Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 7, 2024 @ 5:30pm

Usaha Pujuk Fazura Tak Berhasil, Fattah Amin Terkilan Dihalang Masuk Rumah – “Call & WhatsApp Tak Jawab”

“Saya ada datang ke rumah tapi dihalang masuk,” demikian respons pelakon, Fattah Amin menafikan dakwaan tiada usaha untuk menjernihkan kembali kemelut rumah tangganya bersama bekas isteri, Nur Fazura.

Sepanjang konflik rumah tangga mereka, Fattah menjelaskan dia setiap hari berusaha untuk menghubungi Fazura namun usahanya itu tidak membuahkan hasil apabila ada pihak yang menghalangnya bertemu ibu kepada anaknya itu.

“Hampir setiap hari saya berusaha untuk hubungi Fazura, panggilan tak pernah dijawab, WhatsApp susah nak jawab.

“Cuba tengok WhatsApp dia saya pujuk, text dia macam mana. Saya ada datang rumah untuk pujuk tapi saya dihalang untuk masuk ke rumah.

“Apa yang saya kesali adalah anak saya, dia tidak sepatutnya menerima keadaan seperti ini dalam keadaan dia umur masih 4 tahun, namun dia terpaksa menerima keadaan sebegini,” katanya.

Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi, Jumaat.

Pada 7 Oktober, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu pada jam 9:45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, hari ini.

Sebelum Fattah melafazkan cerai, ketika diluar mahkamah, pasangan itu dilihat berbincang antara satu sama lain.

Terdahulu, status rumah tangga mereka didakwa bergolak selepas timbul dakwaan mengatakan wujud orang ketiga.

Bukan itu sahaja, konflik antara Fattah dan Fazura semakin menjadi bualan hangat selepas mereka sudah lama tidak kelihatan bersama mahupun saling berkongsi foto di mana-mana platform media sosial.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.

Artikel Berkaitan: “Bertahun Sengsara! Kereta Range Rover Saya Bagi Dia Bawa Wanita Haram” – Curang, Abai Nafkah Antara Punca Cerai Fazura & Fattah Amin

Artikel Berkaitan: Terkilan Dituduh Tak Setia, Fattah Amin Nafi Curang – “Itu Tohmahan Untuk Cemarkan Nama Saya”

Artikel Berkaitan: “Hati Saya Remuk!” – Dua Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Fazura Kesal Fattah Amin Tak Ada Usaha Selamatkan Rumah Tangga

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Mar 2026

“Daddy Sporting, Baik & Handsome” – Ayden Titip Pujian Buat Syed Saddiq

Anak sulung kepada penyanyi Bella Astillah iaitu Ayden Adrean,9, meluahkan rasa syukur di atas berita gembira berkenaan pertunangan ibunya dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq baru-baru ini.

Hiburan Mon, 28 Apr 2025
Cahaya Mata Fri, 23 Dec 2022
Events Fri, 18 Jul 2025
Trending Wed, 21 Nov 2018

This 12-Year-Old Thai Model is Actually a Boy and People Love Him for His Cross-Dressing

He’s made so much money, he could buy a house for his family too!

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Jangan Cepat Menghukum, Semua Orang Buat Silap

Saya simpati dengan apa yang berlaku ke atasnya dan berharap agar dia sentiasa positif dan kuat berdepan dengan semua ini…

Featured Wed, 9 Aug 2023

35 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, ND Lala & Isteri Sah Bercerai

Kita doakan yang baik-baik. moga apa yang dipilih adalah yang terbaik untuk semua pihak💖

error: Content is protected !!