Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah December 30, 2021 @ 2:14pm

“Satu Tugas Yang Amat Besar” – Anzalna Sebak Jadi ‘Pengganti’ Siti Sarah

Jenama tudung milik Allahyarham Siti Sarah, Loveta bakal menampilkan pelakon Anzalna Nasir selaku wajah baharu bagi koleksi yang bakal muncul pada Januari ini.

Anzalna yang baru sahaja berhijab September lalu menerusi hantaran Instagram miliknya berkata, semenjak muncul dengan imej baharu, dia menerima banyak tawaran dari pelbagai jenama syarikat tudung dalam dan luar negara.

Namun, Anzalna memilih Loveta kerana bukan sahaja material dan reka bentuk tudungnya yang mudah dipakai, dia juga mahu menunaikan hajat arwah Siti Sarah.

“Anzalna tertarik untuk menjadi sebahagian dari Loveta kerana ada permintaan terakhir dari arwah Siti Sarah iaitu meneruskan legasi Loveta dan dalam masa yang sama dapat menolong team Loveta mencari rezeki untuk keluarga,” tulis Anzalna.

Dia akui dia merasa berbelah bahagi untuk bekerjasama dengan Loveta kerana syarikat tudung ini sudah sinonim dengan nama arwah Siti Sarah.

Anzalna juga bertanyakan pendapat dari suaminya, Hanif Zaki.

Dia meminta maaf kepada pasukan penggambaran Loveta kerana tidak dapat memberikan yang terbaik disebabkan dia terlalu sebak sepanjang penggambaran dilakukan.

 

“Sampai termimpi arwah”

Menurutnya, arwah Siti Sarah muncul di dalam mimpinya selepas penggambaran dilakukan.

“Mungkin terlalu banyak repeat tengok video shooting Loveta dengan alunan lagu arwah Siti Sarah sampai termimpi arwah. Al-Fatihah… Tapi sekejap saja dia muncul.

“Satu tugas yang agak besar tetapi Anzalna percaya hari ini tolong orang semoga di waktu Anzalna susah ada yang datang tolong Anzalna. Insya-Allah,” tulis Anzalna di dalam Instagram story.

Menerusi Instagram story tersebut, Anzalna memuat naik gambarnya bersama anak perempuan arwah Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra atau mesra dipanggil Dekta.

“Dekta anak yang cantik, sangat manja, kelakar dan sangat kuat tetapi ada masa dia akan termenung. Had such a great time with her. Love you Dekta!” tulis Anzalna.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Justin Bieber Disaman kerana Posting Gambar Sendiri?

Posting gambar diri sendiri pun boleh disaman!

Trending Fri, 23 Jul 2021
Featured Wed, 6 Apr 2022

Tersenarai Dalam ‘The 100 Most Awarded Musician of All-Time’, Siti Nurhaliza Kalahkan Celine Dion & Nicki Minaj!

Siti Nurhaliza terima 329 anugerah & duduki tempat ke-27! Fuhhhhh, terbaik!

Featured Wed, 29 Aug 2018

Kini Ada Seorang Lagi Putera Kacak Yang Digilai Wanita, William & Harry Boleh Ke Tepi!

Nampaknya ada potensi untuk mencuri hati gadis-gadis dunia!

Hiburan Thu, 14 May 2026

“Jangan Menekan-Nekan, Mengatur Hidup Orang” – Fazura Kongsi Pandangan Tentang Jodoh

Fazura secara bersahaja berkata dia tidak boleh membuat pilihan bagi pihak orang lain

Replicated Draft Fri, 24 Mar 2023

Dapatkan Pakej Bufet Ramadan Dengan Potongan Harga Menarik Bersama Klook

Berkumpul dan berbuka puasa bersama ahli keluarga sememangnya menjadi aktiviti yang wajib dilakukan setiap kali menjelangnya Ramadan. Selain dari membeli makanan di bazar, pakej bufet Ramadan yang ditawarkan di pelbagai hotel dan restoran turut menjadi […]

Eat Travel Sun, 22 Mar 2020
Featured Thu, 8 Mar 2018

Pengeluar Barbie Lancarkan Koleksi Patung Berinspirasikan Ikon Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia

Pengeluar barang mainan Mattel meraikan kaum Hawa dengan melancarkan patung-patung Barbie yang berinspirasikan ikon-ikon wanita dahulu dan kini dari seluruh dunia.

error: Content is protected !!