Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 20, 2024 @ 4:15pm

Tingkatkan Ekosistem Industri Kreatif Tempatan, Rossa Selebriti Pertama Membuka Usanita Entertainment

Bintang terkemuka Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan memajukan industri kreatif tempatan.

Usanita Entertainment diwujudkan bertujuan untuk membina ekosistem mampan dalam industri seni dan budaya, dengan fokus pada inovasi serta kolaborasi antara penggiat seni tempatan dan antarabangsa.

Pelancaran rasmi Usanita Entertainment ini dimulakan dengan episod istimewa talk show digital bertajuk Usanita: Unwrapped Kisah Di Sebalik Spotlight Special Edition With Datuk Seri Rossa. Program ini dihoskan oleh Awal Ashaari bersama Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Datuk Seri Prof Dr Hasan.

Episod istimewa ini dijangka memberikan perspektif mendalam tentang perjalanan seni Rossa, yang telah menjadi inspirasi kepada ramai peminat di seluruh Nusantara.

Sebaik sahaja selesai rakaman program bual bicara tersebut, acara diteruskan dengan upacara simbolik tanda tangan plak perasmian Usanita Entertainment. Datuk Seri Rossa bersama Datuk Adzliana secara rasmi menandatangani plak sebagai tanda permulaan perjalanan baharu Usanita Entertainment dalam menerokai peluang baharu untuk penggiat seni tempatan dan antarabangsa.

Upacara tersebut menjadi simbolik kepada hala tuju baharu yang akan diterokai oleh Usanita dalam menyokong perkembangan industri kreatif.

Datuk Adzliana dalam kenyataan rasminya menyatakan bahawa penglibatan Rossa sebagai figura utama pelancaran ini sangat signifikan, memandangkan beliau bukan sahaja dihormati sebagai penyanyi, tetapi juga sebagai ikon yang berperanan besar dalam memupuk hubungan antara penggiat seni dari Malaysia dan Indonesia.

“Kami berbangga dapat memulakan langkah pertama ini dengan Datuk Seri Rossa, yang membawa pengalaman dan pengaruh antarabangsa dalam arena kreatif. Ini membuka jalan untuk kerjasama yang lebih besar pada masa hadapan,” tambah beliau.

Sesi pelancaran tersebut bukan sahaja berfokus kepada perasmian, malah ia turut disaksikan oleh pelbagai pihak media tempatan yang diberi peluang menyaksikan secara langsung permulaan Usanita Entertainment.

Signifikan tanda tanganoleh Datuk Seri Rossa pada pelancaran Usanita Entertainment adalah kerana Usanita bertindak sebagai rakan penaja untuk Malam Gala Filem Dokumentari All Access To Rossa: 25 Shining Years yang akan berlangsung di Dadi Cinema, Kuala Lumpur.

Dokumentari ini meraikan perjalanan karier cemerlang Rossa selama 25 tahun, dan dengan penglibatan Usanita sebagai penaja, ia menandakan sokongan kukuh Usanita terhadap seni dan industri kreatif, sekaligus memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam memartabatkan bakat seni di peringkat serantau.

Dengan kepimpinan dan visi Datuk Adzliana, Usanita Sdn Bhd yakin mampu memainkan peranan besar dalam mentransformasikan industri seni negara ke tahap yang lebih tinggi.

Selain itu, Usanita juga telah merangka pelbagai aktiviti menarik yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk menyokong perkembangan dan kelestarian industri kreatif tempatan, dengan memberi fokus kepada pembangunan bakat baharu, penstrukturan semula ekosistem industri seni, dan kolaborasi strategik dengan pemain industri dari luar negara.

Usanita Sdn Bhd berhasrat untuk memperkenalkan beberapa inisiatif yang melibatkan latihan, peluang kerjaya, serta program sokongan kreatif bagi artis-artis tempatan.

Usanita Entertainment juga akan melibatkan diri secara aktif dalam penerbitan kandungan berkualiti tinggi yang merangkumi pelbagai platform digital, selari dengan perkembangan teknologi masa kini. Pendekatan ini adalah sebahagian daripada usaha Usanita untuk memastikan karya seni tempatan mendapat pendedahan lebih luas di peringkat global.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 29 Jun 2021

Kempen Kibar #BenderaPutih, Isyarat Anda Perlukan Bantuan – “Kita Tolong Mana Yang Termampu”

Kempen kibar #benderaputih ni inisiatif yang not bad jugak kan? Syabas!

Featured Wed, 18 Aug 2021

JPJ Tawar Pengurangan Saman 70 Peratus Bermula Hari Ini

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-64, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menawarkan diskaun sebanyak 70% kepada semua saman yang dikeluarkan termasuk yang telah disenarai hitam. Menerusi Facebook rasmi JPJ, diskaun ini dibuat bagi […]

Hiburan Tue, 23 Aug 2022
Trending Wed, 9 Oct 2019

Menteri Pengangkutan Umum Penguatkuasaan e-Hailing

Ini Peraturan Yang anda Perlu Tahu

Trending Fri, 11 Sep 2020

Kenakan Sekatan Perjalanan Ke Atas Negara Berisiko – MKN

Ingat, jangan ikut suka hati je okay!

error: Content is protected !!