Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin September 23, 2024 @ 10:19am

Alif Teega, Aisyah Hijanah Dijangka Dituduh Terlibat 10 Kes Salah Guna Dana Awam

Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah tiba di Mahkamah Sesyen pada jam 8.51 pagi hari ini untuk menghadapi masing-masing 10 pertuduhan dipercayai membabitkan salah guna dana awam.

Memetik laporan Harian Metro, Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, dan Aisyah Hijanah Azhari, 26, yang sebelum ini terlibat dengan isu kontroversi membabitkan rumah tangga mereka akan didengar di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Ketika hadir di Mahkamah, Alif yang memakai kemeja biru gelap sementara Aisyah mengenakan jubah berwarna hitam, sempat melemparkan senyuman kepada wartawan yang menanti di mahkamah sejak awal pagi.

Manakala,  Aisyah ketika disapa rakan media hanya  menjawab ‘Alhamdulillah’.

Terdahulu, pada Jumaat lalu, Alif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan salah guna harta bagi program infaq iftar di Makkah, Syria dan Palestin serta ibadah korban berjumlah RM63,605.48 pada April serta Jun lalu.

Pada 11 Julai lalu, seorang pempengaruh dan isterinya ditahan reman tujuh hari, bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah, bermula 2022 lalu.

Ia susulan, tular di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma, dengan peratusan yang tinggi.

Selain itu, pasangan ini juga dikatakan hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.

Bagaimanapun, pasangan itu menafikan semua dakwaan mengenai penyelewengan dan pecah amanah yang dilakukan.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 7 Mar 2019

CJ WOW SHOP正式进军中文市场!更多好康尽在ntv7

「天天精彩,天天WOW」CJ WOW SHOP正式进军中文市场!

Hiburan Sat, 16 Aug 2025
Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Casting of Ariel in Disney’s live-action remake of The Little Mermaid causes a stir

The announcement of Ariel being played by a person of colour (PC) for Disney’s upcoming live-action remake The Little Mermaid creates mixed reactions amongst Disney fans.

Featured Fri, 17 May 2024
Featured Sat, 11 Feb 2023

AJL 37: Bakal Bawa Lagu Mainan Dalam Konsep Paling ‘Gila’, Naim Daniel Tak Akan Menyanyi Di Pentas?

Aikk? Tak nyanyi atas pentas? Kerja gila apa yang Naim nak buat niii 😱😱😱 Nervousnya AJL 37!

error: Content is protected !!