Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 27, 2024 @ 12:38pm

Bersalah Lakukan Amang S*ksual Fizikal Terhadap Remaja Lelaki, PU Azman Dipenjara 24 Tahun & Dua Sebatan

Pendakwah selebriti, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 43, dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, dua tahun lalu.

Keputusan tersebut diputuskan oleh Hakim Noridah Adam di Mahkamah Sesyen selepas mendapati PU Azman tidak dapat menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Difahamkan, mahkamah menjatuhkan 12 tahun penjara dan satu sebatan bagi dua pertuduhan tersebut yang berjalan berasingan.

Sementara itu, Mahkamah turut memerintahkan PU Azman menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan berada di bawah pengawasan pihak polis selama dua tahun selepas selsai menjalani hukuman.

Terdahulu, PU Azman didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja berusia 17 tahun di sebuah inap desa, Kampung Sungai Udang pada 20 Februari serta 29 Jun 2022.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12:15 tengah malam dan 1 pagi.

PU Azman yang turut mesra disapa sebagai Cik Man didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta sebatan.

Selain itu, PU Azman turut didakwa dengan sembilan pertuduhan lain iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang serta Mahkamah Sesyen Ampang.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 8 Nov 2022
Trending Thu, 19 Dec 2019

Comelnya gaun Katy Perry ni, jangan tak tahu ia jenama pereka tempatan!

Khoon Hooi terkenal dengan rekaan praktikal, moden dan sofistikated!

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Zoey Rahman Cipta Lirik Sendiri, Berduet Dengan Elliza Razak Dalam ‘Kita Dah Raya’

Bukan saja menyanyi, kali ini Zoey Rahman turut tulis lirik untuk Kita Dah Raya, duet bersama Elliza Razak.

Hiburan Wed, 6 Aug 2025
Featured Tue, 4 Jan 2022

Wanita 60 Tahun Jadi Vlogger Makanan Untuk Menyara 2 Orang Anak OKU

Kasih seorang ibu tiada ganti, itulah ungkapan sesuai untuk digambarkan dengan kisah seorang wanita berusia 60 tahun di China yang menjadi vlogger masakan dan makanan. Menurut laporan South China Morning Post, seorang wanita yang menggelarkan […]

Hiburan Sat, 21 Mar 2026

Raya Pertama Tanpa Anak Sulung, Amyza Aznan Pilih Buat Tahlil Lepaskan Rindu – “Dulu Meriah Dengan Nyanyian Andre, Kini Hanya Kenangan”

Mengimbau kenangan bersama arwah Andre, Amyza berkata anaknya itu seorang yang ceria dan gemar menyanyi

Featured Mon, 20 Mar 2023
error: Content is protected !!