Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 2, 2024 @ 9:52pm

“Orang Tak Tekan Link Tapi Sesetengah Buat Andaian Sendiri” – Rumah Tangga Difitnah Goyah, Ryzal Ibrahim Selar Peniaga Tak Bertanggungjawab!

Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim meluahkan rasa kesal apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab menabur fitnah dengan memuat naik hantaran mengatakan rumah tangganya sedang goyah.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Ryzal memuat naik tangkapan skrin muat naik sebuah akaun Facebook ‘Kisah Benar’ memaparkan laporan berita palsu mengatakan perkahwinannya seolah sedang diuji.

“Maryam menangis, rupanya sudah setahun pendam, ini yang berlaku antara dia dan suami,” tulis tajuk yang tertera di hantaran itu.

Tidak berdiam diri, bapa anak satu ini tampil menyelar tindakan individu berkenaan yang dipercayai sengaja menulis berita palsu dengan harapan orang ramai akan menekan link yang tertulis di hantaran tersebut.

“Awak nak berniaga Shopee sekalipun jangan sampai fitnah rumah tangga orang sebagai modal untuk tarik pembeli. Sesetengah orang mungkin tak tekan link itu tapi kebanyakan akan baca tajuk dan buat andaian sendiri.

“Kalau pun kandungan berita itu benar, maka awak dah dapat dosa mengumpat dan kalau tak betul dapat dosa fitnah.

“Dan ingatlah Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Huzaifah: Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba),” tulisnya.

Ryzal Ibrahim

Sebelum ini, Ryzal Ibrahim menerima kritikan hebat selepas mengeluarkan kenyataan ‘double meaning’ terhadap isteri dan juga anaknya.

Malah, isterinya, Maryam turut menerima tempias ekoran kenyataan lucah suaminya dek isu tersebut.

Artikel Berkaitan: Lafaz Kenyataan ‘Double Meaning’ Terhadap Anak & Isteri, Ryzal Ibrahim Dikritik Buat Lawak Lucah

Artikel Berkaitan: Selepas Kenyataan Lucah Ryzal Ibrahim Dikecam, Individu Dakwa Maryam Durian Kimchi Sombong?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Nov 2020

Saringan Percuma, Suntikan Tifoid Buat Semua Penghantar Makanan

Bagus untuk keselamatan rakyat dan mereka yang bekerja

Featured Tue, 18 Oct 2022
Featured Tue, 30 Aug 2022
Hiburan Sat, 18 Oct 2025
Trending Sun, 3 Dec 2017

Pasport Baru Malaysia Antara Yang Tercantik Di Dunia

Bagi mereka yang kaki ‘travel’ terutamanya keluar negara, pasti sudah biasa dengan ‘buku merah’. Tanpanya, anda pasti tersangkut di pusat pemeriksaan di pintu keluar atau masuk negara. Tanpa menafikan kepentingannya, antara ciri lain dokumen pengenalan […]

Hiburan Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Selebriti Tue, 19 Sep 2023
error: Content is protected !!