Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin July 18, 2025 @ 11:40am

Lengkap Berbusana Merah Jambu, Keluarga ‘Celebrate’ Majlis Konvokesyen Kasih Iris Leona Di London

Pempengaruh popular, Kasih Iris Leona akhirnya menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah  sarjana muda selama tiga tahun dalam bidang Pengurusan di Universiti Of Bath, United Kingdom.

Berkongsi momen sepanjang majlis graduasi, bapanya yang juga aktor popular, Azhar Sulaiman sempat menitipkan ucapan tahniah kepada anak bongsunya itu.

“Twinkle twinkle my little star. Now you can fly further from where you are.

“Sehari di hari graduasi Leona di Universiti Of Bath, United Kingdom,” katanya.

Namun, apa yang menariknya,  Leona dilihat mengenakan kebaya dengan warna kegemarannya iaitu merah jambu.

Malah, keluarganya juga hadir memberi sokongan dengan memakai tema warna sama.


Bukan itu sahaja, Azhar juga sempat berkongsi beberapa video pendek momen anak gadisnya itu bergraduasi.

Terdahulu, pada September 2022, Leona menyambung pengajian di Universiti ke lapan terbaik di United Kingdom itu.
Menurut bapanya menerusi laporan media sebelum ini,  tiga tahun melanjutkan pengajian bukan satu tempoh yang panjang dan dia mahu melihat anaknya berubah menjadi individu lebih baik.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 May 2022

Duet Shuib & Siti Nordiana Tular Di TikTok, Peminat Doakan Mereka ‘Berjodoh’

Ngam suara duet Siti Nordiana dengan Shuib, boleh buat lagu bersama nii

Featured Wed, 21 Dec 2022
Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Dituduh Penipu, Ini Jawapan Win Daiyan Trisha

Menggunakan konsep perkahwinan dalam single terbaharunya, Langit telah mencetus pelbagai kontroversi. Ini jawapan Daiyan Trisha kepada netizen……

familuv Tue, 5 May 2020

The Rock didera anak perempuan

Sanggup nyanyikan lagu sama beribu kali demi anak

Featured Tue, 23 Dec 2025

This Is UNIC: Live In Concert ”Full House’, Bukti Kedudukan Nasyid Masih Relevan

Lebih dua dekad mengabdikan diri dalam dunia muzik berteraskan dakwah, nilai kemanusiaan dan cinta Ilahi, Kumpulan nasyid UNIC sekali lagi mengejutkan ramai pihak apabila…

Hiburan Sat, 29 Mar 2025
error: Content is protected !!