Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 15, 2019 @ 5:31pm

“Kau Siapa Doh?” Zee Avi Lempar Pertanyaan Pada Kaki Kecam

Semasa pelancaran ‘Single’ dan video muzik terbaharunya yang berjudul ‘Who Are You’ di kafe Umai, TTDI baru-baru ini, Zee Avi telah menitiskan air mata kerana padanya lagu ini amat istimewa pada dirinya. ‘Who Are You’ mengajak pendengar yang mungkin selama ini rasa diri mereka tersisih atau dikecam kerana mereka dilihat sebagai lain daripada yang lain, untuk tidak mengendahkan tanggapan orang lain terhadap diri mereka dan sentiasa bersikap jujur pada diri sendiri.

 

Penyanyi yang berasal dari Miri Sarawak ini bukanlah asing kepada peminat muzik tanahair walaupun dia sudah menetap di Amerika Syarikat selama 10 tahun.  Menurutnya lagu ‘Who Are You’ ditulisnya 4 tahun yang lalu dan awal tahun ini, Zee Avi atau nama penuhnya Izyan Alirahman memilih untuk kembali ke Malaysia bagi menyiapkan lagu dan album baharunya ini kerana menurutnya “Malaysia mempunyai ramai darah-darah muda yang sangat berbakat yang patut diketengahkan” dan dia sangat teruja berkolaborasi dengan mereka. 

 

Apabila ditanya sama ada dia takut jika netizen mengaitkan video muziknya dengan mempromosikan golongan LGBT, Zee berkata “Saya hanya meraikan kasih sayang. Jikalau netizen hendak memperbesarkan benda itu, terpulanglah. Kalau kita hendak ambil hati dengan apa yang orang kata pada diri kita, itu terpulang pada diri masing-masing. Saya hanya ingin membuka mata dan minda masyarakat kepada golongan-golongan yang pernah dikecam ini kerana saya pernah berada di posisi mereka. Saya tahu perasaan mereka.

 

Zee Avi memilih untuk mewarnakan kukunya dengan warna-warna dari bendera Malaysia dan negeri kelahirannya, Sarawak

“Lagu ini saya pilih untuk dilancarkan pada 16 September iaitu pada Hari Malaysia kerana saya mahu rakyat Malaysia bersatu padu walaupun kita berbeza cara, pendapat, identiti dan saya pilih ‘influencers’ yang mempunyai mesej-mesej tersendiri  untuk diketengahkan dalam video muzik ini,” ujarnya lagi. Di antara selebriti tersebut adalah model Alicia Amin, ikon media sosial Faiz Dickie, dan editor majalah Stail.My yang lebih dikenali dengan ‘alter ego’nya Nyonya Mansur. 

 

Zee Avi juga ada menyatakan hasratnya untuk mengadakan konsert atau ‘showcase’ pada bulan November dan juga pada tarikh lahirnya 15 Disember nanti. Terdahulu rancangan konsertnya bersama penyanyi, Najwa Mahiaddin yang ditunda sebanyak dua kali pada awal dan pertengahan tahun telah dibatalkan oleh pihak penganjur.  

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 31 Dec 2023

Bukan Senang Nak Istiqamah, Umie Aida Ingatkan Artis Jangan Tinggalkan Akhirat – “Kalau Fokus Indusri Sahaja, Kita Goyang”

Terima kasih Datin Seri Umie Aida buka peluang kita beramal dan mencari ilmu melalui Musollah Aisya, Alhamdulillah🤲🏻

Featured Wed, 22 Sep 2021
Hiburan Tue, 2 Jul 2019

Ini 4 Perkara Unik Tentang Drama The Promise!

The Promise drama Cina terbaik khas buat penonton setia 8TV!

Featured Tue, 15 Nov 2022

[VIDEO] “Menangis Britney Spears Dengar” – Kreatifnya! Sajat Tukar Lirik Lagu ‘Toxic’, Ramai Save Buat Ringtone!

Min terhibur lah dengan Sajat ni! Ada je idea dia kan 🤣🤣🤣 Luvv lagu Toxic versi Sajat, tempo sangat tepat ya!

Hiburan Sun, 5 Nov 2023

Bapa Terlantar Bukan Alasan Fimie Don Menghilang Dalam Industri – “Saya Perlu Profesional…”

Kagum betul dengan Fimie! Tetap jaga ayah walau sibuk kerja😭✨ Semoga ayah cepat sembuh Aamin🤲🏻

error: Content is protected !!