Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 19, 2024 @ 4:00pm

Fazley Yaakob Sangkal Tuduhan Masalah Kesihatan Lelaki Punca Cerai – “Bekas Isteri Pernah Keguguran 13 Kali, Mana Tak Sihatnya?”

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menepis dakwaan dirinya mengalami masalah kesihatan lelaki sehingga memusnahkan rumah tangga dengan bekas isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.

Memetik laporan Gempak, Fazley bagaimanapun tidak berkecil hati apabila ramai yang menghantar kiriman mesej di Instagram bertanya mengenai isu yang dianggap satu kenyataan yang tidak masul akal.

“Kenyataan itu kelakar sebenarnya. Semasa saya umumkan hari penceraian saya, ramai yang menghantar DM mengenai perkara ini.

“Tapi jujur saya katakan, ia langsung tidak membuatkan saya terasa hati malah saya tergelak sebab kelakar.

“Jadi perkongsian kenyataan media sosial yang mengatakan saya bercerai sebab alat sulit saya tidak berfungsi itu langsung tak betul,” katanya.

Malah, Fazley yang sudah lama menjadi duta klinik kesihatan lelaki itu turut mendedahkan bekas isterinya itu pernah mengalami keguguran sebanyak 13 kali.

“Azrene juga waktu itu pernah alami keguguran 13 kali, namun saya tetap dikurniakan empat orang anak. Mana tak sihatnya?,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fazley memilih untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tuduhan individu menyebarkan dakwaan tersebut menerusi platform TikTok yang memaparkan voice note bertajuk  ‘Alat Sulit Datuk Fazley Terkulai… Punca Isterinya Minta Cerai’.

“Ada orang nasihat dan tanya saya, ‘Fazley, tak nak saman ke perkara-perkara sebegini?’ Bagi saya, saman-menyaman ini dari dulu saya sudah buat, jadi biarlah. Saya maafkan mereka,” katanya.

Pada Selasa lalu, Fazley mengesahkan rumah tangganya bersama bekas isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz sudah bercerai selepas 18 tahun membina mahligai cinta.

Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2007.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma 7.

Artikel Berkaitan: Rumah Tangga 18 Tahun Terlerai… Fazley Yaakob Sah Bercerai, Bekas Isteri Tamat Jalani Tempoh Idah

Sumber: Astro Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 4 Mar 2019

坏情绪会造成身体的伤害!正确处理才能有效化解

每个人的身体里,都有情绪的地图,不论是恐惧、焦虑、内疚、压抑、愤怒,还是沮丧,都会影响到身体的器官,想要不生病,就要从做情绪的主人开始。

Featured Thu, 12 Sep 2024

“Saya Turut Gembira Apabila Mentua Pun Gembira” – Puteri Sarah 

Alhamdulillah, seronok tengok semuanya happy! ❤️❤️❤️

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Afgan Sertai 99 Penyanyi Indonesia Untuk Konsert Amal Bantu Mangsa Palu

Meskipun sibuk dengan jadual padat, Afgan tidak lupa tanggungjawabnya sebagai penghibur terkenal bagi membantu mangsa tsunami di Palu, Sulawesi.

Hiburan Tue, 28 Feb 2023
Events Thu, 1 Dec 2022

Teruk Dikecam Netizen Gara-Gara Foto Kahwin Dengan MK, Nabila Razali Beri Penjelasan – “Itu Bukan Gimik, Tapi…”

Penyanyi Nabila Razali mendapat tempias kecaman netizen selepas berkongsi foto majlis perkahwinan bersama penyanyi rap, MK K-Clique. Jelas Nabila, dia tidak menganggap perkara itu sebagai satu gimik murahan tetapi menegaskan itu hanyalah sekadar teaser sahaja […]

error: Content is protected !!