Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 10, 2024 @ 4:50pm

Rosyam Nor Berang, Bagi ‘Warning’ Pada Individu Wanita Sebar Fitnah -“Korang Tunggu Aku Seret Pergi Mahkamah!”

Pelakon, penerbit dan pengacara popular, Datuk Rosyam Nor berang selepas ada individu cuba menyebarkan fitnah dengan menggunakan namanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Rosyam atau nama penuhnya, Mohamed Noor Shamsuddin, 57, berkongsi beberapa tangkap layar akaun media sosial individu wanita berkenaan yang memetik namanya mengeluarkan kenyataan ‘biadap’ terhadap isu cerai pasangan Fazura dan Fattah Amin.

“Fattah patut tahu dari awal dengan siapa dia nikah… Aku dah tegur dulu. Poket kena tebal. Sekarang dia tak nak kau sebab apa? Dia dah ada semua yang kau tak ada. Kau buat silap sikit je, dia humban kau tahap hina,” tulis pada tangkap layar video berkenaan.

Tidak mahu imej dan namanya tercalar, Rosyam memaklumkan bahawa dia akan mengambil tindakan tegas terhadap hantaran yang dibuat individu tersebut, sekaligus menafikan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang tertulis pada video itu.

“Kau orang tunggu aku seret kau orang pergi mahkamah! Buat fitnah, aibkan orang,” katanya.

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet dan rakan artis termasuklah aktres Sharnaaz Ahmad tampil menyokong tindakan yang bakal diambil Rosyam.

“Ops, your dead sister. Welcome to public humiliation,” komennya.

Bukan itu sahaja, rata-rata pengikut aktor ini menganggap tindakan tegas yang bakal diambil Rosyam sebagai pengajaran buat orang ramai di luar sana agar lebih berhati-hati bukan sahaja dalam berkongsi informasi malah menghormati privasi orang lain.

Terdahulu, isu perceraian antara Fazura dan Fattah Amin semakin mencuri tumpuan masyarakat apatah lagi selepas pendedahan yang dibuat aktres itu terhadap punca perceraiannya termasuklah, tidak diberi nafkah, duit raya dan sebagainya.

Bagaimanapun, Fattah Amin menafikan segala tuduhan yang dibuat bekas isterinya itu terhadap dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Madammu Bengang Diminta Ulas Isu Rumah Tangga Fattah Amin & Fazura, Tegur Netizen Jangan Suka Menyibuk Hal Peribadi Orang Lain –  “Jangan Ghairah Dengan Kesedihan Orang, Tengok Suami Sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Perceraian Bukan Gimik, Pengurus Dedah Fattah Amin Tak Tahu Single ‘Bertahan Demi Cinta’ Duet Bersama Fazura Bakal Dilancarkan

ARTIKEL BERKAITAN:Usaha Pujuk Fazura Tak Berhasil, Fattah Amin Terkilan Dihalang Masuk Rumah – “Call & WhatsApp Tak Jawab”

ARTIKEL BERKAITAN:“Hati Saya Remuk!” – Dua Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Fazura Kesal Fattah Amin Tak Ada Usaha Selamatkan Rumah Tangga

ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin, Fazura Sah Bercerai Talak Satu

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Nov 2018

Ingin Masuk Anugerah Juara Lagu, Tiada Lagi Seksi- Seksi

“Janji Tiada Lagi Tarian Seksi, Mahu Lagu Masuk AJL”

Featured Mon, 30 Jun 2025

Universal Music Malaysia Umum Kerjasama Strategik Dengan Faithful Music

Universal Music Malaysia umum ambil alih Faithful Music Malaysia.

Hiburan Mon, 10 Jun 2024

Tahniah! Raja Farah Selamat Bersalin Anak Keempat  

Alhamdulillah! Tahniah Raja Farah

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

Dah Jadi Papa, Tahniah Hafiz Suip!

Tahniah buat Hafiz dan isteri. Hadiah tahun baru nampaknya

Hiburan Thu, 28 Dec 2017

Ingin Mahu Rehatkan Diri Sebentar

“Tidak Merajuk, Hanya Mahu Rehatkan Diri Sebentar”

Featured Thu, 11 Jan 2018

Warna Pengaruhi Kesihatan

Percaya atau tidak, warna memainkan peranan yang amat penting untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Pada hari ini, terapi warna atau Chromotherapy merupakan alat penting untuk rawatan penyembuhan di mana ia dipercayai boleh memulihkan penyakit dan […]

Hiburan Mon, 5 Feb 2024
Hiburan Wed, 2 May 2018

Zayn Malik Wants Gigi Hadid Back but She’s Hesitant

So are they getting back together or not?

Events Fri, 15 Feb 2019
error: Content is protected !!