Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 1, 2021 @ 7:16pm

Juara Lagu Cinta Kita 2, Nadeera Zaini Tampil Dengan Single Panah

Nadeera Zaini, juara program realiti Lagu Cinta Kita Musim 2 kini lahir dengan single terbaharu berjudul Panah.

Dilancarkan pada 1 Oktober, ini merupakan single keempat buat Nadeera dan gubahan lirik adalah daripada Fedtri Yahya dan dirinya sendiri serta sentuhan komposer terkenal tanah air iaitu Sharon Paul.

Nadeera memulakan langkah pertama beliau dalam industri muzik dan hiburan ini melalui rancangan realiti TV Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim ke 2 (2012) dan menyertai Mentor Legend pada tahun 2014, beliau merupakan protégé kepada Datuk Zainal Abidin.

Atas usaha keras dan semangat yang tidak pernah berputus asa, nasib kian menyebelahi beliau apabila berjaya mara ke final dan menang dalam rancangan realiti Lagu Cinta Kita Musim ke 2 dengan pasangan duet beliau, Khareez Kasbullah yang disiarkan tahun lalu di TV3.

Lagu Panah akhirnya terpilih menjadi salah satu OST untuk drama Kisah Cinta Kita hasil karya A.Aida Production untuk slot Akasia (TV3) menjelang bulan November 2021 ini.

Panah mengisahkan tentang seorang gadis dipermainkan oleh teman lelakinya dan membuatkannya patah hati!

Bak kata pepatah, cinta sejati dilihat dalam tindakan bukan hanya melalui kata-kata. Oleh itu dalam korus tersebut menyatakan bahawa dia menyedari itu adalah cinta palsu dan tidak mahu terus hanyut dalam jerat percintaan lagi.

Panah edaran Werkit Records dan Alternate Records ini akan dilancarkan di semua platform digital secara serentak mulai 1 Oktober ini di Spotify, Apple Music, Itunes, KKBOX, Deezer, Joox dan Youtube Music. Lirik Video Rasmi Panah juga boleh di tonton di laman Youtube Alternate Records & Talents.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 11 Dec 2025

Exists Tidak Rancang Jemput Mamat Di Konsert PJ, Fokus Persembahan Bersama Ezad

Kumpulan Exists mengesahkan bahawa mereka tidak bercadang menampilkan bekas vokalis, Mamat dalam Konsert Exists Premium Live @ Petaling Jaya yang dijadualkan berlangsung pada 20 Disember ini. Exists yang dianggotai Ezad (penyanyi), Along (gitar), Musa (bass), […]

Hiburan Sun, 16 Feb 2025

AJL39: Hafiz Suip Persiapkan Diri, Hadir Dengan Kejutan Figura Legenda!

Hafiz Suip tampil individu legenda dalam persembahan Terus Bersinar AJL39

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Hiburan Thu, 3 Oct 2024
Hiburan Thu, 9 Apr 2026

Vicha Saywho Kongsi Keterujaan First Time Naik MRT Selepas 16 Tahun Menetap Di Malaysia.. Tapi Lain Pula Yang Netizen Nampak: “Makin Muda & Cantik!”

Vicha Saywho mencuri perhatian apabila berkongsi pengalaman pertamanya menaiki MRT selepas lebih 16 tahun di negara ini.

Featured Wed, 24 Dec 2025

“Saya, Isteri & Anak Tak Pernah Kacau Orang, Tapi Orang Selalu Cari Masalah.. Lepastu Buat Video Minta Maaf, Kepala B*na Kau!”- Aaron Aziz

Aaron menegaskan, dia, isteri dan anak-anak tidak pernah mengganggu sesiapa, namun tetap menjadi sasaran provokasi orang luar.

Hiburan Mon, 21 Apr 2025
error: Content is protected !!