Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 21, 2024 @ 1:30pm

“Jenaka S*ksual Terhadap Kanak-Kanak Bukan Perkara Main-Main” – Che Ta Mahu Individu Label Anak P*lac*r Tampil Mohon Maaf

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan mahu individu mulut celupar yang menggelar anaknya, Aaisyah Dhia Rana dengan panggilan kurang sopan tampil membuat permohonan maaf.

Memetik laporan mStar, sebagai seorang ibu dia mengaku menerima tempias apabila anaknya digelar sebagai seorang pelacur sekaligus mengaku komen biadap itu turut mengguris hati Aaisyah.

“Bayangkan betapa terluka hati anak saya apabila membaca komen biadap itu.

“Saya menuntut terhadap apa yang dirasai oleh anak saya,” katanya.

 

Mengulas lanjut, Che Ta mengakui tindakan undang-undang terhadap individu tidak bertanggungjawab itu wajar dijadikan  pengajaran dan tidak boleh dipandang remeh apatah lagi ia menyentuh isu jenayah seksual.

“Saya menuntut permohonan maaf dari mereka. Sebagai ibu saya harus melindungi anak saya.

“Jenaka seksual terhadap kanak-kanak bukan perkara main-main,” jelasnya.

Terdahulu, Che Ta berkongsi beberapa foto yang menunjukkan dia hadir ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara pada Jumaat.

Sebelum ini, Che Ta meluahkan rasa berang apabila ada individu biadap telah menghina anak perempuannya, Aisyah Dhia Rana apabila mengatakan anak perempuan tunggalnya itu berpakaian seperti seorang pelacur.

ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta Berang Individu Mulut Celupar Hina Aisyah Dhia Rana Berpakaian Seperti P*lacur – “Hang Main Tahi, Aku Cari Sampai Lubang Cacing!”

ARTIKEL BERKAITAN:Bakal Hantar Rombongan Merisik, Che Ta Sifatkan Calon Menantu Wanita Yang Simple, Bertudung & Tiada Akaun Media Sosial

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Berhias Persis Barbie, Aaisyah Dhia Rana Didakwa Tak Enjoy Childhood Life? Ini Respons Che Ta – “You Enjoy Cara You, Aaisyah Enjoy Cara Dia!”

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Feb 2021

Bayaran Rayuan GKP Bermula 5 Februari 2021

Semoga nasib para peniaga kecilan terbela

Featured Mon, 27 Mar 2023
Hiburan Fri, 3 Jan 2025

Dengar Permintaan Peminat, Konsert GenKRU Tambah Hari Ketiga 10 Mei Hadapan

Konsert GenKRU bakal diadakan untuk hari ketiga.

Featured Tue, 14 Nov 2023

Alami Sesak Nafas, Nora Ariffin Dimasukkan Ke ICU

Moga cepat sembuh XTRA doakan!🤲

Featured Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Thu, 30 Aug 2018

’Ragaman’ Selit Unsur Jenaka, Faizal Tahir Tampil Kelainan

Pada umur saya ketika ini, seharusnya masa untuk saya mencari benda baru dan saya bersyukur dikurniakan bakat dapat menulis dan menyanyikan lagu saya sendiri. Alhamdulillah, saya puas

Hiburan Tue, 21 Nov 2017

Marsha Ingin Ke Umrah Lagi Kalau Ada Rejeki

Walaupun takut apabila hendak mengerjakan umrah dari pengalaman yang di dengar, ianya tidak mematahkan semangat untuk pergi kali kedua mahupun ketiga

error: Content is protected !!