Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 14, 2024 @ 12:33pm

“Risau Bila Rosyam Nor Nak Saman, Saya Ni Penakut Sikit” – Bell Ngasri

Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri mengaku terkejut apabila namanya dipetik menjadi ‘dalang’ mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Datuk Rosyam Nor membabitkan rumah tangga pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura.

Bell ketika ditemui XTRA memaklumkan, dia bagaimanapun berasa lega apabila Rosyam sendiri mengetahui bahawa akaun Facebook yang terlibat hanya menggunakan namanya sahaja.

“Saya pun tak tahu ada orang gunakan nama (fan page) kemudian tiba-tiba Rosyam buat laporan polis. Tiba-tiba ada nama saya.

“Saya pun bila masa pula aku bercerita pasal orang? Tapi bila orang yang saya kenal dari kecil dan saya panggil uncle tiba-tiba nak saman, saya jadi risau lah… saya ni dah lah penakut sikit.

“Sebab tu saya terus upload maklumkan yang fan page tu bukanlah milik saya. Tapi Alhamdulillah dia faham yang itu bukan saya punya. Cuma yang menggelupur saya seorang,” katanya.

Meskipun namanya terpalit dengan isu yang boleh menjejaskan nama baiknya, pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 35) Ke-35 ini menjelaskan dia tidak tahu sama ada mahu melakukan perkara sama seperti Datuk Rosyam atau sebaliknya.

“Saya bukan tak nak ambil tindakan sama (saman) cuma saya tak tahu nak buat apa. Ada je orang suruh ambil report.

“Saya dah pernah tegur jangan guna nama sebab bahaya tapi tiada apa-apa tindak balas. Jadi memang saya tak ada idea.

“Tapi tidaklah terfikir sampai nak buat laporan polis walaupun sekarang makin dipijak pula bila berdiam diri,” jelasnya.

Terdahulu, pada 10 Oktober lalu, Datuk Rosyam ditemani peguamnya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur  susulan namanya dikaitkan dengan kenyataan fitnah.

Tegasnya, dia tetap akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan.

“Mula-mula, saya tak mahu ambil peduli, tapi bila semua cakap kenapa saya hendak masuk campur dan ia merebak sehingga jadi teruk. Sedangkan, saya tidak pernah keluarkan sebarang kenyataan. Jadi, saya ambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis di Balai Polis, Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

“Esok saya akan bersama pegawai penyiasat untuk teruskan kes ini dan cari lagi berapa ramai lagi yang menggunakan nama saya untuk memburukkan saya. Saya akan seret mereka ke mahkamah.

“Ada pihak yang membuat tuduhan sudah menghubungi saya untuk memohon maaf, tapi saya mahu serahkan perkara terbabit kepada peguam,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Bell Ngasri Nafi Jadi Dalang Sebar Fitnah Babitkan Rosyam Nor – “Saya Tak Campur Hal Orang, Sumpah Tak Tipu!”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Nama Terkait Isu Perkahwinan Fattah Amin, Fazura… Rosyam Nor Tetap Ambil Tindakan Undang-Undang – “Ada Yang Dah Mohon Maaf, Tapi..”

ARTIKEL BERKAITAN:“Banyak Gila Akaun Media Sosial Terlibat”- Rosyam Nor Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN:Rosyam Nor Berang, Bagi ‘Warning’ Pada Individu Wanita Sebar Fitnah -“Korang Tunggu Aku Seret Pergi Mahkamah!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Mon, 26 Nov 2018

Here are Two Places You Can Consider for Your Christmas Feast

It’ll be the perfect evening with loved ones.

Featured Sun, 25 Nov 2018

Sebelum Ke Pejabat, Ibu Bapa Make Sure Stok Makanan Sentiasa Ada Sepanjang Cuti Sekolah!

So parents make sure stok makanan di rumah mencukupi supaya anak anda tidak ditinggalkan dalam kelaparan! 

Trending Fri, 2 Feb 2018

85kg肥妹遭霸凌 减肥患病瘦成「25kg肉干骷髅」

英国沃勒西(Wallasey)23岁汉娜(Hannah Lucas)最胖时期有85公斤,超壮硕的身材、肥滋滋的油肚成为同学之间嘲笑的题材,让她每天备受嘲讽霸凌。在她下定决心减肥,每想到减过头罹患厌食症,体重掉到只剩25公斤,顿时失去生存的意义。

Acara Thu, 20 Feb 2020
Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Sebulan Di Penjara, Isteri, Anak Mula Rindu Ahmad Dhani

Semoga Mulan Jameela terus kuat mengharungi cabaran yang sedang dilalui ini…

Featured Sat, 23 Jul 2022
Selebriti Tue, 3 Oct 2023
error: Content is protected !!