Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 21, 2024 @ 3:57pm

Ameera Khan Kongsi Amal Baca 5 Bismillah Selepas Bangun Tidur – “Saya Serahkan Semuanya Kepada Allah, So That I Can Start My Day Fresh”

“Everytime bila nak solat ke apa, saya akan tulis dalam buku doa, tulis apa yang kita nak, goals ke apa”.

Perkongsian pempengaruh popular yang juga adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan mencuri perhatian selepas video live miliknya tular di platform TikTok.

Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan peminat, Ameera yang kelihatan semakin cantik tampil membuat live ketika keluar bersama ibunya, Noor Kartini.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, amalan yang dikongsikan Ameera setiap hari sebaik sahaja bangun dari tidur.

Katanya, amalan membaca lima Bismillah dan beberapa zikir lain sudah menjadi rutin hariannya.

“Share doa yang selalu buat? I always read five Bismillah setiap kali bangun tidur. Saya baca setiap kali bangun untuk start our day.Sebab lepas subuh je memang akan tidur.

“Jadi setiap kali bangun untuk mulakan hari baru, saya akan baca lima Bismillah dan istighfar lain.

“Saya selalu baca ni sebab dia macam saya serahkan semuanya kepada Allah SWT  termasuklah apa yang membuatkan saya sedih. So that i can start my day fresh.Dan bila baca tu saya memang akan ambil masa lama,” kongsinya.

Dalam pada itu, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan mengaku, selain membaca zikir harian dia juga turut menulis didalam buku doa tentang keinginannya termasuklah matlamat yang diingin dicapai dan beberapa doa lain.

“Honestly i pray for the best for myself.Whoever Allah SWT feels right for me, He knows who is right for me.

“Everytime bila nak solat ke apa, saya akan tulis dalam buku doa, tulis apa yang kita nak, goals ke apa,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Dec 2025

Nadia Annuar Beri Nasihat Pilih Pasangan Berkemampuan, Tegur Lelaki ‘Kuat Mimpi’ Tapi Tak Ada Kerja Tetap

Kata Nadia, isu kewangan tidak wajar dipandang remeh, terutama apabila melibatkan lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap namun,  ghairah mengejar impian bergelar ‘bos’.

Featured Mon, 5 Sep 2022
Trending Fri, 2 Nov 2018

Selamat Tinggal JDT, Ke Mana Safiq Rahim Selepas Ini?

Bagaimanapun Tunku Ismail berkata kelab itu sentiasa membuka pintu buat Safiq kembali.

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Elvina pilih ‘Datuk’ selepas putus hubungan setahun!

Datuk Mohd Haniff Borhan akan meminang Elvina terlebih dahulu kira-kira sejam sebelum majlis akad nikah berlangsung.

error: Content is protected !!