Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 2, 2024 @ 7:47pm

Pengarah Teater Dang Anum & Cinta Ahmad Mutawakkil Optimis Terima Teguran ‘Otai’

Pengarah dan penulis skrip, Amirul Haswendy Ashari, 45, menerima teguran segelintir ‘otai’ teater yang menyifatkan teater Dang Anum (The Untold Story) (DATUS) dan Cinta Ahmad Mutawakkil (CAM) yang dipentaskan minggu lalu, tidak menepati genre bangsawan.

Menurut Amirul, ada beberapa penggiat dan tokoh teater senior yang menonton DATUS tempoh hari, tegur mengenai beberapa elemen yang disifatkan tidak patut ada dalam sebuah teater bangsawan.

“Antaranya memasukkan elemen moden seperti isu terkini yang sedang tular dan ‘tak kena’ dengan penceritaan asal.

“Saya beritahu, teater kami bukan sepenuhnya bangsawan tapi bergenre purbawara dengan suntikan ala bangsawan yang telah kotemporarikan,” kata Amirul.

Tujuannya adalah untuk menarik minat penonton dan generasi baharu meminati pementasan teater.

Ini terbukti apabila hampir 80 peratus penonton yang hadir pada pementasan DATUS dan CAM adalah penonton baharu yang kali pertama menonton teater.

Amirul berpendapat, mereka (penonton baharu) perlu diberikan pendedahan asas keterujaan menonton teater terlebih dulu, sama seperti menonton filem.

“Sekiranya kita terus menyuap elemen berat dengan lenggok bahasa dan situasi yang terlalu artistik, saya bimbang penonton baharu akan ‘hilang’ minat.

“Apatah lagi minat generasi sekarang berbeza dan mereka selalunya mengelak dan menjauhkan diri jika pendekatan kita agak ‘keras’,” katanya lagi.

Pengerusi Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) itu turut berpendapat, sekiranya pementasan itu berjaya menarik minat penonton baharu, tidak mustahil mereka akan mencari pementasan-pementasan lain untuk ditonton.

Katanya, pentas The Redholah adalah untuk membuka ruang kepada penonton baharu meneroka teater-teater hebat di negara ini.

“Di Malaysia ada banyak kumpulan teater, baik skala kecil mahu pun besar. Pergilah menonton dan beri sokongan kerana bidang teater di sini belum mencapai tahap industri.

“Untuk mencapai tahap seperti mana ‘broadway’ di barat, kita perlukan ekosistem positif dan sokongan semua pihak. Bukan saja dari kerajaan, malah swasta dan orang perseorangan,” katanya.

Dalam pada itu, Amirul juga berharap lebih banyak pihak untuk berani melabur ke dalam produksi teater kerana prospek yang besar tapi belum diteroka dengan baik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Mar 2022

Dulu Penyanyi Kini Usahawan, Erna Elliyana Lakar Sejarah Membanggakan

Nama Erna Elliyana, 33, mungkin agak asing di telinga di anak muda masa kini. Namun bagi peminat dunia seni, Erna cukup dikenali sebagai pelakon kanak-kanak ternama sekitar tahun 90-an serta Erna juga menceburkan diri sebagai […]

Featured Tue, 5 Sep 2023
Hiburan Tue, 16 Jul 2019

‘PDRM, Jawab Soalan Saya’ – Eizlan Yusof Naik Angin?

Sebelum mengeluarkan kenyataan atau fakta, mereka mestilah membuat siasatan menyeluruh.

Hiburan Sun, 15 Sep 2019

“Kau Siapa Doh?” Zee Avi Lempar Pertanyaan Pada Kaki Kecam

Semasa pelancaran ‘Single’ dan video muzik terbaharunya yang berjudul ‘Who Are You’ di kafe Umai, TTDI baru-baru ini, Zee Avi telah menitiskan air mata kerana padanya lagu ini amat istimewa pada dirinya. ‘Who Are You’ […]

Featured Tue, 14 Apr 2026

“Allah Maha Mengetahui, Saya Percaya Pada Takdir & Takdir Tu Milik Aku” – Syida Melvin

Syida Melvin meluahkan rasa terharu terhadap sokongan dan doa yang diterimanya daripada warganet.

Hiburan Sun, 12 Nov 2023

Sudah Lali Dilabel Suara Kepit, Vokal Kurang Jantan… Amsyar Leee Mahu Ruang – “Biarkan Saya Berkarya”

Tak kisahlah netizen nak cakap apa pun, yang penting Amsyar nombor satu di hati min❤️❤️🔥🔥

Hiburan Fri, 12 Dec 2025
Hiburan Thu, 27 Mar 2025

[VIDEO] Siti Nurhaliza Nak Merenjis & Menyanyi Di Hari Bahagia? Ini Respons Fattah Amin

Fattah Amin bahagia ramai komen yang baik-baik terhadap hubungannya bersama Amira Othman

Drama Thu, 15 Dec 2022

Wajib Tonton: ‘Budak Tebing 3’ Kembali Dengan Watak-Watak Baharu

Tak sabar nak tengok watak-watak baharu ni!

error: Content is protected !!