Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 4, 2024 @ 4:20am

Rangkaian Televisyen Media Prima Dominasi Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2024

Acara berprestij Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) anjuran Kementerian Komunikasi kini kembali menyemarakkan industri hiburan tempatan. Media Prima, melalui tiga rangkaian televisyen utamanya, TV3, TV9 dan 8TV, serta Tonton dan media sosial, berjaya meraih 72 pencalonan, memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju utama penyiaran negara dalam menghasilkan kandungan berkualiti dan terus memikat penonton di seluruh Malaysia. Dengan pencapaian yang membanggakan ini, Media Prima sekali lagi membuktikan kehebatannya dalam menyajikan pelbagai genre kandungan yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) mempertandingkan 40 kategori untuk televisyen, 16 kategori untuk radio, dan empat (4) kategori untuk media baharu. Acara tahunan ini terus mengiktiraf karya dan bakat tempatan yang cemerlang di pelbagai platform media, sekaligus memberikan penghargaan kepada penggiat industri yang telah memberikan sumbangan signifikan kepada perkembangan seni penyiaran di Malaysia. Dengan penekanan pada inovasi dan kualiti, ASA 2024 bertujuan untuk menyemarakkan semangat kreatif dan mendorong penghasilan kandungan yang lebih berimpak.

Dalam kategori TV, Rangkaian Televisyen Media Prima telah berjaya mendapat sebanyak 67 pencalonan menerusi 32 kategori yang merangkumi pelbagai genre seperti drama bersiri, bual bicara, hiburan, dokumentari, dan banyak lagi. Pencalonan ini mencerminkan dedikasi Rangkaian Televisyen Media Prima dalam menyajikan kandungan bermutu tinggi, menghibur dan memberi inspirasi kepada penonton terhadap pembangunan industri kreatif negara.

Rangkaian Televisyen Media Prima telah mengungguli pencalonan utama dengan prestasi cemerlang, terutama dalam kategori yang melibatkan drama bersiri, produksi, serta berita dan hal ehwal semasa. Daripada 67 pencalonan tersebut, kategori yang berkaitan dengan drama bersiri meraih 22 pencalonan iaitu Drama Bersiri TV Terbaik, Pengarah Drama TV Terbaik, Skrip Drama TV Terbaik, Pelakon Drama Lelaki TV Terbaik, Pelakon Drama Wanita TV Terbaik dan lain-lain. Sebanyak 34 pencalonan telah berjaya diraih dalam kategori yang berkaitan dengan produksi, termasuk Dokumentari TV Terbaik, Majalah TV Terbaik, Rancangan Agama TV Terbaik, Hiburan Muzikal TV Terbaik dan banyak lagi. Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima juga menunjukkan prestasi cemerlang dengan 11 pencalonan dalam beberapa kategori berkaitan seperti Liputan TV Terbaik, Laporan Khas Berita TV Terbaik dan Penyampai Berita TV Terbaik.

Berikutan perkembangan pesat era digital, anugerah digital telah diperkenalkan sekali lagi dalam Anugerah Seri Angkasa tahun ini, selari dengan kemajuan teknologi dan peningkatan penggunaan platform digital. Selain dominasi di kategori televisyen, Rangkaian Televisyen Media Prima juga menunjukkan kekuatannya di platform digital dengan meraih beberapa nominasi dalam kategori Media Baharu. Hal ini membuktikan komitmen Media Prima dalam beradaptasi dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa kini. Ia termasuk Drama Terbaik, Drama Bersiri Terbaik, Kandungan Video Terbaik, dan Podcast Terbaik. Rangkaian Televisyen Media Prima berjaya meraih 5 pencalonan menerusi kategori ini, membuktikan kemampuan dalam mengadaptasi teknologi terkini dan menghasilkan kandungan yang sesuai dengan keperluan penonton moden.

Nantikan pengumuman pemenang ASA 2024. Malam kemuncak ASA 2024 akan bersiaran secara langsung dari Dewan Perdana , Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Oktober 2024 ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pencapaian terbaik dalam industri penyiaran Malaysia!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 27 Jul 2020

Hanya 20 Orang Dibenarkan Untuk Ibadah Sembelih Korban

Buat mereka yang bakal menjalani aktiviti ibadah korban minggu depan..

Hiburan Wed, 30 May 2018

Sasqia – Saya Bukan Jahat!

Sasqia gembira terpilih menerajui drama bersiri 50 episod ‘Koko Coklat’ yang akan ditayangkan di TV3 dan tonton secara serentak kelak. Malah, Sasqia turut teruja dipilih menjayakan filem arahan Syafiq Yusof, ‘Misteri Dilaila’ selaku teraju utama

Featured Wed, 22 Apr 2026

Syed Saddiq Enggan Bella Terlibat Dalam Politik, Mahu Dorong Jadi Wanita Bekerjaya  – “Kalau Dia Menyanyi Satu Malam Bersamaan Gaji Saya Sebulan”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mendedahkan beberapa realiti sebenar dunia politik yang tidaklah mewah seperti yang disangka ramai orang.

Featured Sat, 9 Aug 2025

[VIDEO] Sebak! Rindu Arwah Ibu, Ubai MZ Kongsi Voicenote Terakhir

Ubai MZ mencuri perhatians elepas berkongsi ‘voicenote’ terkahir Allahyarham ibunya.

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Permata Hati Azrinaz

Hari gembira buat bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim dan suaminya, Fairos Khan Abdul Hamid apabila dianugerahkan seorang ‘puteri’ pada hari Ahad, 15 September jam 10.20 pagi, 13 hari sebelum harijadi Azrinaz yang ke 40. […]

Hiburan Sun, 7 Sep 2025
Hiburan Thu, 25 Jan 2018

JONGHYUN’S SONG ‘REWIND’ BANNED BY KBS BROADCAST FOR ITS LYRICS

KBS banned SHINee’s Jonghyun’s ‘Rewind’ from airing on KBS channel just because of some of his lyrics.

Hiburan Wed, 18 Aug 2021

“Terubat Rindu…” – Kongsi Video Terbaru Sambal Jawa ‘My Style’, Instagram Siti Sarah Akan Kekal Aktif

Akaun Instagram milik Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang mempunyai lebih 2.8 juta pengikut akan kekal aktif untuk tatapan peminatnya. Difahamkan, akaun terbabit kini dikendalikan oleh ahli keluarga Allahyarham dan akan berkongsi segala perkembangan terkini empat […]

Trending Fri, 1 Oct 2021

Juara Lagu Cinta Kita 2, Nadeera Zaini Tampil Dengan Single Panah

Nadeera Zaini, juara program realiti Lagu Cinta Kita Musim 2 kini lahir dengan single terbaharu berjudul Panah. Dilancarkan pada 1 Oktober, ini merupakan single keempat buat Nadeera dan gubahan lirik adalah daripada Fedtri Yahya dan […]

error: Content is protected !!