Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 21, 2023 @ 7:31pm

Tanda Prihatin & Hormat Isu Gaza, Penganjur Konsert Milenia Tangguh Lagi

Demi menghormati penderitaan dan keperitan rakyat Palestin penganjur Konsert Milenia 2023 mengambil keputusan untuk menunda acara tersebut sekali lagi.

Konsert Milenia yang dijadualkan berlangsung pada 25 November ini di Stadium Malawati Shah Alam akan ditangguhkan sehingga ke satu tarikh lain yang akan diumumkan kelak.

Pengarah Urusan Mission Sight Sdn Bhd, Jeffri Yaacob berkata, yang juga penganjur berkata, pihak mereka menerima arahan daripada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam yang memohon agar acara tersebut ditangguhkan terlebih dahulu kerana berpendapat ia tidak sesuai dijalankan sekarang.

“Kami selaku penganjur perlu menghormati keputusan tersebut dan bersetuju ia tidak sesuai berlangsung ketika ini, ketika dunia sedang bersimpati dengan perang dan kekejaman Zionis terhadap saudara kita di Palestin.

“Pihak kami juga memulangkan wang kepada semua yang telah membeli tiket dari ticket2u.com dengan kadar segera.

“Kami juga tidak mahu dilemparkan tuduhan negatif seperti ‘scammer’ dan sebagainya berikutan konsert ini juga telah tertunda sebanyak tiga kali diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,” kata penganjur.

Tambah Jeffri lagi, satu tarikh baru akan diumumkan kelak sekiranya berjaya mendapatkan kebenaran daripada pihak berkenaan.

“Kepada semua peminat yang menantikan Konsert Milenia 2023, kami akan mengumumkan tarikh baru jika mendapat kebenaran daripada pihak sepatutnya,” ujar Jeffri.

Dalam pada itu penganjur turut meluahkan rasa kesal dan berasa seoalah-olah dianak tirikan apabila konsert lain seperti Bollywood, Korea, Hollywood dan Kollywood tidak pula menjadi pertikaian sesetengah pihak seperti yang berlaku kepada konsert Dangdut.

“Bukan mempersoalkan, jauh sekali tidak berpuas hati kerana konsert ini pasti akan terlaksana jua, namun perlu mendapat kesesuaian masa kerana faktor luar jangka yang sememangnya di luar batas kemampuan kami selaku penganjur.

“Namun kehadiran pelbagai jenis muzik yang memasuki Malaysia tetap diluluskan konsert mereka seperti kehadiran artis dari Barat, Bollywood, Korea, Tamil namun tidak adil jika muzik dangdut ini dipinggirkan dan dianak tirikan sehingga sebegitu sukar untuk dianjurkan.

“Tidak dapat dinafikan genre muzik dangdut ini sangat berat pada persepsi masyarakat namun kami selaku penganjur berpandangan dari perspektif berbeza kerana muzik dangdut ini adalah antara genre muzik tradisi negara sejak dahulu lagi.

“Kepelbagaian cara mendendangkan irama muzik dangdut ini menjadi sebab utama kami memilih untuk menjayakan konsert ini. Selain itu, kami juga telah mendapat kelulusan dari Puspal, PDRM, MACP dan sokongan dari MOTAC serta Tourism Malaysia untuk mempromosikan Malaysia melalui genre muzik dangdut yang sealiran antara dua negara iaitu Indonesia dan mempunyai peminat yang sangat ramai.

“Namun sehingga kini, muzik dangdut hanya sebagai pelengkap kepada genre muzik lain seperti rock dan balada yang mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam industri muzik Malaysia.

“Bercerita tentang persepsi gelek dan lucah pula, ia hanyalah persepsi namun ramai yang menganggap irama yang perlu diketengahkan ini negatif. Sedangkan selaku penganjur kami sudah melakukan yang terbaik untuk mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Puspal.

“Adakah kehadiran artis Bollywood dan yang lain-lain itu hanya berdiri tegak tanpa tarian? Sudah pastinya lebih dahsyat dari muzik dangdut,” luah Jeffri.

Bagaimanapun tambah beliau, Muzik Milenia Food Festival Ambang Tahun Baru akan tetap diteruskan.

Semasa sesi perbincangan bersama kerajaan negeri Selangor, besar kemungkinan acara tersebut akan diteruskan kerana telah mendapat perhatian daripada Menteri Besar Selangor untuk dijadikan acara penutup tahun di Stadium Malawati Shah Alam.

Besar kemungkinan akan menjadi salah satu lokasi pertunjukkan bunga api di Shah Alam dan festival ini juga mampu memberi peluang kepada para peniaga untuk berniaga pada festival tersebut.

“Walaubagaimanapun ia masih dalam perancangan dan penganjuran tersebut tetap perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 1 Dec 2024

Bersempena Ulang Tahun Kelahiran 2 Orang Anak… Wawa Zainal, Aeril Zafrel Hadiahkan Kondominium

Aeril Zafrel, Wawa Zainal hadiahkan anak-anak mereka rumah sempena sambutan hari lahir.

Hiburan Tue, 28 Nov 2017

WAIT, WHO IS 2017’S MISS UNIVERSE?!

Aside from beauty and brains, this gal has got a whole lot of brawn too!

Hiburan Sun, 7 Jan 2018

Tidak Percaya Iqram Dinzly Begitu!

Memang saya tidak tahu mengenai dakwaan dirinya murung dan berkelakuan pelik. Kenapa sampai jadi begitu?

Featured Tue, 11 Oct 2022

[VIDEO] Suntik Eleman Arab, Nafas Baru Lagu ‘Jika’ Versi Nuha Bahrin & Naufal Azrin Direstui Melly Goeslaw

Wowwww, hebatnya Nuha dengan Naufal nii 🤩🤩🤩 Penyanyi asal, Melly Goeslaw pun approved okay!

Featured Thu, 24 Aug 2023
Featured Mon, 20 Jan 2025
Hiburan Tue, 30 Jan 2018

Aktor Glee Ditemui Mati Gantung Diri

Kematian Mark Salling memeranjatkan dimana pelakon ini ditemui mati dengan menggantung diri, awal pagi semalam.

error: Content is protected !!