Euforia Bola 2026
Konsert By: Afiq Kandi September 30, 2024 @ 7:12pm

Konsert ADA Afgan & Lyodra Live In Kuala Lumpur Bikin Lebih 3,300 Peminat Galau

Penyanyi popular Indonesia, Afgan kembali membuatkan peminat galau dengan konsert duet pertamanya di Malaysia bersama bintang baharu meningkat naik, Lyodra.

Afgan dan Lyodra bergabung dalam konsert ‘ADA’ Live in Kuala Lumpur di Megastar Arena, Kuala Lumpur, pada Sabtu berjaya menyatukan lebih 3,300 peminat.

@xtra_my Persembahan pembuka dari Afgan & Lydora malam ini 😍🥰 sweet sangat ni❤️ Cuba teka tajuk lagu ni apa?👀 #xtra #fyp #afgan #lydora #konsert #ada #malaysia #live #kamuyangkutunggu #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Menurut Afgan, berkongsi pentas bersama Lydora di Kuala Lumpur adalah luar biasa selain dapat menghiburkan peminat Malaysia.

“Pengalaman malam ini sungguh luar biasa saya teruja dapat berkongsi pentas dengan Lyodra dan berinteraksi dengan peminat di Kuala Lumpur,” katanya.

Malah, Lyodra turut memiliki jumlah peminat yang ramai di Malaysia berasa teruja mengadakan konsert di sini.

“Saya sangat berbesar hati dapat mengadakan konsert di sini dan berjumpa peminat yang begitu menyokong”, katanya.

Konsert yang berlangsung lebih 2 jam itu mempersembahkan karya hit Afgan seperti Terima Kasih Cinta, Panah Asmara dan Jodoh Pasti Bertemu.

Tidak kurang hebatnya, Lyodra turut membawakan beberapa buat lagunya iaitu Sang Dewi, Pesan Terakhir, dan Terlalu Cinta.

Rata-rata peminat yang hadir berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh kedua penyanyi popular Indonesia ini.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Konsert Wed, 27 Sep 2023
Hiburan Wed, 13 May 2026

Tiga Legenda Rock Bersatu, Konsert 3 Veto Janji Malam Penuh Nostalgia Untuk Peminat Search, Wings & XPDC

Search, Wings dan XPDC bakal bergabung menerusi Konsert 3 Veto yang dijadual berlangsung di Megastar Arena, Bukit Bintang pada 1 Ogos depan.

Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Bawa Lagu Cindai, Sejati & Buih Jadi Permadani, 12,000 Peminat Puas Bergalau Dengan Judika Di Axiata Arena!

Min masih tak boleh move on dengan Konsert Rockmantic Night Judika & The Gang! Superb!

error: Content is protected !!