Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 7, 2024 @ 6:09pm

“Bangkit Untuk Mulakan Hidup Baru” – Sherry Ibrahim Harap Fattah Amin Tabahkan Hati 

Pelakon, Sherry Ibrahim tampil menitipkan pesanan kepada rakan selebritinya, aktor Fattah Amin yang diuji dengan perceraian bersama bekas isterinya, Nur Fazura.

Sherry yang juga bekas kekasih kepada Fattah itu berharap agar aktor tersebut terus tabah dan menguatkan diri dalam kemelut rumah tangga yang terlerai selepas tujuh tahun membina mahligai cinta bersama Fazura.

“Tabahkan hati, terima takdir yang telah ditentukan dan bangkit untuk mulakan hidup yang baru.

“Kuatkan diri demi Fatima, ibu, ayah dan adik-adik yang sentiasa ada di sisi,” katanya

Sherry berkata demikian menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, sebentar tadi.

Dalam perkongsian sama, Sherry turut mendoakan agar segala urusan bapa anak satu itu akan dipermudah.

“Perjalanan hidup ini tidak mudah tapi dengan ketabahan, Insya-Allah ia pasti akan membuka jalan untuk masa depan yang lebih baik.

“Teruskan kehidupan dan semoga semua urusan awak, Abdul Fattah Amin dipermudahkan,” tulisnya.

Fattah Amin

Sherry dan Fattah pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun berpisah pada 2016.

Pada pagi Jumaat, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45.

Pada 7 Oktober, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu pada jam 9:45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, hari ini.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.

Artikel Berkaitan: Usaha Pujuk Fazura Tak Berhasil, Fattah Amin Terkilan Dihalang Masuk Rumah – “Call & WhatsApp Tak Jawab”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Jun 2019

‘Jangan Masuk Campur Hal Rumah Tangga Orang Lain’- Ajak Shiro

Pengacara, Ajak Shiro memohon kepada orang ramai untuk tidak menentukan hala tuju hidup mana-mana individu.

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

PANIK HINGGA KURUS DIBUATNYA

Masalah panik yang dialami Haiza memerlukannya rujukan daripada doktor pakar

familuv Thu, 30 Jun 2022

Beruntung Bilal… Suka Tambah Ilmu, Neelofa Ambil Kelas Untuk Upgrade Cara Jaga & Besarkan Anak

Neelofa ambil banyak kelas untuk perbaiki diri dalam penjagaan anak.

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Sertai Kool FM, Linda Onn Kembali Ke Udara!

Tulis Linda di laman Instagramnya, Kepada semua, terima kasih kerana mendengar dan teruskan sokongan buat Kool FM, kerana mereka kool!

Featured Wed, 27 Aug 2025
Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Syafie Naswip ‘Move On’ Dengan Uqasha?

Biar betul?? Jangan-jangan cinta sudah berputik ya?

error: Content is protected !!