Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 10, 2024 @ 7:43pm

Shamsul Ghau Ghau Puji Fattah Amin Tak Buka Aib Fazura – “Berdiam Diri Tak Bermakna Kalah, Kebenaran Akan Muncul”

Pelawak dan pelakon, Shamsul Ghau Ghau secara terbuka memuji tindakan aktor, Fattah Amin yang berdiam diri dan memilih untuk tidak membuka aib bekas isterinya, selebriti Nur Fazura selepas sah bercerai.

Ketika ditemui XTRA, Shamsul menyifatkan konflik perkahwinan tidak akan selesai sekiranya kedua-dua pihak suami isteri saling berbalah.

“Saya tidak berpihak dengan mana-mana pihak, itu masalah keluarga dia. Tetapi sebagai lelaki kita kena berdiam diri, bertenang dahulu, dengar dan faham apa yang isteri suarakan sebelum memberi penjelasan.

“Kalau suami isteri itu saling berbalah, tak akan ada pengakhiran. Tak apa, suatu hari nanti kebenaran akan muncul… Berdiam diri sekarang tak bermakna kita kalah,” katanya.

Sementara itu, Shamsul atau nama lengkapnya, Shamsul Azahar Alidin, 57, turut memuji tindakan selebriti, Emma Maembong yang tidak menghebohkan perceraiannya.

“Emma Maembong tak ada nak kecoh pun isu perceraian dia, sampai dah lepas idah baru tahu. Kita hormati.

“Kenapa yang buruk-buruk nak cerita kat orang, diam sudah. Benda tu rahsia, aib! Kita nampak baik sebab Allah tutup aib kita,” tuturnya ketika ditemui pada sidang media drama Salju Rindu Di Bumi Auckland, Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

Fazura

Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh pada Isnin, 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fazura yang telah memfailkan perceraian pada 13 September lalu bercucuran air mata apabila mengakui dia tidak dapat menerima Fattah bertindak curang.

Selain isu curang, punca perceraian lain adalah Fattah didakwa telah mengabaikan nafkah serta tiada persefahaman.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.

Artikel Berkaitan: Usaha Pujuk Fazura Tak Berhasil, Fattah Amin Terkilan Dihalang Masuk Rumah – “Call & WhatsApp Tak Jawab”

Artikel Berkaitan: “Ini Bukan Masa Yang Sesuai” – Pengurus Maklum Fazura Juga Tidak Tahu Mengenai Pelancaran Single Duet Bersama Fattah Amin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 8 Mar 2021
Hiburan Fri, 6 Feb 2026
Trending Sat, 16 Mar 2019

Lepas 5 Hari Suntikan Botox, Wanita Maut

Seorang ejen hartanah yang berusia 32 tahun telah meninggal dunia pada 13 Mac lalu, ia beberapa hari setelah beliau mendapatkan suntikan botox di sebuah klinik estetik. Dikatakan bahawa wanita itu terkena serangan jantung dan sawan […]

Trending Tue, 4 Sep 2018

Teh Tarik Condoms Exist?!

That’s a new way of consuming teh tarik.

Featured Thu, 22 Jan 2026

“Marriage Fail, Family Jangan Fail” – Yasmin Hani Kekal Hubungan Baik Dengan Bekas Suami

Yasmin Hani memilih untuk mengekalkan hubungan baik bersama bekas suaminya demi kebajikan dan kebahagiaan anak-anak.

Featured Thu, 14 Dec 2023
Featured Mon, 9 May 2022
Featured Tue, 7 Apr 2026

Luang Masa Bersama Hawra, Kamal Adli Ucap Terima Kasih Pada Uqasha Senrose – “Alhamdulillah, Thank You So Much Ibu!”

Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa syukur dan gembira apabila dapat meluangkan masa bersama anak tunggalnya, Hawra Uqaira.

Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Featured Tue, 8 Nov 2022
error: Content is protected !!