Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 5, 2024 @ 5:50pm

Pencapaian Paling Bermakna, Showcase Sulung ‘Sebenar’ Puteri Khareeza Hadiah Untuk Peminat

Selepas mencipta nama dalam dunia muzik dan mencuri hati penonton di layar televisyen, kini saatnya penyanyi dan pelakon versatil, Puteri Khareeza memukau penggemar muzik dan suaranya melalui showcase solo pertamanya ‘Sebenar’.

Showcase sulungnya itu bakal menyapa peminat pada 16 November 2024 di RCD Big Studio, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. 

Tidak dapat menyembunyikan keterujaannya mengenai showcase ini, Puteri Khareeza berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik buat semua peminat yang hadir. 

Showcase ‘Sebenar’ bukan sahaja menjadi platform untuk mempamerkan bakat nyanyian, tetapi juga memberi peluang kepada pemiinat untuk mengenali lebih dekat sosok selebriti ini, serta meraikan perjalanan karier seninya, 

“Saya sangat gugup tetapi pada masa yang sama teruja kerana ini adalah kali pertama saya akan mengadakan showcase yang dibantu oleh pihak pengurusan. Saya akan berikan yang terbaik buat peminat dan keluarga saya,” katanya.

Sementara itu, Puteri Khareeza turut berterima kasih kepada pihak pengurusan dan guru vokal, Cikgu Delly atas latihan yang diberikan selama lima bulan untuk showcase ini.

“Showase pertama saya ini adalah pencapaian besar bagi saya sejak memulakan karier dalam industri hiburan. Peluang ini adalah yang terbaik dan saya akan mengingati sejarah ini sebagai titik penting dalam kerjaya saya,” katanya. 

Puteri Khareeza

Berkongsi lebih lanjut, sebanyak 20 lagu bakal dipersembahkan seperti Sebenar, Sakitnya Hati, Duka Di Sebalik Tawa, Sinaran dan banyak lagi.

Lebih menarik, showcase ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan kolaborasi istimewa bersama artis jemputan seperti Haris Fayahet, Zazo Maulana, Maria Khairul (alumni Lagu Cinta Kita 3) dan Adi dari kumpulan Venus. 

Lahir dari program realiti Lagu Cinta Kita 3 pada tahun 2022, Puteri Khareeza membuktikan dirinya sebagai seorang artis serba boleh.

Selain nyanyian, beliau juga aktif dalam dunia lakonan, membintangi drama popular seperti Nuh & Nayla, Wanita Syurga, dan Kerana Cinta Itu Ada. 

Lagu-lagu hitnya seperti “Duka Di Sebalik Tawa” (OST Melur Untuk Firdaus), “Sebenar” (OST Khilaf Yang Tertulis), dan “Helah” (OST Haloba) telah mendapat sambutan luar biasa, dengan “Duka Di Sebalik Tawa” berjaya meraih lebih 475 juta tontonan di TikTok, 5.4 juta tontonan di YouTube, dan 2.4 juta penstriman di platform dalam talian seperti Spotify.

Artikel Berkaitan: Tak Menyesal Kahwin Usia Muda, Puteri Khareeza Syukur Suami Rajin Bantu Urus Rumah Tangga  – “Bab Memasak Kepakaran Dia”

Artikel Berkaitan: Puteri Khareeza Merancang Untuk Ada Anak, Mahu Habiskan Pelajaran Terlebih Dahulu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Apr 2021

Elak Langgar SOP Rumah Terbuka, Pihak Polis Adakan Pemeriksaan Di Rumah Sempena Aidilfitri

Seperti Aidilfitri tahun lalu, pihak polis akan membuat pemeriksaan di beberapa rumah untuk mengelakkan ketidakpatuhan SOP. Difahamkan, pihak polis juga akan membuat pemeriksaan mengejut dari rumah ke rumah untuk memeriksa surat kebenaran rentas negeri. Perkara […]

Hiburan Thu, 21 Aug 2025
Hiburan Tue, 11 Mar 2025

PU Syed Tegur Erma Fatima – “Sudah Mati Idea Gamaknya Sutradara-Sutradara Di Malaysia Ni”

PU Syed dakwa drama terbitan Erma Fatima mengandungi unsur keterlaluan

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

This Female K-POP Idol Actually Wants to GAIN Weight!

She said she’s 50kgs but wants to gain more.

Featured Mon, 14 Jun 2021

Beri Kelonggaran Keluarkan i-Sinar Secara Bersasar – Pakar Ekonomi

Kelonggaran untuk mengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Sinar 2.0 secara bersasar kepada golongan yang terkesan wajar dilakukan oleh kerajaan. Menurut Pakar Ekonomi Asia e University, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, KWSP perlu […]

Featured Wed, 19 Jun 2024
error: Content is protected !!