Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 21, 2024 @ 2:20pm

Ada Potensi Lumpuh, Azlan Komeng Bimbang Fikir Kehidupan Isteri & Anak-Anak – “Sedih Tak Dapat Cari Rezeki…”

Pelakon, Azlan Komeng memaklumkan doktor yang merawatnya memberitahu dia berpotensi untuk lumpuh akibat kecederaan teruk selepas terbabit kemalangan, 12 Oktober lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Azlan mengakui terkesan dengan kenyataan doktor mengenai kondisinya tidak dapat bekerja memberi kesan kepada nasib kehidupan isteri, Nur Nilam dan anak-anak.

“Saya belum lumpuh, tapi doktor kata ada potensi boleh lumpuh sekiranya kecederaan teruk dialami pada kaki kiri ini tidak dijaga dengan betul-betul.

“Kecederaan yang saya alami akibat kemalangan itu agak teruk juga. Jadi, apabila doktor beritahu saya mungkin lumpuh, memang perasaan ‘down’ sangat ketika itu.

“Doktor juga beritahu saya perlukan masa lima ke enam bulan untuk pulih semula dan mestilah dalam tempoh itu tidak boleh bekerja, sekali gus kewangan terganggu.

“Sebagai ketua keluarga bila dapat tahu keadaan diri saya dah tak dapat cari rezeki untuk keluarga seketika, memang buat saya banyak fikir. Sewa rumah nak kena bayar, anak nak sekolah, jadi saya memang tak mahu susahkan isteri,” katanya.

Azlan Komeng

Dalam pada itu, Azlan turut mendedahkan dia pernah bertanya kepada Nilam sekiranya dia mahu membawa haluan masing-masing selepas berpotensi lumpuh.

“Saya luahkan kepada isteri, Nur Nilam jika dia nak bawa haluan masing-masing, silakan. Saya tak nak dia tertekan nanti dengan keadaan saya yang dah macam ni, kena bekerja dan kenderaan pun sudah tiada.

“Saya hanya memikirkan yang terbaik untuk isteri sebab dah dapat selamatkan dia daripada alami kecederaan teruk dalam kemalangan itu pun dah buat saya sangat bersyukur. Tapi, isteri pun cedera juga,” ujarnya lagi.

Pada 12 Oktober lalu, Azlan bersama isterinya, Nur Nilam Ortiz serta anak mereka, Adam,5 terbabit dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang ketika mereka dalam perjalanan pulang ke ibu kota.

Azlan mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, siku tangan kanan, tulang pinggul kanan lari, kaki kiri luka dalam dan patah, manakala Nilam cedera di tulang rusuk, muka dan kepala akibat terhentak.

Pada kejadian yang berlaku jam 2 pagi itu, Azlan memandu kereta jenis Perodua Kancil bertembung dengan trak polis dan kerosakan keretanya adalah ‘total loss’.

Artikel Berkaitan: Isteri Salah Faham Punca Dakwaan Cerai Tular, Azlan Komeng Perjelas Gaduh Bukan Sebab Orang Ketiga Tapi…

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Jul 2023
Events Fri, 11 Jan 2019

Rent a Boyfriend from Lazada this CNY to Shut those Nosy Aunties Up

Pick from hotties like Dennis Yin, Joseph Lee, Nigel Chin and more!

Trending Thu, 18 Jul 2019

Penerima Ijazah Kelas Pertama Ini Sanggup Kerja Sambilan Sebagai Tukang Cuci, Bawa Ibu Bapa Ke UK

Korang rasa hadiah apa yang korang dah bagi kat ibu bapa korang? Hurmmm.

Trending Tue, 4 May 2021
Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Siti Nordiana – Khai Bahar Bakal Bersatu Tahun Depan?

Segalanya masih dalam perancangan awal. Insya Allah jika segalanya berjalan lancar, Nana akan umumkan kepada pihak media dan peminat.

Trending Mon, 11 Oct 2021

Isu Kru Dijangkiti Covid-19, Pelakon Positif Dadah: “Kerajaan Bagi Kebenaran, Patuhi SOP” – Fadzil Teh

“Saya harap isu yang timbul tidak membuatkan pihak berwajib menarik balik kebenaran untuk kami meneruskan penggambaran,” begitulah kata-kata penerbit popular, Fadzil Teh ketika diminta mengulas mengenai dua insiden yang sedang hangat diperkatakan melibatkan warga industri […]

Featured Mon, 14 Jul 2025

Isu Serang, Shila Amzah Buka Mulut – “Dia Bapa Kepada Nabila Huda”

“Just imagine being in my shoes saya macam tergamam & shaking”- Shila

error: Content is protected !!