Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 23, 2024 @ 7:02pm

Pelantun Lagu Popular ‘Gala Bunga Matahari’ Sal Priadi Tampil Dengan Konsert Perdana Di Malaysia Oktober Ini

Penyanyi popular Indonesia, Salmantyo Ashrizky Priadi atau lebih mesra dengan panggilan Sal Priadi akhirnya memunculkan diri di Malaysia sempena konsert perdana Sal Priadi Zuzuzaza Live In Kuala Lumpur pada 13 Oktober depan.

Penyanyi dan penulis lirik berbakat ini bakal mengadakan konsert perdananya di lima kota di Indonesia dan memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi terakhir konsert jelajahnya.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music, Ahmad Jeffny, konsert yang digelar ‘Sal Priadi Zuzuzaza Live In Kuala Lumpur’ ini merupakan usaha dalam membawakan hiburan secara ‘live’ istimewa buat peminat muzik di Malaysia.

“Konsert ini merupakan peluang unik bagi peminat di Malaysia untuk menyaksikan persembahan secara langsung dari salah seorang bintang muzik paling menonjol dalam industri muzik Indonesia,” ulasnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu popular, Gala Bunga Matahari, Dari Planet Lain, Ikat Aku Ditulang Belikatmu dan Amin Paling Serius ini bakal membawa penonton melalui perjalanan emosi yang mengujakan.

“Ini merupakan kali pertama saya membuat persembahan secara besar-besaran di Indonesia dan Malaysia dalam siri jelajah ‘Sal Priadi Zuzuzaza Tour 2024’, salah satu lagu yang diambil dari album kedua saya ‘Markers & Such Pens Flashdisks’. 

“Lagu ini tentang membuat bunyi-bunyian sendiri yang menghidupkan semangat kreativiti, bahawa semua orang berhak mencipta sesuatu yang diingininya jika dia betul-betul yakin,” katanya.

Mengulas lanjut, Sal mengakui kesemua lokasi bagi siri jelajah konsertnya, ‘Sal Priadi Zuzuzaza 2024’ mempunyai maksud yang tersendiri, dan Kuala Lumpur juga mempunyai makna buat dirinya.

“Saya sempat membuat persembahan di Kuala Lumpur pada tahun lepas dan merasakan pengalaman ‘showcase’ album ‘Markers & Such Pens Flashdisks’ harus dibawa dan dikongsikan bersama peminat di Kuala Lumpur.

“Kalau dahulu saya hanya membuat persembahan selama 1 jam, kini penonton berpeluang menyaksikan saya beraksi selama 2 jam lebih dengan hampir 20 buah lagu kesemuanya yang diambil dari album pertama dan kedua saya, dan yang pasti, persembahan kali akan berbeza dengan konsert yang sebelumnya,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝐒𝐚𝐥 Priadi (@salpriadi)

 

Bagaikan sudah tidak asing bagi peminat di Malaysia, artis Indonesia memang cukup kreatif dalam mempamerkan audio visual yang kreatif dan artistik bagi melengkapi persembahan mereka selain berperanan membawakan ‘mood’ darui lagu-lagu yang disampaikan.

Sekadar info, peminat Sal boleh mendapatkan tiket-tiket istimewa ke konsert dengan kadar segera kerana tempat adalah terhad.

Untuk maklumat lanjut temasuklah harga dan cara pembelian tiket,, sila layari ticket2u.com.my

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 28 Oct 2024
Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Trending Mon, 3 Aug 2020

Permohonan Lanjut Moratorium Bermula Jumaat, 7 Ogos Ini

Perhatian buat mereka yang layak mendapat lanjutan moratorium

Trending Mon, 19 Apr 2021

Bantuan RM300 Buat Pemandu Kereta Sewa

Berita baik buat pemandu kereta sewa yang terkesan…

Featured Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Sun, 14 Oct 2018

张卫健不准歌迷给许志安欢呼?「他在大马不受欢迎」

继去年与苏永康和吴国敬来马开唱后,张卫健今年再来马举办个人演唱会!鬼马的他不惜拿「Big Four大四喜」来开玩笑,更是要歌迷在他唱许志安歌曲时不准欢呼,并笑指会回去告诉对方在大马人气不高。

Trending Wed, 20 Apr 2022

Lakukan Amang Seksual Fizikal Ke Anak Rakan, Penceramah Bebas Ditahan

Penceramah bebas melakukan amang seksual fizikal ke anak rakannya ditahan.

Hiburan Sat, 18 Nov 2017

Malcolm Young Meninggal Dunia

Berita kematian Young, 64, dilaporkan dalam laman web kumpulan berkenaan.

error: Content is protected !!