Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 1, 2023 @ 8:08pm

Afgan Teruja Bakal Tunaikan Permintaan Peminat, Bawa Lagu Hits Duet Bersama Raisa Di Konsert Orkestra Plenary Hall KLCC Esok!

Penyanyi bersuara merdu, Afgan berkongsi perasaan teruja untuk mengadakan konsert buat julung kalinya di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), esok.

Istimewanya konsert pada kali ini, Afgan telah memilih untuk membawa rakan artis, penyanyi terkenal Indonesia, Raisa demi menunaikan hasrat peminatnya di Malaysia.

Lebih menarik lagi, Afgan dan Raisa bakal berduet dengan membawa lagu hits Percayalah, yang mendapat sambutan luar biasa di Malaysia.

“Saya memilih Raisa kerana salah satu hits duet kami berjudul ‘Percayalah’ mendapat sambutan hangat di Malaysia.

“Lagu itu juga most of the requested songs yang diminta oleh peminat-peminat. Jadi lebih baik saya bawa penyanyi asal bersama menyanyikan lagu ini.

“Raisa juga bakal menyanyikan salah satu lagu hitsnya di konsert tersebut,” katanya.

Afgan

Pemilik nama sebenar Afgansyah Reza berkata konsert Afgan Live In Concert With Orchestra pada kali ini sangat berbeza daripada Konsert Afgan Revolution pada tahun lalu.

“Konsert pada kali ini pastinya akan lebih berbeza daripada konsert saya sebelum ini. Jadi saya sangat teruja untuk menghiburkan peminat saya di Malaysia.

“Saya pernah mengadakan konsert bersama orkestra di Indonesia sekitar tahun 2018, perasaan saya pada konsert kali ini lebih tenang mungkin kerana dikendalikan oleh orang yang saya percayai.

“Dari segi arrangement muzik lagu, saya dan team sudah sediakan dengan nota muzik lagu-lagu tersebut dari Jakarta dan langsung di bawa ke sini.

“Ada sebanyak 25 lagu bakal dinyanyikan. Sejujurnya, tidak sukar untuk memilih lagu-lagu kerana saya tahu apa yang peminat di Malaysia suka dan mahukan saya nyanyi di konsert,” ujarnya.

Sementara itu, Afgan meluahkan rasa teruja atas kesempatan pertama kali mengadakan konsert bersama orkestra di Malaysia.

“Saya sudah beberapa kali menjayakan konsert di Kuala Lumpur dan untuk edisi kali ini memang saya minta supaya ia membabitkan orkestra sebagai pemuzik saya.

“Lebih istimewa ini juga julung kalinya saya diiriingi pemuzik daripada Malaysia dan saya tidak sabar menjayakannya.

Malah, Afgan turut memuji kehebatan kira-kira 25 pemuzik orkestra yang akan mengiringinya sepanjang konsert itu berlangsung dikatakan sangat hebat dan profesional.

“Saya memang kagum saat menjalani sesi latihan dengan mereka bila bertemu tadi, walaupun baru dapat nota muzik untuk konsert saya mereka sudah bisa memainkan dengan baik,” katanya.

Afgan berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Afgan Live With Orchestra di KLCC sebentar tadi.

Artikel Berkaitan: “Kini, Saya Lebih Tenang” – Bertemu Ahli Terapi, Pandemik Beri Hikmah Kepada Afgan Gara-Gara…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 7 Jun 2018

Jom Ke Anggun Life Festival Untuk Dapatkan Baju Raya Pelbagai Jenama Pada 8 & 9 Jun Ini!

Terdapat lebih 100 vendor yang  akan turut serta menjual pelbagai barangan menarik dan antara selebriti yang turut serta menjadi vendor menjual produk keluaran mereka sendiri di Festival Anggun Life

Featured Tue, 6 Dec 2022

Netizen Teringin Nak Lihat Penampilan Berhijab… Uqasha Senrose Terima Teguran, Mohon Doa

Pelakon jelita, Uqasha Senrose menerima teguran netizen yang teringin untuk melihatnya berhijab. Menerusi perkongsiannya di Instagram, Uqasha memuat naik foto lama dan turut memuji rambutnya yang dahulu berwarna hitam serta lebat. “Hahaha abang @ridzokumura !! […]

Featured Sun, 2 Oct 2022
Hiburan Sun, 19 Oct 2025

Sayang Uqasha Senrose & Anak Melebihi Segalanya, Kamal Adli Mohon Warganet Henti Provokasi

Kamal Adli tampil menjelaskan beberapa salah faham yang tular membabitkan dirinya & Uqasha Senrose.

Featured Sat, 28 Jan 2023

“Dia Sangat-Sangat Sihat” – Siti Bainun Nafi Dakwaan Pijak & Tendang Perut Bella

Jika saya berniat cederakan Bella, tak mungkin saya akan cuba sembuhkan – Siti Bainun

error: Content is protected !!