berunsur alkohol.

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Bongkar Mesej Nakal Didakwa Milik Amir Ahnaf, Sekali Lagi Terkait Isu Mainkan Hati Wanita?

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Wanita Didakwa ‘Kekasih’ Amir Ahnaf Dedah Bukti Lagi? – “Banyak Saya Nak Spill”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Dah Anggap Dia Macam Adik” – Nafi Bercinta Dengan Angel, Amir Ahnaf Peminat Dolla!

ARTIKEL BERKIATAN:Amir Ahnaf Datang Konsert Dolla, Ada Hubungan Istimewa Dengan Angel?

Dalam pada itu, Dolla tercalon dalam kategori Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular.

Dapatkan tiket untuk menonton ABPBH 36 secara langsung di https://ticket.revid.my/event/abpbh-2024

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 20 May 2018

Sissy Iman Terkena Tempias Jampi Hael Husaini

Terkena tempias hebat Jampi dek kemunculannya bermain piano mengiringi persembahan lagu Jampi dendangan Hael Husaini pada Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32), baru-baru ini, SIssy Iman mula mendapat perhatian ramai.

Hiburan Tue, 13 Aug 2019
Featured Tue, 8 Apr 2025
Featured Thu, 9 Jun 2022
Hiburan Tue, 15 May 2018

Bukan Demand, Cuma Jarang Diberikan Publisiti – Syarifah Amani

Amani juga berharap lebih ramai lagi pelapis muda tampil berkarya dan diberikan lebih banyak peluang untuk menghasilkan karya dan idea yang matang  secara terbuka

Hiburan Thu, 15 Feb 2018

PANAS! SAJAT DEDAH IDENTITI SEBENAR

Mohd Izwan telah mendakwa dihalang oleh pihak ketiga daripada pihak Sajat untuk meneruskan laporan tentang siasatan bagi mengesahkan identiti sebenar beliau

error: Content is protected !!